Monday 27 January 2020

Juzuk 7

Juzuk 7 
AL-MAIDAH 83~120
AL-AN'AM 1~110  
 
AL-MAIDAH 83~120 
83. Dan apabila mereka itu mendengar apa-apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau akan melihat mata-mata mereka melelehkan air matanya lantaran kebenaran yang mereka tahu, (sambil) mereka berkata; “hai Tuhan kami ! kami telah beriman. Oleh kerana itu, catatkan kami didalam golongan orang-orang yang menyaksikan”.
84. “dan tidak patut kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, pada hal kami ingin supaya Tuhan kami masukkan kami bersama kaum  yang solehin”.
85. Oleh itu, Allah ganjaran mereka atas apa yang mereka telah katakan, (iaitu) syurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, hal keadaan mereka kekal padanya. Yang demikian itu, adalah  balasan bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.
86. Dan orang-orang yang kufur dan mendustakan  ayat-ayat kami, (adalah) mereka itu ahli neraka.
87. Hai orang yang beriman ! janganlah kamu haramkan barang-barang yang baik-baik yang Allah telah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melewati batas, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melewati batas.
88. Dan makan lah barang-barang yang halal yang baik dari apa-apa yang dikurniakan oleh Allah, dan berbaktilah kepada Allah yang kepadanya kamu beriman.
89. Allah tidak salahkan kamu dengan sebab sumpah-sumpah kamu yang tidak disengaja, tetapi ia salah kan kamu dengan sebab sumpah-sumpah yang kamu sungguh-sungguhkan.  Maka dendanya itu ialah memberi makan sepuluh miskin, dengan makanan yang sedang  dari makanan yang kamu berikan kepada ahli kamu, atau pakaian (untuk) mereka, atau merdeka kan seorang hamba. Tetapi barang siapa tidak mampu, maka hendaklah ia puasa tiga hari, yang demikian itu denda-denda bagi sumpah-sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Oleh kerana itu, piliharakan lah sumpah-sumpah kamu. Demikianlah Allah terangkan ayat-ayat nya kepada  kamu, supaya kamu berterima kasih.
90. Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya arak, dan judi, dan sembelehan untuk berhala, dan undi-undi nasib itu kotor dari pekerjaan syaitan. Oleh kerana itu, hendaklah kamu jauhi nya supaya kamu dapat kejayaan.
91. Sesungguhnya tidaklah syaitan itu mahu melainkan mengadakan antara kamu, permusuhan dan kebencian (dengan perantaraan) arak dan judi, dan memalingkan kamu daripada mengingat Allah dan sembahayang. Oleh kerana itu, tidak kah mahu kamu berhenti ?
92. Dan taatlah kepada Allah ! dan taatlah kepada Rasul-Rasul ! dan berhati-hatilah  kerana kalau kamu berpaling, maka ketahuilah, bahawa tidak ada kewajipan atas Rasul kami, melainkan menyampaikan (sahaja) dengan terang.
93. Tidaklah ada kesalahan atas orang-orang yang beriman dan beramal soleh tentang apa-apa yang mereka makan, apabila mereka jauhi (barang haram)  dan beriman dan beramal soleh, kemudian ( tetap mereka)  menjauhi (barang haram itu) dan  beriman, kemudian mereka berbakti dan berbuat kebaikan, kerana Allah itu suka kepada orang-orang yang berbuat kebaikan. 
94. Hai orang-orang yang beriman ! Allah akan memberi percubaan kepada kamu dengan (melarang) suatu  dari perburuan yang dapat dicapai oleh tangan-tangan  kamu dan panah-panah kamu, supaya terbukti kepada Allah, supaya yang takut kepada nya dengan ikhlas. Oleh demikian, barang siapa melanggar sesudah itu, maka adalah baginya azab yang pedih.
95. Hai orang-orang yang beriman ! jangan lah kamu bunuh perburuan diwaktu kamu dalam ihram, kerana barang  siapa dari antara kamu membunuh nya dengan sengaja, maka dendanya ialah binatang ternak yang sebanding dengan apa yang ia bunuh, yang akan dihukumkan oleh dua orang yang adil dari antara kamu, sebagai korban buat disempaikan ke Kaabah, atau denda memberi  makan orang-orang miskin, atau puasa  setanding dengan itu, supaya ia rasai kejelekan perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu, tetapi barang siapa mengulangi, maka Allah akan seksa dia, kerana Allah itu gagah, pembalas.
