Juzuk 7
AL-MAIDAH 83~120
AL-AN'AM 1~110
AL-MAIDAH 83~120
83. Dan apabila mereka itu mendengar apa-apa
yang diturunkan kepada Rasul, engkau akan melihat mata-mata mereka melelehkan
air matanya lantaran kebenaran yang mereka tahu, (sambil) mereka berkata; “hai
Tuhan kami ! kami telah beriman. Oleh kerana itu, catatkan kami didalam
golongan orang-orang yang menyaksikan”.
84. “dan tidak patut kami tidak beriman kepada Allah dan
kepada kebenaran yang datang kepada kami, pada hal kami ingin supaya Tuhan kami
masukkan kami bersama kaum yang
solehin”.
85. Oleh itu, Allah ganjaran
mereka atas apa yang mereka telah katakan, (iaitu) syurga-syurga yang mengalir
padanya sungai-sungai, hal keadaan mereka kekal padanya. Yang demikian itu,
adalah balasan bagi orang-orang yang
berbuat kebaikan.
86. Dan orang-orang yang
kufur dan mendustakan ayat-ayat kami,
(adalah) mereka itu ahli neraka.
87. Hai orang yang beriman !
janganlah kamu haramkan barang-barang yang baik-baik yang Allah telah halalkan
bagi kamu, dan janganlah kamu melewati batas, kerana sesungguhnya Allah tidak
suka kepada orang-orang yang melewati batas.
88. Dan makan lah barang-barang
yang halal yang baik dari apa-apa yang dikurniakan oleh Allah, dan berbaktilah
kepada Allah yang kepadanya kamu beriman.
89. Allah tidak salahkan kamu dengan sebab sumpah-sumpah kamu yang tidak disengaja,
tetapi ia salah kan kamu dengan sebab sumpah-sumpah yang kamu
sungguh-sungguhkan. Maka dendanya itu
ialah memberi makan sepuluh miskin, dengan makanan yang sedang dari makanan yang kamu berikan kepada ahli
kamu, atau pakaian (untuk) mereka, atau merdeka kan seorang hamba. Tetapi
barang siapa tidak mampu, maka hendaklah ia puasa tiga hari, yang demikian itu
denda-denda bagi sumpah-sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Oleh kerana itu,
piliharakan lah sumpah-sumpah kamu. Demikianlah Allah terangkan ayat-ayat nya
kepada kamu, supaya kamu berterima
kasih.
90. Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya arak, dan judi, dan sembelehan
untuk berhala, dan undi-undi nasib itu kotor dari pekerjaan syaitan. Oleh kerana
itu, hendaklah kamu jauhi nya supaya kamu dapat kejayaan.
91. Sesungguhnya tidaklah syaitan itu mahu melainkan mengadakan
antara kamu, permusuhan dan kebencian (dengan perantaraan) arak dan judi, dan
memalingkan kamu daripada mengingat Allah dan sembahayang. Oleh kerana itu,
tidak kah mahu kamu berhenti ?
92. Dan taatlah kepada Allah
! dan taatlah kepada Rasul-Rasul ! dan berhati-hatilah kerana kalau kamu berpaling, maka ketahuilah,
bahawa tidak ada kewajipan atas Rasul kami, melainkan menyampaikan (sahaja)
dengan terang.
93. Tidaklah ada kesalahan
atas orang-orang yang beriman dan beramal soleh tentang apa-apa yang mereka
makan, apabila mereka jauhi (barang haram)
dan beriman dan beramal soleh, kemudian ( tetap mereka) menjauhi (barang haram itu) dan beriman, kemudian mereka berbakti dan berbuat
kebaikan, kerana Allah itu suka kepada orang-orang yang berbuat kebaikan.
94. Hai orang-orang yang
beriman ! Allah akan memberi percubaan kepada kamu dengan (melarang) suatu dari perburuan yang dapat dicapai oleh tangan-tangan kamu dan panah-panah kamu, supaya terbukti
kepada Allah, supaya yang takut kepada nya dengan ikhlas. Oleh demikian, barang
siapa melanggar sesudah itu, maka adalah baginya azab yang pedih.
95. Hai orang-orang yang beriman ! jangan lah kamu bunuh perburuan diwaktu kamu
dalam ihram, kerana barang siapa dari
antara kamu membunuh nya dengan sengaja, maka dendanya ialah binatang ternak
yang sebanding dengan apa yang ia bunuh, yang akan dihukumkan oleh dua orang
yang adil dari antara kamu, sebagai korban buat disempaikan ke Kaabah, atau
denda memberi makan orang-orang miskin,
atau puasa setanding dengan itu, supaya
ia rasai kejelekan perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu, tetapi
barang siapa mengulangi, maka Allah akan seksa dia, kerana Allah itu gagah,
pembalas.
96. Dihalalkan bagi kamu
perburuan laut, dan (diharamkan) makanan nya, sebagai bekalan bagi kamu, dan
bagi orang-orang pelayaran, tetapi diharamkan atas kamu pemburuan darat selama
kamu dalam ihram. Oleh kerana itu, berbaktilah kepada Allah, yang kepadanya
kamu akan dikumpullan.
97. Allah telah jadikan
Kaabah, rumah yang mulia, dan bulan yang mulia, dan korban (biasa) dan
korban-korban yang ditandakan itu sebagai penyokong bagi manusia. Yang
demikian, supaya kamu tahu, bahawa se nya Allah mengetahui apa-apa yang ada
dilangit-langit dan apa apa-apa yang dibumi, dan bahawa se nya Allah mengetahui
tiap-tiap sesuatu.
98. Ketahuilah bahawa se nya
Allah itu pedih seksaan nya, dan bahawa se nya Allah itu pengampun, penyayang.
99. Tidak ada (kewajipan) atas
Rasul itu melainkan menyampaikan (sahaja), kerana Allah mengetahui apa-apa yang
kamu dzahirkan dan apa-apa yang kamu sembunyikan.