96. Dihalalkan bagi kamu perburuan laut, dan (diharamkan) makanan nya, sebagai bekalan bagi kamu, dan bagi orang-orang pelayaran, tetapi diharamkan atas kamu pemburuan darat selama kamu dalam ihram. Oleh kerana itu, berbaktilah kepada Allah, yang kepadanya kamu akan dikumpullan.
97. Allah telah jadikan Kaabah, rumah yang mulia, dan bulan yang mulia, dan korban (biasa) dan korban-korban yang ditandakan itu sebagai penyokong bagi manusia. Yang demikian, supaya kamu tahu, bahawa se nya Allah mengetahui apa-apa yang ada dilangit-langit dan apa apa-apa yang dibumi, dan bahawa se nya Allah mengetahui tiap-tiap sesuatu.
98. Ketahuilah bahawa se nya Allah itu pedih seksaan nya, dan bahawa se nya Allah itu pengampun, penyayang.
99. Tidak ada (kewajipan) atas Rasul itu melainkan menyampaikan (sahaja), kerana Allah mengetahui apa-apa yang kamu dzahirkan dan apa-apa yang kamu sembunyikan.
100. Katakanlah; “tidak sama barang yang buruk dan yang baik,  walau pun banyak nya perkara buruk itu menyenagkan hati mu. Oleh itu, berbaktilah kepada Allah, hai orang-orang yang  mempunyai fikiran ! supaya  kamu mendapat kejayaan”.
 101. Hai orang-orang yang beriman ! janganlah kamu tanya hal-hal yang, jika diterangkan kepada kamu, akan menyusahkan kamu, tetapi jika kamu bertanya dari hal (ayat-ayat) itu waktu diturunkan Quran, akan diterangkan  nya kepada kamu. Allah maafkan kamu dari (kesalahan) itu, kerana Allah itu pengampun, penyabar.
102. Sesungguhnya telah menanyakan dia satu kaum sebelum kamu, kemudian, jadilah mereka orang-orang kapir dengan (sebab) itu.
103. Allah tidak jadikan bahirah dan tidak saibah dan tidak wadilah dan tidak haram, tetapi orang-orang kapir itu membuat dusta atas nama Allah, kerana kebanyakan mereka tidak berfikiran.
104. Dan apabila dikatakan kepada mereka; “marilah kepada apa yang diturunkan oleh Allah dan kepada Rasul nya”.  Mereka berkata; “cukuplah bagi kami apa-apa bagi kami dapati bapa-bapa kami atasnya”. Apakah (mereka akan turut) walau pun bapa-bapa mereka tidak mengetahui sesuatu dan tidak terpimpin ?
105. Hai orang-orang yang beriman ! jagalah diri-diri kamu, tidak bisa membahayai kamu (kesesatan) orang yang sesat, apabila kamu terpimpin. Kepada Allah lah tempat kembali kamu sekelian, maka ia akan terangkan kepada kamu (balasan bagi) apa yang kamu telah kerjakan.
106. Hai orang-orang yang beriman ! persaksian diantara kamu, apabila seorang daripada kamu hampir mati, waktu berwasiat, (ialah) dua oang yang adil dari antara kamu, atau dua orang yang bukan dari kamu, jika kamu dalam pelayaran lalu bahaya mati (hendak) mengenai kamu, kamu tahan  dua-dua nya sesudah sembahayang, lalu dua-dua nya bersumpah dengan nama Allah, jika kamu ragu-ragu; “kami tidak menjual dia dengan harta, walau pun ia keluarga yang dekat, dan kami tidak sembunyikan penyaksian (kerana) Allah, lantaran kalau bagitu, sesungguhnya (adalah)  kami dari orang-orang yang berdosa”.
107. Lantas apabila didapati, bahawa mereka berdua berbuat dosa, maka (hendaklah ada) dua orang lain yang lebih hampir, dari orang-orang yang diperbuat dosa atasnya itu, menggantikan mereka berdua, lalu bersumpah dengan nama Allah; “bahawa persaksian kami lebih patut (diterima) daripada persaksian mereka berdua, dan kami tidak melewati batas, kerana kalau bagitu, nescaya adalah kami dari orang-orang yang zalim”.