100. Katakanlah; “tidak sama
barang yang buruk dan yang baik, walau
pun banyak nya perkara buruk itu menyenagkan hati mu. Oleh itu, berbaktilah
kepada Allah, hai orang-orang yang
mempunyai fikiran ! supaya kamu
mendapat kejayaan”.
101. Hai orang-orang yang beriman ! janganlah
kamu tanya hal-hal yang, jika diterangkan kepada kamu, akan menyusahkan kamu,
tetapi jika kamu bertanya dari hal (ayat-ayat) itu waktu diturunkan Quran, akan
diterangkan nya kepada kamu. Allah
maafkan kamu dari (kesalahan) itu, kerana Allah itu pengampun, penyabar.
102. Sesungguhnya telah
menanyakan dia satu kaum sebelum kamu, kemudian, jadilah mereka orang-orang
kapir dengan (sebab) itu.
103. Allah tidak jadikan bahirah
dan tidak saibah dan tidak wadilah dan tidak haram, tetapi
orang-orang kapir itu membuat dusta atas nama Allah, kerana kebanyakan mereka
tidak berfikiran.
104. Dan apabila dikatakan
kepada mereka; “marilah kepada apa yang diturunkan oleh Allah dan kepada Rasul nya”. Mereka berkata; “cukuplah bagi kami apa-apa
bagi kami dapati bapa-bapa kami atasnya”. Apakah (mereka akan turut) walau pun
bapa-bapa mereka tidak mengetahui sesuatu dan tidak terpimpin ?
105. Hai orang-orang yang beriman ! jagalah diri-diri kamu, tidak bisa membahayai
kamu (kesesatan) orang yang sesat, apabila kamu terpimpin. Kepada Allah lah
tempat kembali kamu sekelian, maka ia akan terangkan kepada kamu (balasan bagi)
apa yang kamu telah kerjakan.
106. Hai orang-orang yang
beriman ! persaksian diantara kamu, apabila seorang daripada kamu hampir mati,
waktu berwasiat, (ialah) dua oang yang adil dari antara kamu, atau dua orang
yang bukan dari kamu, jika kamu dalam pelayaran lalu bahaya mati (hendak)
mengenai kamu, kamu tahan dua-dua nya
sesudah sembahayang, lalu dua-dua nya bersumpah dengan nama Allah, jika kamu
ragu-ragu; “kami tidak menjual dia dengan harta, walau pun ia keluarga yang
dekat, dan kami tidak sembunyikan penyaksian (kerana) Allah, lantaran kalau
bagitu, sesungguhnya (adalah) kami dari
orang-orang yang berdosa”.
107. Lantas apabila
didapati, bahawa mereka berdua berbuat dosa, maka (hendaklah ada) dua orang
lain yang lebih hampir, dari orang-orang yang diperbuat dosa atasnya itu,
menggantikan mereka berdua, lalu bersumpah dengan nama Allah; “bahawa
persaksian kami lebih patut (diterima) daripada persaksian mereka berdua, dan
kami tidak melewati batas, kerana kalau bagitu, nescaya adalah kami dari
orang-orang yang zalim”.
108. Yang demikian itu (cara) yang lebih dekat, supaya manusia menjadi saksi
sebagaimana mestinya, atau supaya mereka takut dikembalikan sumpah-sumpah mereka
sesudah sumpah-sumpah mereka, oleh kerana itu, takutlah kepada Allah, dan
dengarkan lah, kerana Allah tidak memimpin kaum yang pasik.
109. Pada hari Allah akan
kumpulkan Rasul-Rasul nya, lalu ia bertanya; “bagaimana kah kamu diterima ?”
mereka menjawab; “tidak ada pengetahuan bagi kami”. Sesungguhnya engkaulah yang
mengetahui perkara-perkara yang ghaib”.
110. (ingatlah) tetekala Allah berkata; “hai Isa anak Mariam !
ingatlah nikmat ku atas mu dan atas ibu mu tetekala aku kuatkan mu dengan roh al-kudus, engkau berkata-kata dengan manusia dalam buaian,
dan waktu besar mu, dan (ingatlah) tetekala aku ajar mu tulisan dan hikmah dan
Taurat dan Injil, dan (ingatlah) tetekala engkau jadikan, daripada tanah,
seperti keadaan burung dengan izin ku lalu engkau tiup padanya, dan (ingatlah
waktu) engkau menyembohkan orang-orang buta dan sopak dengan izin ku, dan
(ingatlah) tetakala engkau menghidupkan orang-orang yang sudah mati dengan izin
ku, dan (ingatlah) tetekala aku menghalangi bani Israel daripada mu, ketika
engkau datang kepada mereka dengan (membawa) keterangan-keterangan, lantas
orang-orang kafir dari antara mereka, berkata; “ini tidak lain melainkan satu
sihir yang terang-terang”.
111. “dan (ingatlah)
tetakala aku beri wahyu kepada hawarabin, supaya mereka beriman kepada
ku dan kepad Rasul ku, mereka berkata;
“kami telah beriman, dan saksikan lah, bahawa sesungguhnya kami ini orang-orang yang menyerah diri”.
112. (ingatlah) tetakala
hawarabin berkata; “hai Isa, anak Mariam! Apakah berkuasa Tuhan mu menurunkan
atas kami satu hidangan dari langit ?” jawabnya; “takutlah kepada Allah, jika
betul kamu orang-orang yang beriman”.
113. Mereka berkata; “kami
mahu supaya kami makan daripada nya, dan (supaya) tetap hati-hati kami, dan
(supaya) kami tahu, bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami
dan (supaya) jadilah kami daripada orang-orang yang menyaksikan (sendiri)”.
114. Berkata nabi Isa, anak
Mariam; “ya Allah, Tuhan kami ! turunkan lah atas kami satu hidangan dari
langit, yang akan jadi satu hari raya bagi kami, (iaitu) bagi orang-orang yang
dipermulaan kami dan diakhir kami, dan (sebagai) satu tanda daripada mu dan
kurnia kan lah kami, kerana engkau sebaik-baik pengurnia”.