108. Yang demikian itu (cara) yang lebih dekat, supaya manusia menjadi saksi sebagaimana mestinya, atau supaya mereka takut dikembalikan sumpah-sumpah mereka sesudah sumpah-sumpah mereka, oleh kerana itu, takutlah kepada Allah, dan dengarkan lah, kerana Allah tidak memimpin kaum yang pasik.
109. Pada hari Allah akan kumpulkan Rasul-Rasul nya, lalu ia bertanya; “bagaimana kah kamu diterima ?” mereka menjawab; “tidak ada pengetahuan bagi kami”. Sesungguhnya engkaulah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib”.
110. (ingatlah) tetekala Allah berkata; “hai Isa anak Mariam ! ingatlah nikmat ku atas mu dan atas ibu mu tetekala aku kuatkan mu dengan roh al-kudus, engkau berkata-kata dengan manusia dalam buaian, dan waktu besar mu, dan (ingatlah) tetekala aku ajar mu tulisan dan hikmah dan Taurat dan Injil, dan (ingatlah) tetekala engkau jadikan, daripada tanah, seperti keadaan burung dengan izin ku lalu engkau tiup padanya, dan (ingatlah waktu) engkau menyembohkan orang-orang buta dan sopak dengan izin ku, dan (ingatlah) tetakala engkau menghidupkan orang-orang yang sudah mati dengan izin ku, dan (ingatlah) tetekala aku menghalangi bani Israel daripada mu, ketika engkau datang kepada mereka dengan (membawa) keterangan-keterangan, lantas orang-orang kafir dari antara mereka, berkata; “ini tidak lain melainkan satu sihir yang terang-terang”.
111. “dan (ingatlah) tetakala aku beri wahyu kepada hawarabin, supaya mereka beriman kepada ku dan kepad Rasul ku, mereka  berkata; “kami telah beriman, dan saksikan lah, bahawa sesungguhnya kami ini  orang-orang yang menyerah diri”.
112. (ingatlah) tetakala hawarabin berkata; “hai Isa, anak Mariam! Apakah berkuasa Tuhan mu menurunkan atas kami satu hidangan dari langit ?” jawabnya; “takutlah kepada Allah, jika betul kamu  orang-orang yang beriman”.
113. Mereka berkata; “kami mahu supaya kami makan daripada nya, dan (supaya) tetap hati-hati kami, dan (supaya) kami tahu, bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami dan (supaya) jadilah kami daripada orang-orang yang menyaksikan (sendiri)”.
114. Berkata nabi Isa, anak Mariam; “ya Allah, Tuhan kami ! turunkan lah atas kami satu hidangan dari langit, yang akan jadi satu hari raya bagi kami, (iaitu) bagi orang-orang yang dipermulaan kami dan diakhir kami, dan (sebagai) satu tanda daripada mu dan kurnia kan lah kami, kerana engkau sebaik-baik pengurnia”.
115. Berkata Allah; “sesungguhnya aku akan turunkan nya atas kamu, tetapi barang siapa dari antara kamu kufur sesudah itu, maka aku akan azab dia satu azab yang tidak pernah aku azab bagitu akan seseorang daripada makhluk”.
116. Dan (ingatlah) tetakala Allah berkata; “hai Isa, anak Mariam ! adakah engkau berkata kepada manusia; “jadikan lah aku dari ibu ku sebagai Tuhan selain dari Allah ?” ia jawab; “Maha suci engkau ! tidaklah patut bagi ku berkata apa yang tidak ada hak bagi ku. Jika aku ada mengataka nya, maka sesungguhnya engkau tahu akan dia. Engkau tahu apa yang ada pada diriku, sedangkan aku tidak tahu apa yang ada pada diri mu, kerana sesungguhnya engkau lah yang amat mengetahui perkara-perkara yang ghaib”.
117. “Tidak aku katakan kepada mereka, melainkan apa yan engkau perintah kan dia kepada ku,  iaitu beribadat lah kepada Allah, Tuhan ku dan Tuhan kamu, dan adalah aku menjadi penjaga atas mereka selama aku ada pada mereka, maka tetakala engkau ambil akan daku, adalah engkau jadi pengurus atas mereka, dan sesungguhnya engkau penyaksi atas tiap-tiap sesuatu”.
118. “Jika engkau seksa mereka, maka sesungguhnya mereka itu hamba-hamba mu, dan jika engkau ampuni mereka, maka sesungguhnya engkau lah maha kuasa, bijaksana”.
119. Allah berfirman; “inilah hari yang kebenaran memberi menafaat kepada orang-orang yang benar. Adalah bagi mereka syurga-syurga yang mengalir pada nya sungai-sungai, hal keadaan mereka kekal padanya selamanya.  Allah reda kepada mereka dan mereka reda kepada nya, yang demikian itulah kemenangan yang besar”.
120. Bagi Allah lah kerajaan langit-langit dan bumi dan apa-apa yang ada pada (semua)nya, kerana ia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Al-Maidah (111-120),

{6}  
Al-An’am (Binatang Ternak) 1~110 
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Sekelian puji-pujian kepunyaan Allah yang menjadikan langit-langit dan bumi dan mengadakan gelap-gelap dan terang, tetapi orang-orang yang kafir itu menyekutukan Tuhan mereka.
2. Ialah yang jadikan kamu dari tanah, kemudian ia tentukan satu ajal, dan satu ajal (lelaki) ada disisinya , tetapi (tetap) kamu ragu-ragu.
3. Dan ialah Allah dilangit-langit dan dibumi, ia mengetahui rahsia kamu dan apa yang kamu terangkan, dan ia mengetahui apa-apa yang kamu usahakan.
4. Dan tidaklah datang kepada mereka satu ayat daripada ayat-ayat Tuhan mereka melainkan mereka berpaling daripadanya.
5. Maka sesungguhnya mereka telah dustakan kebenaran tetakala datang ia kepada mereka, oleh kerana itu, akan datang kepada  mereka khabar-khabar apa yang mereka telah perolok-olok kan.
6. Tidak kah mereka melihat, berapa kaum yang kami telah binasakan sebelum mereka, yang kami beri kepada mereka (kekuasaan) dibumi yang tidak kamu beri kepada kamu, dan kami turunkan hujan atas mereka dengan lebat dan kami jadikan sungai-sungai mengalir dibumi mereka, lalu kami binasakan mereka lantaran dosa-dosa mereka, dan kami adakan, sesudah mereka, kaum yang lain-lain.
7. Dan kalau kami turunkan atas mu satu kitab atas kertas, lalu mereka pegang dia, dengan tangan-tangan mereka, nescaya mereka yang kufur itu akan berkata; “ini tidak lain, melainkan satu seher yang nyata”.
8. Dan mereka berkata; “mengapakah tidak diturunkan atas nya Melaikat ?” pada hal kalau kami turunkan Melaikat, tentu habis urusan, kemudian, mereka tidak akan diberi tempoh (lagi).
9. Dan kalau kami jadikan dia Melaikat, tentu kami jadikan dia seorang laki-laki dan tentu kami samarkan atas mereka sebagaimana mereka samarkan.
10. Dan sesungguhnya telah diperolok-olok kan beberapa Rasul sebelum mu, maka turunlah atas orang-orang yang memperolok-olok kan dari antara mereka itu (balasan bagi) apa yang mereka telah perolok-olok kan.
11. Katakan lah; “berjalanlah kamu dibumi, kemudian, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang medustakan”.
12. Tanyalah; “bagi siapakah apa yang ada dilangit-langit dan dibumi?” katalah; “bagi Allah ia telah wajibkan diri nya memberi rahmat. Sesungguhnya ia akan kumpulkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada ragu-ragu ditentangnya”. Orang-orang yang merugikan diri-diri (mereka) itu, bukanlah orang-orang yang beriman.
13. Dan baginya  lah apa-apa yang ada (diwaktu) malam dan siang, dan ialah mendengar dan yang mengetahui.
14. Katakan lah; “adakah (patut) aku menjadikan ketua selain dari Allah yang menjadikan langit-langit dan bumi, dan ia yang memberi makan dan tidak (dia) diberi makan ?”, katakan lah; “sesungguhnya aku diperintah supaya menjadi orang yang pertama  menyerah diri”, dan firman nya; “janganlah engkau jadi dari (golongan) orang musrik”.
15. Katakan lah; “sesungguhnya aku takut kepada azab hari yang besar, jika aku derhaka kepada Tuhan ku”
16. Barang siapa dipalingkan (azab) daripadanya pada hari itu, maka sesungguhnya Allah telah beri rahmat kepada nya, kerana yang demikian lah kemenangan yang nyata.