115. Berkata Allah;
“sesungguhnya aku akan turunkan nya atas kamu, tetapi barang siapa dari antara
kamu kufur sesudah itu, maka aku akan azab dia satu azab yang tidak pernah aku
azab bagitu akan seseorang daripada makhluk”.
116. Dan (ingatlah) tetakala
Allah berkata; “hai Isa, anak Mariam ! adakah engkau berkata kepada manusia;
“jadikan lah aku dari ibu ku sebagai Tuhan selain dari Allah ?” ia jawab; “Maha
suci engkau ! tidaklah patut bagi ku berkata apa yang tidak ada hak bagi ku.
Jika aku ada mengataka nya, maka sesungguhnya engkau tahu akan dia. Engkau tahu
apa yang ada pada diriku, sedangkan aku tidak tahu apa yang ada pada diri mu,
kerana sesungguhnya engkau lah yang amat mengetahui perkara-perkara yang
ghaib”.
117. “Tidak aku katakan kepada mereka, melainkan apa yan engkau perintah
kan dia kepada ku, iaitu beribadat lah
kepada Allah, Tuhan ku dan Tuhan kamu, dan adalah aku menjadi penjaga atas
mereka selama aku ada pada mereka, maka tetakala engkau ambil akan daku, adalah
engkau jadi pengurus atas mereka, dan sesungguhnya engkau penyaksi atas
tiap-tiap sesuatu”.
118. “Jika engkau seksa
mereka, maka sesungguhnya mereka itu hamba-hamba mu, dan jika engkau ampuni
mereka, maka sesungguhnya engkau lah maha kuasa, bijaksana”.
119. Allah berfirman;
“inilah hari yang kebenaran memberi menafaat kepada orang-orang yang benar.
Adalah bagi mereka syurga-syurga yang mengalir pada nya sungai-sungai, hal
keadaan mereka kekal padanya selamanya. Allah
reda kepada mereka dan mereka reda kepada nya, yang demikian itulah kemenangan
yang besar”.
120. Bagi Allah lah kerajaan
langit-langit dan bumi dan apa-apa yang ada pada (semua)nya, kerana ia berkuasa
atas tiap-tiap sesuatu.
Al-Maidah
(111-120),
{6}
Al-An’am (Binatang Ternak) 1~110
Dengan nama Allah, Pemurah,
Penyayang.
1. Sekelian puji-pujian
kepunyaan Allah yang menjadikan langit-langit dan bumi dan mengadakan
gelap-gelap dan terang, tetapi orang-orang yang kafir itu menyekutukan Tuhan
mereka.
2. Ialah yang jadikan kamu dari tanah, kemudian ia tentukan satu ajal, dan satu
ajal (lelaki) ada disisinya , tetapi (tetap) kamu ragu-ragu.
3. Dan ialah Allah dilangit-langit dan dibumi, ia mengetahui rahsia kamu dan apa
yang kamu terangkan, dan ia mengetahui apa-apa yang kamu usahakan.
4. Dan tidaklah datang
kepada mereka satu ayat daripada ayat-ayat Tuhan mereka melainkan mereka
berpaling daripadanya.
5. Maka sesungguhnya mereka
telah dustakan kebenaran tetakala datang ia kepada mereka, oleh kerana itu,
akan datang kepada mereka khabar-khabar
apa yang mereka telah perolok-olok kan.
6. Tidak kah mereka melihat,
berapa kaum yang kami telah binasakan sebelum mereka, yang kami beri kepada
mereka (kekuasaan) dibumi yang tidak kamu beri kepada kamu, dan kami turunkan
hujan atas mereka dengan lebat dan kami jadikan sungai-sungai mengalir dibumi
mereka, lalu kami binasakan mereka lantaran dosa-dosa mereka, dan kami adakan,
sesudah mereka, kaum yang lain-lain.
7. Dan kalau kami turunkan
atas mu satu kitab atas kertas, lalu mereka pegang dia, dengan tangan-tangan
mereka, nescaya mereka yang kufur itu akan berkata; “ini tidak lain, melainkan
satu seher yang nyata”.
8. Dan mereka berkata;
“mengapakah tidak diturunkan atas nya Melaikat ?” pada hal kalau kami turunkan
Melaikat, tentu habis urusan, kemudian, mereka tidak akan diberi tempoh (lagi).
9. Dan kalau kami jadikan
dia Melaikat, tentu kami jadikan dia seorang laki-laki dan tentu kami samarkan
atas mereka sebagaimana mereka samarkan.
10. Dan sesungguhnya telah diperolok-olok kan beberapa Rasul sebelum mu, maka
turunlah atas orang-orang yang memperolok-olok kan dari antara mereka itu
(balasan bagi) apa yang mereka telah perolok-olok kan.
11. Katakan lah;
“berjalanlah kamu dibumi, kemudian, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang
yang medustakan”.
12. Tanyalah; “bagi siapakah
apa yang ada dilangit-langit dan dibumi?” katalah; “bagi Allah ia telah
wajibkan diri nya memberi rahmat. Sesungguhnya ia akan kumpulkan kamu pada hari
kiamat yang tidak ada ragu-ragu ditentangnya”. Orang-orang yang merugikan diri-diri
(mereka) itu, bukanlah orang-orang yang beriman.
13. Dan baginya lah apa-apa yang ada (diwaktu) malam dan
siang, dan ialah mendengar dan yang mengetahui.
14. Katakan lah; “adakah (patut) aku menjadikan ketua selain dari Allah yang
menjadikan langit-langit dan bumi, dan ia yang memberi makan dan tidak (dia) diberi
makan ?”, katakan lah; “sesungguhnya aku diperintah supaya menjadi orang yang
pertama menyerah diri”, dan firman nya;
“janganlah engkau jadi dari (golongan) orang musrik”.