17. Dan jika Allah mengenakan bahaya kepada mu, maka tidaklah ada siapa pun, yang bisa melepaskan nya, melainkan dia, dan jika ia mengenakan kebaikan kepada mu, maka ia itu bekuasa atas tiap-tiap sesuatu.
18. Dan ialah yang berkuasa atas hamba-hamba, dan ialah yang bijaksana, yang amat mengetahui. 
19. Tanyalah; “apakah yang terlebih besar persaksian nya”, katakan lah ; “Allah menjadi penyaksi antara ku dan antara kamu, dan diwahyukan Quran ini kepada ku untuk aku mengancam kamu dengan nya dan siapa-siapa yang kesampaian (Quran).  Apakah kamu menyaksikan bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama Allah ?”, katakan lah’; “aku tidak menyaksikan”. Katakan lah (lagi); “sesungguhnya hendaklah ia, melainkan Tuhan yang tunggal, dan sesungguhnya aku berjauh diri daripada  apa yang kamu sekutukan”.
20. Orang-orang yang kami berikan kepada mereka kitab yang merugikan diri-diri sendiri itu, mengetahui dia sebagaimana mereka mengetahui anak-anak mereka. Maka bukanlah mereka orang-orang yang beriman.
21.  Dan bukan kah tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang membuat dusta atas (nama) Allah atau mendustakan ayat-ayat ? sesungguhnya tidak lah berbahagia orang-orang yang zalim.
22. Dan (ingatlah) hari yang kami akan kumpulkan mereka semua, kemudian, kami berkata kepada orang-orang yang musrik; “dimanakah orang-orang yang kamu sekutu kan yang kamu anggap ?”.
23. Kemudian, tidaklah ada fitnah mereka, melainkan mereka berkata; “ demi Allah, Tuhan kami ! bukanlah kami ini orang-orang yang musrik”.
24. Lihatlah, bagaimana mereka berdusta atas diri-diri mereka, dan (bagaimana) hilang dari mereka apa yang mereka ada-adakan !.
25. Dan sebahagian  daripada mereka ada yang mendengar kan mu, tetapi kami telah adakan tutupan-tutupan atas hati-hati mereka,  supaya mereka tidak mengerti dia, dan (kami adakan) sumbatan dikoping-koping  mereka, kerana walau pun mereka melihat tiap-tiap ayat, tidak lah mereka akan percaya kepada nya, sehingga apabila mereka datang kepada mu, buat membantu mu, berkatalah  orang-orang kafir itu; “ini tidak lain, melainkan cerita-cerita orang-orang dahulu”.
26. Dan mereka melarang (manusia)  daripadanya, dan mereka berjauh diri daripadanya, pada hal tidaklah mereka itu membinasakan, melainkan diri-diri mereka sendiri, tetapi mereka tidak sadar.
27. Dan  (amatlah hebat!)  kalau engkau melihat tetakala mereka didirikan dipinggir neraka, lalu berkata; “alangkah baiknya kalau dikembalikan kami (kedunia) supaya kami tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, dan jadilah kami daripada orang-orang mukmin!”.
28. Bahkan ! telah nyata bagi mereka apa yang mereka sembunyikan dahulu, dan jika dikembalikan mereka (kedunia), tentu mereka kembali lagi kepada apa yang mereka dilarang, kerana sesungguhnya mereka itu pendusta
29. Dan mereka berkata; “ini tidak lain, melainkan hidup kita didunia, dan tidaklah kita akan dibangkitkan”.
30. Dan (alangkah hebatnya!)  kalau engkau lihat tetakala mereka dihadapkan kepada Tuhan mereka (lalu) ia berkata; “bukan kah (hari) ini banar?” mereka jawab; “benar!  Demi Tuhan kami !” ia berkata (lagi); “maka rasakan lah azab ini dengan sebab kamu kufur”.

31. Sesungguhnya  telah rugilah orang-orang yang mendustakan (hal) menghadap (peperiksaan) Allah, sehingga apabila datang kepada mereka hari  kiamat dengan sekoyong-koyong, berkatalah  mereka; “hai kerugian kami  atas apa  yang  telah kami tidur didunia !”  padahal  mereka memikul dosa-dosa mereka atas bahu-bahu mereka, bukan kah jelek apa yang mereka pikulkan itu ?
32. Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan  permainan dan kelalaian, dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang berbakti, Oleh kerana itu tidakkah kamu mahu berfikir ?
33. Sesungguhnya kami mengetahui bahawa akan menduka citakan mu apa yang mereka katakan, tetapi sebenarnya  mereka tidak mendustakan mu, hanya orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah.
34. Dan sesungguhnya telah didustakan beberapa  Rasul lebih dahulu daripada mu, tetapi mereka sabar atas apa yang  didustakan mereka, dan disakiti mereka, hingga datang kepada mereka pertolongan kami, kerana tidak ada yang bisa mengubah kalimah-kalimah Allah, dan  sesungguhnya telah datang kepada mu khabar beberapa Rasul.
35. Dan jika benar atas mu perpalingan mereka, maka sekiranya engkau bisa membikin satu lubang dibumi atau satu tangga kelangit, lalu engkau bawa kan kepada mereka satu ayat, (kerjakanlah), kerana kalau Allah mahu, tentu ia kumpulkan mereka atas jalan pertunjukkan. Oleh itu janganlah engkau jadi dari orang-orang yang bodoh.
36. Tidaklah akan memperkenankan (panggilan mu), melainkan orang-orang yang mendengar, sedang orang yang mati itu, Allah akan bangkitkan mereka, kemudian, kepadanya lah akan dikembalikan mereka.
37. Dan mereka akan berkata; “mengapakah tidak diturunkan atas nya satu ayat dari Tuhan nya?” katakanlah: “sesungguhnya Allah berkuasa akan menurunkan satu ayat” tetapi kebanyakan daripada mereka tidak mengetahui.
38. Tidak ada satu pun dari binatang yang merayap dibumi, dan tidak ada satu pun burung yang terbang dengan dua sayapnya, melainkan adalah mereka umat-umat seperti kamu, tidak kami luputkan dalam kitab itu sesuatu, kemudian, kepada Tuhan merekalah, mereka akan dikumpulkan.
39. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami itu, tuli dan bisu, didalam kegelapan-kegelapan, sesiapa yang Allah mahu, ia akan sesatkan dia, dan siapa-siapa yang ia mahu, ia akan dijadikan dia atas jalan  yang lurus.
40. Katakan lah; “khabarkan kepada ku, jika datang kepada kamu azab dari Allah atau datang kepada kamu hari kiamat, apakah kamu akan seru selain dari Allah, jika adalah kamu orang-orang yang benar?”.
41. “Bahkan ialah yang kamu akan seru dan (ialah yang) akan melepaskan apa yang kamu minta ia lekaskan, jika ia kehendaki, dan kamu lupa apa yang kamu sekutukan.
42. Dan sesungguhnya kami telah kirim (utusan-utusan) kepada umat-umat sebelum mu, lalu kami beri percubaan kepada mereka dengan kemiskinan dan kesusahan, supaya mereka merendah diri.
43. Maka mengapakah tidak mereka merendah diri  tetakala datang kepada mereka percubaan kami ? tetapi keras hati-hati mereka, dan syaitan menampak kan baik kepada mereka, apa yang mereka kerjakan itu.
44. Maka tetakala  mereka lupa kepada (peringatan) yang diingatkan kepada mereka, kami bukakan bagi mereka pintu-pintu tiap-tiap sesuatu,  hingga apabila mereka senang dengan apa yang diberikan kepada mereka, sekonyong-konyong kami datangkan seksaan atas mereka, maka tiba-tiba mereka berputus asa.
45. Lantas dipotong  (kesenangan) baitul  kaum yang zalim hingga akhirnya, dan sekelian pujian-pujian itu kepunyaan Allah, Tuhan bagi sekelian makhluk.
46. Katakan lah; “bagaimanakah pemikiran kamu, jika Allah cabut pendengaran kamu dan penglihatan-penglihatan kamu dan ia menterai (patri)  atas hati-hati kamu ? siapakah tuhan selain dari Allah yang bisa mengembalikan kepada kamu ?” lihatlah bagaimana kami  ulang-ulang kan  ayat-ayat (kami), kemudian, mereka berpaling.
47. Katakan lah; “khabarkan lah kepada  ku ! jika datang azab Allah kepada kamu dengan sekoyong-koyong atau terang-terang, bukankah tidak dibinasakan melainkan kaum yang zalim ?”.