15. Katakan lah;
“sesungguhnya aku takut kepada azab hari yang besar, jika aku derhaka kepada
Tuhan ku”
16. Barang siapa dipalingkan
(azab) daripadanya pada hari itu, maka sesungguhnya Allah telah beri rahmat
kepada nya, kerana yang demikian lah kemenangan yang nyata.
17. Dan jika Allah
mengenakan bahaya kepada mu, maka tidaklah ada siapa pun, yang bisa melepaskan
nya, melainkan dia, dan jika ia mengenakan kebaikan kepada mu, maka ia itu
bekuasa atas tiap-tiap sesuatu.
18. Dan ialah yang berkuasa
atas hamba-hamba, dan ialah yang bijaksana, yang amat mengetahui.
19. Tanyalah; “apakah yang terlebih besar persaksian nya”, katakan lah ; “Allah menjadi
penyaksi antara ku dan antara kamu, dan diwahyukan Quran ini kepada ku untuk
aku mengancam kamu dengan nya dan siapa-siapa yang kesampaian (Quran). Apakah kamu menyaksikan bahawa ada beberapa tuhan
yang lain bersama Allah ?”, katakan lah’; “aku tidak menyaksikan”. Katakan lah
(lagi); “sesungguhnya hendaklah ia, melainkan Tuhan yang tunggal, dan
sesungguhnya aku berjauh diri daripada
apa yang kamu sekutukan”.
20. Orang-orang yang kami
berikan kepada mereka kitab yang merugikan diri-diri sendiri itu, mengetahui
dia sebagaimana mereka mengetahui anak-anak mereka. Maka bukanlah mereka
orang-orang yang beriman.
21. Dan bukan kah tidak ada yang lebih zalim
daripada orang yang membuat dusta atas (nama) Allah atau mendustakan ayat-ayat ?
sesungguhnya tidak lah berbahagia orang-orang yang zalim.
22. Dan (ingatlah) hari yang kami akan kumpulkan mereka semua, kemudian, kami
berkata kepada orang-orang yang musrik; “dimanakah orang-orang yang kamu sekutu
kan yang kamu anggap ?”.
23. Kemudian, tidaklah ada
fitnah mereka, melainkan mereka berkata; “ demi Allah, Tuhan kami ! bukanlah
kami ini orang-orang yang musrik”.
24. Lihatlah, bagaimana
mereka berdusta atas diri-diri mereka, dan (bagaimana) hilang dari mereka apa
yang mereka ada-adakan !.
25. Dan sebahagian daripada mereka ada yang mendengar kan mu,
tetapi kami telah adakan tutupan-tutupan atas hati-hati mereka, supaya mereka tidak mengerti dia, dan (kami
adakan) sumbatan dikoping-koping mereka,
kerana walau pun mereka melihat tiap-tiap ayat, tidak lah mereka akan percaya
kepada nya, sehingga apabila mereka datang kepada mu, buat membantu mu,
berkatalah orang-orang kafir itu; “ini
tidak lain, melainkan cerita-cerita orang-orang dahulu”.
26. Dan mereka melarang
(manusia) daripadanya, dan mereka
berjauh diri daripadanya, pada hal tidaklah mereka itu membinasakan, melainkan
diri-diri mereka sendiri, tetapi mereka tidak sadar.
27. Dan (amatlah hebat!) kalau engkau melihat tetakala mereka didirikan
dipinggir neraka, lalu berkata; “alangkah baiknya kalau dikembalikan kami
(kedunia) supaya kami tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, dan jadilah kami
daripada orang-orang mukmin!”.
28. Bahkan ! telah nyata bagi
mereka apa yang mereka sembunyikan dahulu, dan jika dikembalikan mereka
(kedunia), tentu mereka kembali lagi kepada apa yang mereka dilarang, kerana
sesungguhnya mereka itu pendusta
29. Dan mereka berkata; “ini
tidak lain, melainkan hidup kita didunia, dan tidaklah kita akan dibangkitkan”.
30. Dan (alangkah hebatnya!) kalau engkau
lihat tetakala mereka dihadapkan kepada Tuhan mereka (lalu) ia berkata; “bukan
kah (hari) ini banar?” mereka jawab; “benar!
Demi Tuhan kami !” ia berkata (lagi); “maka rasakan lah azab ini dengan
sebab kamu kufur”.
31. Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan (hal) menghadap (peperiksaan) Allah, sehingga apabila datang kepada mereka hari kiamat dengan sekoyong-koyong, berkatalah mereka; “hai kerugian kami atas apa yang telah kami tidur didunia !” padahal mereka memikul dosa-dosa mereka atas bahu-bahu mereka, bukan kah jelek apa yang mereka pikulkan itu ?
32. Dan tidaklah penghidupan
dunia ini melainkan permainan dan
kelalaian, dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang
berbakti, Oleh kerana itu tidakkah kamu mahu berfikir ?
33. Sesungguhnya kami
mengetahui bahawa akan menduka citakan mu apa yang mereka katakan, tetapi
sebenarnya mereka tidak mendustakan mu,
hanya orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah.
34. Dan sesungguhnya telah didustakan beberapa
Rasul lebih dahulu daripada mu, tetapi mereka sabar atas apa yang didustakan mereka, dan disakiti mereka, hingga
datang kepada mereka pertolongan kami, kerana tidak ada yang bisa mengubah
kalimah-kalimah Allah, dan sesungguhnya
telah datang kepada mu khabar beberapa Rasul.
35. Dan jika benar atas mu
perpalingan mereka, maka sekiranya engkau bisa membikin satu lubang dibumi atau
satu tangga kelangit, lalu engkau bawa kan kepada mereka satu ayat,
(kerjakanlah), kerana kalau Allah mahu, tentu ia kumpulkan mereka atas jalan
pertunjukkan. Oleh itu janganlah engkau jadi dari orang-orang yang bodoh.