48. Dan tidaklah kami mengutuskan Rasul-Rasul itu, melainkan sebagai pengemar dan pengacam, maka barang siapa beriman, dan beramal soleh tidaklah ada  ketakutan atas mereka dan tidaklah mereka akan berdukacita.
49. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami itu, akan mengenai mereka azab dengan sebab mereka telah melewati batas.
50. Katakan lah; “tidak aku berkata kepada kamu: ‘disisiku ada perbendaharaan’ dan aku tidak mengetahui perkara yang ghaib, dan tidak aku berkata kepada kamu: ‘sesungguhnya aku ini melaikat’ tidak aku turut, melainkan apa yang diwahyukan kepada ku”.  Tanyalah; “apakah sama orang yang buta dan orang yang celek ? tidak kah mahu kamu fikirkan ?”.
51. Dan ancamlah dengan (Quran) itu akan orang-orang yang percaya, bahawa mereka akan dikumpulkan kepada Tuhan mereka, pada hal tidaklah ada bagi mereka, selain daripadanya, pengurus dan tidak ada yang tolong melepaskan, supaya mereka terpilihara.
52. Dan janganlah engkau halau orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dn petang, yang menghendaki keredaan nya, (kerana) tidaklah engkau menanggung jawab atas sesuatu daripada perhitungan mereka, dan tidaklah mereka menanggung jawab atas sesuatu daripada perhitungan mu, maka (sekelian) engkau halau mereka, adalah engkau dari orang-orang yang zalim.
53. Dan demikian lah kami uji sebahagian dari mereka dengan sebahagian, yang akhirnya mereka berkata; “apakah ini dia orang-orang yang Allah beri nikmat dari antara kami ?”.  Bukan kah Allah itu lebih mengetahui orang-orang yang bersyukur ?.
54. Dan apabila datang kepada mu orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami, maka katakanlah, mudah-mudahan keselamatan (turun)  atas kamu ! Tuhan kamu telah wajibkan atas dirinya (akan memberi) rahmat, iaitu sesungguhnya barang siapa dari antara kamu mengerjakan kejahatan dengan kebodohan, kemudian, ia bertaubat sesudah itu, dan ia berbuat kebaikan, maka sesungguhnya Allah itu pengampun, penyayang”.
55. Dan demikian lah kami terangkan beberapa ayat, dan supaya ternyata jalan orang-orang yang bersalah besar.
56. Katakan lah; “sesungguhnya aku dilarang menyembah mereka yang kamu seru selain dari Allah”. Katakan lah (lagi); “aku tidak akan turut kemahuan-kemahuan kamu, kerana kalau bagitu,  sesugguhnya setelah aku, dan bukanlah aku daripada orang-orang yang terpimpin.
57. Katakan lah; “sesungguhnya aku ini (berjalan) atas keterangan yang nyata dari Tuhan ku, tetapi kamu dustakan dia. Tidaklah ada pada ku apa yang kamu harap-harapkan dengan lekas, tidaklah ada hukum itu melainkan bagi Allah ia menerangkan kebenaran, dan adalah ia sebaik-baik penghukum.
58. Katakan lah; “kalau ada pada sisi ku, apa yang kamu harap-harapkan  dengan lekas itu, nescaya berlakulah urusan antara ku dan antara kamu, tetapi Allah itu lebih mengetahui orang-orang yang zalim.
59. Dan disisinya lah (ada) kunci-kunci barang yang ghaib, tidak akan mengetahui dia, melainkan dia, dan ia mengetahui apa yang ada didarat dan dilaut dan tidak gugur satu pun daun melainkan ia mengetahuinya,  dan tidak (gugur)  satu pun biji dikelopak-kelopak gelita bumi, dan tidak (gugur) biji yang basah dan tidak yang kering, melainkan ada dalam kitab yang nyata.
60. Dan ialah yang memegang kamu pada waktu malam, dan ia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian, ia bangunkan kamu padanya, supaya disempurnakan satu waktu yang tertentu, kemudian, kepadanya lah tempat kembali kamu, kemudian,  ia akan  khabarkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.
61. Dan ialah yang sangat berkuasa atas hamba-hamba nya, dan ia kirim-kirim kepada kamu pengawal-pengawal, hingga apabila datang maut kepada salah seorang daripada kamu, diambil lah dia oleh utusan-utusan kami, dan tidaklah mereka itu tolidur .  