36. Tidaklah akan
memperkenankan (panggilan mu), melainkan orang-orang yang mendengar, sedang
orang yang mati itu, Allah akan bangkitkan mereka, kemudian, kepadanya lah akan
dikembalikan mereka.
37. Dan mereka akan berkata;
“mengapakah tidak diturunkan atas nya satu ayat dari Tuhan nya?” katakanlah:
“sesungguhnya Allah berkuasa akan menurunkan satu ayat” tetapi kebanyakan
daripada mereka tidak mengetahui.
38. Tidak ada satu pun dari binatang yang merayap dibumi, dan tidak ada satu pun
burung yang terbang dengan dua sayapnya, melainkan adalah mereka umat-umat
seperti kamu, tidak kami luputkan dalam kitab itu sesuatu, kemudian, kepada
Tuhan merekalah, mereka akan dikumpulkan.
39. Dan orang-orang yang
mendustakan ayat-ayat kami itu, tuli dan bisu, didalam kegelapan-kegelapan,
sesiapa yang Allah mahu, ia akan sesatkan dia, dan siapa-siapa yang ia mahu, ia
akan dijadikan dia atas jalan yang
lurus.
40. Katakan lah; “khabarkan
kepada ku, jika datang kepada kamu azab dari Allah atau datang kepada kamu hari
kiamat, apakah kamu akan seru selain dari Allah, jika adalah kamu orang-orang
yang benar?”.
41. “Bahkan ialah yang kamu
akan seru dan (ialah yang) akan melepaskan apa yang kamu minta ia lekaskan,
jika ia kehendaki, dan kamu lupa apa yang kamu sekutukan.
42. Dan sesungguhnya kami
telah kirim (utusan-utusan) kepada umat-umat sebelum mu, lalu kami beri
percubaan kepada mereka dengan kemiskinan dan kesusahan, supaya mereka merendah
diri.
43. Maka mengapakah tidak
mereka merendah diri tetakala datang
kepada mereka percubaan kami ? tetapi keras hati-hati mereka, dan syaitan
menampak kan baik kepada mereka, apa yang mereka kerjakan itu.
44. Maka tetakala mereka lupa kepada (peringatan) yang
diingatkan kepada mereka, kami bukakan bagi mereka pintu-pintu tiap-tiap
sesuatu, hingga apabila mereka senang
dengan apa yang diberikan kepada mereka, sekonyong-konyong kami datangkan
seksaan atas mereka, maka tiba-tiba mereka berputus asa.
45. Lantas dipotong (kesenangan) baitul kaum yang zalim hingga akhirnya, dan sekelian
pujian-pujian itu kepunyaan Allah, Tuhan bagi sekelian makhluk.
46. Katakan lah; “bagaimanakah pemikiran kamu, jika Allah cabut pendengaran kamu dan
penglihatan-penglihatan kamu dan ia menterai (patri) atas hati-hati kamu ? siapakah tuhan selain
dari Allah yang bisa mengembalikan kepada kamu ?” lihatlah bagaimana kami ulang-ulang kan ayat-ayat (kami), kemudian, mereka berpaling.
47. Katakan lah; “khabarkan
lah kepada ku ! jika datang azab Allah
kepada kamu dengan sekoyong-koyong atau terang-terang, bukankah tidak
dibinasakan melainkan kaum yang zalim ?”.
48. Dan tidaklah kami
mengutuskan Rasul-Rasul itu, melainkan sebagai pengemar dan pengacam, maka
barang siapa beriman, dan beramal soleh tidaklah ada ketakutan atas mereka dan tidaklah mereka
akan berdukacita.
49. Dan orang-orang yang
mendustakan ayat-ayat kami itu, akan mengenai mereka azab dengan sebab mereka
telah melewati batas.
50. Katakan lah; “tidak aku
berkata kepada kamu: ‘disisiku ada perbendaharaan’ dan aku tidak mengetahui
perkara yang ghaib, dan tidak aku berkata kepada kamu: ‘sesungguhnya aku ini
melaikat’ tidak aku turut, melainkan apa yang diwahyukan kepada ku”. Tanyalah; “apakah sama orang yang buta dan
orang yang celek ? tidak kah mahu kamu fikirkan ?”.
51. Dan ancamlah dengan (Quran) itu akan orang-orang yang percaya, bahawa mereka
akan dikumpulkan kepada Tuhan mereka, pada hal tidaklah ada bagi mereka, selain
daripadanya, pengurus dan tidak ada yang tolong melepaskan, supaya mereka
terpilihara.
52. Dan janganlah engkau
halau orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dn petang,
yang menghendaki keredaan nya, (kerana) tidaklah engkau menanggung jawab atas
sesuatu daripada perhitungan mereka, dan tidaklah mereka menanggung jawab atas
sesuatu daripada perhitungan mu, maka (sekelian) engkau halau mereka, adalah
engkau dari orang-orang yang zalim.
53. Dan demikian lah kami
uji sebahagian dari mereka dengan sebahagian, yang akhirnya mereka berkata;
“apakah ini dia orang-orang yang Allah beri nikmat dari antara kami ?”. Bukan kah Allah itu lebih mengetahui
orang-orang yang bersyukur ?.
54. Dan apabila datang
kepada mu orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami, maka katakanlah,
mudah-mudahan keselamatan (turun) atas
kamu ! Tuhan kamu telah wajibkan atas dirinya (akan memberi) rahmat, iaitu
sesungguhnya barang siapa dari antara kamu mengerjakan kejahatan dengan
kebodohan, kemudian, ia bertaubat sesudah itu, dan ia berbuat kebaikan, maka
sesungguhnya Allah itu pengampun, penyayang”.
55. Dan demikian lah kami
terangkan beberapa ayat, dan supaya ternyata jalan orang-orang yang bersalah
besar.
56. Katakan lah;
“sesungguhnya aku dilarang menyembah mereka yang kamu seru selain dari Allah”.
Katakan lah (lagi); “aku tidak akan turut kemahuan-kemahuan kamu, kerana kalau
bagitu, sesugguhnya setelah aku, dan
bukanlah aku daripada orang-orang yang terpimpin.
57. Katakan lah; “sesungguhnya aku ini (berjalan) atas keterangan yang nyata dari
Tuhan ku, tetapi kamu dustakan dia. Tidaklah ada pada ku apa yang kamu
harap-harapkan dengan lekas, tidaklah ada hukum itu melainkan bagi Allah ia
menerangkan kebenaran, dan adalah ia sebaik-baik penghukum.
58. Katakan lah; “kalau ada
pada sisi ku, apa yang kamu harap-harapkan
dengan lekas itu, nescaya berlakulah urusan antara ku dan antara kamu,
tetapi Allah itu lebih mengetahui orang-orang yang zalim.
59. Dan disisinya lah (ada)
kunci-kunci barang yang ghaib, tidak akan mengetahui dia, melainkan dia, dan ia
mengetahui apa yang ada didarat dan dilaut dan tidak gugur satu pun daun
melainkan ia mengetahuinya, dan tidak
(gugur) satu pun biji dikelopak-kelopak gelita
bumi, dan tidak (gugur) biji yang basah dan tidak yang kering, melainkan ada
dalam kitab yang nyata.
60. Dan ialah yang memegang kamu pada waktu malam, dan ia mengetahui apa yang kamu
kerjakan pada siang hari, kemudian, ia bangunkan kamu padanya, supaya disempurnakan
satu waktu yang tertentu, kemudian, kepadanya lah tempat kembali kamu,
kemudian, ia akan khabarkan kepada kamu apa yang telah kamu
kerjakan.
61. Dan ialah yang sangat
berkuasa atas hamba-hamba nya, dan ia kirim-kirim kepada kamu
pengawal-pengawal, hingga apabila datang maut kepada salah seorang daripada
kamu, diambil lah dia oleh utusan-utusan kami, dan tidaklah mereka itu tolidur
.
62. Kemudian dikembalikan
mereka kepada Allah, Tuhan merek a yang benar, ketahuilah, bahawa kepunyaan nya
lah (sekelian) hukuman, dan ialah selekas-lekas penghitung.
63. Katakanlah; “siapakah yang menyelamatkan kamu daripada
bincana-bincana darat dan laut, (tetakala)
kamu meminta kepada nya dengan merendah diri dan sembunyi, jika ia selamatkan kami daripada (bencana)
ini, nescaya jadilah kami daripada orang-orang yang bersukur?”.
64. Katakan lah; “ Allah lah
yang menyelamatkan kamu daripada nya dan daripada tiap-tiap kesusahan,
(tetapi), kemudian, kamu menyegutukan (dia)”.
65. Katakan lah; “ialah yang
berkuasa akan mengirim azab atas kamu, dari sebelah atas kamu dan dari bawah
kaki-kaki kamu atau menjadikan kamu beberapa puak dan mengenakan kepada
sebahagian daripada kamu bincana (dari) sebahagian (lain)”, lihat lah bagaimana kami menerangkan ayat-ayat (kami) supaya mereka mengerti.
66. Dan kaum mu telah
dustakan dia, pada hal ia itu benar, katakanlah; “bukanlah aku orang yang
berkuasa atas kamu! “.
67. Tiap-tiap khabar ada
mempunyai masa ketentuan nya dan kamu akan melihat dia.
68. Dan apabila engkau lihat orang-orang yang
memperolok-olok kan ayat-ayat kami, maka berpalinglah dari mereka, hingga
mereka masuk pada omongan yang lain, dan
jika engkau dilupakan oleh syaitan, maka sesudah ingat janganlah engkau duduk
bersama orang-orang yang zalim itu.
69. Dan tiadalah ada atas orang-orang yang
berbakti, sesuatu daripada perhitungan mereka (yang memperolok-olok kan) itu,
tetapi (hanya) peringatan, supaya mereka terpelihara.
70. Dan biarkan lah
orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan persia’an, dan
yang telah ditipu oleh penghidupan dunia, tetapi ingatlah mereka
dengan(Quran) itu, supaya tidak
terjerumus satu jiwa dengan sebab apa yang ia telah usahakan, tidaklah ada
beginya selain daripada Allah, pengurus dan tidak ada yang tolong melepaskan,
dan jika ia (hendak)tebus dengan sekelian penebusan, tidak akan diterima
daripadanya mereka itu ialah orang-orang yang telah dijerumuskan dengan sebab
apa yang mereka telah kerjakan. Adalah bagi mereka minuman dari air yang
mendidih dan azab yang pedih lantaran kekufuran mereka.
71. Katakan lah; Apakah (patut) kita seru selain dari Allah yang tidak memberi manfaat
kepada kita dan tidak memudaratkan kita,
dan (baguslah) dikembalikan kita atas
tumit-tumit kita, sesudah Allah pimpin kita, seperti seorang yang digangu oleh syaitan-syaitan dibumi, dalam
keadaan bingong, pada hal ia mempunyai beberapa kawan yang mengajak dia kepada
petunjuk, (sambil) berkata; “ikutlah kami?” katakan lah; “sesungguhnya
pertunjukan Allah itulah (sebenar-benar) pertunjukan, dan kami diperintah
supaya berserah diri kepada Tuhan bagi sekelian makhluk”.
72. Dan (diperintah)
hendaklah kamu menetapi sembahayang dan berbakti kepada nya, kerana kepadanya lah kamu akan
dihimpunkan.
73. Dan ialah yang
menjadikan langit-langit dan bumi dengan hak dan hari yang ia akan berkata;
“jadilah”, lalu ia jadi. Perkataan nya
itu benar, dan bagi nya lah kerajaan
pada ditiup sengkala, yang
mengetahui (perkara) yang ghaib dan
(perkara) yang nyata, dan ialah yang bijak sana, yang amat mengetahui.
74. Dan (ingatlah) tetakala
Ibrahim berkata kepada bapanya, Azzar; “adakah patut engkau anggap
berhala-berhala itu sebagai tuhan-tuhan?” sesungguhnya aku melihat engkau dan
kaum mu didalam kesesatan yang nyata”.
75. Dan demikianlah kami
unjukkan kepada Ibrahim kerajaan langit-langit dan bumi, dan supaya
jadilah ia daripada orang-orang yang
percaya betul-betul.
76. Iaitu tetakala datang
malam atasnya, ia melihat satu bintang, (maka) ia berkata; “apakah ini tuhan
ku?” sesudah bintang itu hilang, ia berkata; “aku tidak suka kepada apa-apa yang (bisa) hilang”.
77. Maka tetakala ia melihat
bulan terbit, bekatalah ia; “apakah ini tuhan ku?” sesudah bulan itu hilang, ia
berkata; “jika tuhan ku tidak pimpin akan daku, nescaya jadilah aku daripada
golongan orang-orang yang sesat.
78. Maka tetakala ia melihat
matahari terbit, berkata ia; “apakah ini tuhan ku? ini lebih besar” sesudah ia
terbenam, berkatalah ia; “hai kaum ku! Sesungguhnya aku (ini) berlepas diri
dari apa yang kamu sekutukan”.
79. “Sesungguhnya aku
hadapkan diri ku kepada yang menjadikan langit-langit dan bumi, dengan ikhlas,
dan bukan lah aku daripada orang-orang yang menyekutukan (Allah).
80. Dan kaum nya membantah
dia, ia berkata “apakah (patut) kamu membantah ku tentang Allah, pada hal
sesungguhnya ia telah pimpin ku ? dan tidaklah aku takut kepada apa-apa yang
kamu sekutukan dengan nya, kecuali sesuatu yang dikehendaki oleh Tuhan ku. Melewati ilmu
Tuhan ku akan tiap-tiap sesuatu. Oleh kerana itu, apakah tidak mahu kamu
ingat?”
81. “Dan bagaimana kah bisa
aku takut kepada apa-apa yang kamu sekutukan, pada hal kamu tidak takut, bahawa
kamu telah sekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak ia turunkan bagi nya satu
keterangan kepada kamu” maka takutlah
(antara) dan golongan itu, yang
lebih patut (mendapat) keamanan, jika adalah kamu mengetahui?”.
82. Orang-orang yang beriman
dan tidak mencampuri kepercayaan mereka degnan kejahatan, adalah bagi mereka
keamanan dan mereka lah orang-orang terpimpin.
83. Dan ini lah hajat kami
yang kami unjukkan kepada Ibrahim untuk melawan kaum nya. Kami mengangkat
darjat orang yang kami sukai sesungguhnya Tuhan mu itu, bijaksana, mengetahui.
84. Dan kami telah beri bagi
nya Ishak dan Yaakob, semua (dari
mereka) telah kami pimpin, dan juga Noh, kami telah pimpin lebih dahulu, dan
daripada anak cucu nya, (adalah) Daud dan Sulaiman dan Ayub dan Yusuf dan Musa dan Harun, dan
demikianlah kami balas orang-orang yang bebuat kebaikan.
85. Dan Zakaria danYahya dan
Isa dan Alias, semua (mereka adalah) daripada orang-orang yang soleh.
86. Dan Ismail dan Alyasa dan Yunus dan Lut, dan semua (mereka
itu) kami lebihkan dari (lain-lain) manusia.
87. Dan (kami lebihkan)
sebahagian daripada bapa-bapa mereka,
dan anak cucu mereka dan saudara-saudara
mereka, dan kami telah pilih mereka dan kami telah pimpin mereka kejalan
yang lurus.
88. Yang demikian itu,
pertunjukan yang dengan nya ia pimpin siapa yang ia sukai daripada hamba-hamba
nya, dan kalau mereka sekutukan (dia), nescaya gugurlah dari mereka apa-apa yang mereka telah kerjakan.
89. Mereka lah orang-orang
yang telah kami beri kitab dan hukum dan pangkat kenabian oleh kerana itu, jika
mereka tidak mahu percaya kepadanya, maka sesungguhnya kami akan serahkan dia
kepada satu kaum (lain) yang tidak kufur kepadanya.
90. Mereka lah orang-orang yang Allah telah pimpin, maka akan pimpinan mereka itulah
hendak nya engkau turut, katakan lah; “aku tidak meminta kepada kamu upah atas
itu, tidak lah yang demikian itu, melainkan sebagai peringatan untuk manusia”.
91. Dan tidaklah mereka itu
hargakan Allah dengan sebenar-benar penghargaan, kerana mereka itu berkata;
“Allah tidak turunkan sesuatu atas manusia”.
Tanyalah; “siapakah yang turunkan
kitab yang dibawah oleh Musa sebagai penerangan dan pertunjukan bagi manusia, yang kamu
jadikan dia kertas yang kamu terangkan sebahagian (daripadanya)
dan kamu sembunyikan kebaikan nya, dan diajar kepada kamu apa yang kamu tidak
tahu dan tidak bapa-bapa kamu ?” Katakan lah; “Allah lah (yang turunkan)”,
kemudian, biarkan mereka bermain-main dalam kesesatan mereka.
92. Dan ini lah kitab yang
kami turunkan, yang berbahagia, yang mencucuki (kitab) yang sebelum nya dan supaya engkau ancam Ummul Qura dan
orang-orang disekelilingnya, dan orang yang percaya kepada akhirat itu, percaya
kepadanya, dan mereka akan pelihara kan sembahayang mereka.
93. Dan bukan kah tidak ada
yang lebih zalim daripada orang yang membuat dusta atas nama Allah, atau ia
berkata; “diwahyukan kepada ku”, pada hal tidak ada diwahyukan kepadanya apa
pun, dan (daripada orang) berkata; “aku
akan turunkan seperti apa yang Allah turunkan” dan (alangkah hebatnya) tetakala
engkau lihat orang-orang zalim itu dalam sakaratul maut, sedang
melaikat-melaikat menghulur tangan-tangan mereka (sambil berkata); “keluarkan
lah nyawa kamu dihari inilah kamu akan dibalas dengan azab yang pedih dengan
sebab apa yang kamu telah katakan atas nama Allah dengan tidak benar, dan adalah kamu sombong diri (menerima)
ayat-ayat nya.
94. Dan sesungguhnya kamu
datang kepada kami bersendirian-sendirian, sebagaimana kami jadikan kamu pada
pertama kali, dan kamu telah tinggalkan
apa yang kami berikan kepada kamu dibelakang punggung-punggung kamu, dan kami tidak lihat
ada berserta kamu orang-orang yang bisa melepaskan kamu, yang kamu sangka bahwa
se nya mereka itu, diantara kamu, sebagai sekutu-sekutu Allah, sesungguhnya
telah putus (perhubungan) antara kamu (dengan mereka), dan lenyap lah daripada
kamu, apa yang kamu sangka.
95. Sesungguhnya Allah
pembelah buah dan biji, ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan ia
mengeluarkan yang mati dari yang hidup, yang (berkuasa) demikian itu, (ialah)
Allah kemanakah kamu akan dipalingkan ?.
96. Pembelah subuh, dan menjadikan malam untuk berdiam, dan mentari dan bulan untuk
perhitungan, ini lah ketentuan (dari) yang maha kuasa, yang amat mengetahui.
97. Dan ialah yang telah
jadikan bagi kamu beberapa bintang untuk kamu berpedoman dengan dia didalam
kegelapan-kegelapan darat dan laut,
sesungguhnya kami telah terangkan tanda-tanda kamu bagi orang-orang yang tahu.
98. Dan ialah yang jadikan
kamu daripada diri yang satu, maka ditetapkan dan ditumpangkan. Sesungguhnya
kami telah terangkan tanda-tanda kami bagi orang-orang yang (mahu) mengerti.
99. Dan ialah yang turunkan air dari langit, maka kami keluarkan dengan (air) itu
tumbuhan-tumbuhan dari tiap-tiap sesuatu, lalu kami keluarkan daripada nya
(pohon) yang hijau yang daripadanya kami keluarkan biji-biji bersusun-susun,
dan dari kurma (iaitu) dari mayang nya (jadi) tandan yang mudah dipetik, dan (kami jadikan) kebun-kebun
dari anggur dan zaiton dan delima yang bersamaan dan yang tidak bersamaan.
Lihat lah kepada buahnya apabila ia berbuah dan (lihat kepada) masaknya,
sesungguhnya didalam itu ada tanda-tanda bagi kaum yang (mahu) beriman.
100. Dan mereka jadikan jin
itu sekutu-sekutu bagi Allah, pada hal ia dijadikan nya, dan dengan tidak tahu
mereka mengada-adakan nya baginya anak-anak laki-laki dan anak-anak perempuan.
Maha suci dan maha tinggi Allah dari apa yang mereka sifatkan ! .
101. (ialah) yang
menjelmakan langit-langit dan bumi, bagaimana kah bisa ada bagi nya anak, pada
hal ia tidak mempunyai isteri, sedangkan
ia menjadikan tiap-tiap sesuatu, dan ia yang mengetahui tiap-tiap sesuatu ?.
102. Yang demikian itu
Allah, Tuhan kamu, yang tidak ada Tuhan melainkan dia, yang menjadikan
tiap-tiap sesuatu. Oleh kerana itu, sembahlah dia, kerana ia pengurus atas
tiap-tiap sesuatu.
103. Pemandangan-pemandangan
tidak bisa melihat dia, tetapi ia bisa melihat pemandangan-pemandangan itu, kerana (adalah) ia amat halus, amat mengetahui.
104. “Sesungguhnya telah
datang kepada kamu beberapa keterangan dari Tuhan kamu, lantaran itu, barang
siapa melihat, maka (semata-mata) untuk dirinya dan barang siapa buta, maka
(semata-mata untuk) kecelakaan atasnya, dan bukan lah aku penjaga atas kamu”.
105. Dan demikianlah kami
paling-paling kan ayat-ayat kami, tetapi akhir nya mereka berkata “engkau telah
baca”, dan untuk kami menerangkan nya kepada kaum yang (hendak) tahu.
106. Ikutlah apa yang telah
diwahyu kan kepada mu dari Tuhan mu, yang tidak ada Tuhan, melainkan dia, dan
berpalinglah dari orang-orang musrik.
107. Dan kalau Allah mahu,
tentu mereka tidak menyekutukan (dia), dan tidaklah kami jadikan mu penjaga
atas mereka, dan bukanlah engkau pengurus atas mereka.
108. Dan janganlah kamu maki
(berhala-berhala yang mereka seru selain dari Allah, kerana mereka akan maki Allah, dengan melewati batas dengan
tidak mempunyai pengetahuan. Demikian
lah kami hiaskan bagi tiap-tiap umat amal mereka kemudian, kepada Tuhan
merekalah tempat kembali mereka, maka ia akan terangkan kepada mereka apa-apa
yang mereka kerjakan.
109. Dan mereka bersumpah
dengan nama Allah sebenar-benar sumpah, (bahawa) jika datang kepada mereka satu
ayat, mereka akan beriman kepada nya, (tetapi) katakan lah; “(bahawa) ayat-ayat
itu tidak ada melainkan pada sisi Allah:,
dan tidaklah menyadarkan kami, bahawa apabila (ayat-ayat) itu datang,
mereka tidak akan beriman ?
110. Dan kami
paling-palingkan hati-hati mereka dan pemandangan-pemandangan mereka,
sebagaimana mereka tidak (mahu) beriman kepada nya pada pertama kali, dan kami
akan biarkan mereka bingong didalam kesesatan mereka.
[Previous Juzuk][Next Juzuk] [Previous Summary][Next Summary] [Home]