62. Kemudian dikembalikan mereka kepada Allah, Tuhan merek a yang benar, ketahuilah, bahawa kepunyaan nya lah (sekelian) hukuman, dan ialah selekas-lekas penghitung.
63. Katakanlah; “siapakah yang menyelamatkan kamu daripada bincana-bincana darat dan laut, (tetakala)  kamu meminta kepada nya dengan merendah diri dan sembunyi,  jika ia selamatkan kami daripada (bencana) ini, nescaya jadilah kami daripada orang-orang yang bersukur?”.
64. Katakan lah; “ Allah lah yang menyelamatkan kamu daripada nya dan daripada tiap-tiap kesusahan, (tetapi), kemudian, kamu menyegutukan (dia)”.
65. Katakan lah; “ialah yang berkuasa akan mengirim azab atas kamu, dari sebelah atas kamu dan dari bawah kaki-kaki kamu atau menjadikan kamu beberapa puak dan mengenakan kepada sebahagian daripada kamu bincana (dari) sebahagian (lain)”,  lihat lah bagaimana kami menerangkan  ayat-ayat (kami) supaya mereka mengerti.
66. Dan kaum mu telah dustakan dia, pada hal ia itu benar, katakanlah; “bukanlah aku orang yang berkuasa atas kamu! “.
67. Tiap-tiap khabar ada mempunyai masa ketentuan nya dan kamu akan melihat dia.
68.  Dan apabila engkau lihat orang-orang yang memperolok-olok kan ayat-ayat kami, maka berpalinglah dari mereka, hingga mereka masuk pada omongan yang lain,  dan jika engkau dilupakan oleh syaitan, maka sesudah ingat janganlah engkau duduk bersama orang-orang yang zalim itu.
69. Dan  tiadalah ada atas orang-orang yang berbakti, sesuatu daripada perhitungan mereka (yang memperolok-olok kan) itu, tetapi (hanya) peringatan, supaya mereka terpelihara.
70. Dan biarkan lah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan persia’an, dan yang telah ditipu oleh penghidupan dunia, tetapi ingatlah mereka dengan(Quran)  itu, supaya tidak terjerumus satu jiwa dengan sebab apa yang ia telah usahakan, tidaklah ada beginya selain daripada Allah, pengurus dan tidak ada yang tolong melepaskan, dan jika ia (hendak)tebus dengan sekelian penebusan, tidak akan diterima daripadanya mereka itu ialah orang-orang yang telah dijerumuskan dengan sebab apa yang mereka telah kerjakan. Adalah bagi mereka minuman dari air yang mendidih dan azab yang pedih lantaran kekufuran mereka.
71. Katakan lah; Apakah (patut) kita seru selain dari Allah yang tidak memberi manfaat kepada kita  dan tidak memudaratkan kita, dan  (baguslah) dikembalikan kita atas tumit-tumit kita, sesudah Allah pimpin kita, seperti seorang yang  digangu oleh syaitan-syaitan dibumi, dalam keadaan bingong, pada hal ia mempunyai beberapa kawan yang mengajak dia kepada petunjuk, (sambil) berkata; “ikutlah kami?” katakan lah; “sesungguhnya pertunjukan Allah itulah (sebenar-benar) pertunjukan, dan kami diperintah supaya berserah diri kepada Tuhan bagi sekelian makhluk”.
72. Dan (diperintah) hendaklah kamu menetapi sembahayang dan berbakti kepada  nya, kerana kepadanya lah kamu akan dihimpunkan.
73. Dan ialah yang menjadikan langit-langit dan bumi dengan hak dan hari yang ia akan berkata; “jadilah”, lalu ia jadi.  Perkataan nya itu benar, dan bagi nya lah kerajaan  pada  ditiup sengkala, yang mengetahui (perkara)  yang ghaib dan (perkara) yang nyata, dan ialah yang bijak sana, yang amat mengetahui. 
74. Dan (ingatlah) tetakala Ibrahim berkata kepada bapanya, Azzar; “adakah patut engkau anggap berhala-berhala itu sebagai tuhan-tuhan?” sesungguhnya aku melihat engkau dan kaum mu didalam kesesatan yang nyata”.
75. Dan demikianlah kami unjukkan kepada Ibrahim kerajaan langit-langit dan bumi, dan supaya jadilah  ia daripada orang-orang yang percaya betul-betul.
76. Iaitu tetakala datang malam atasnya, ia melihat satu bintang, (maka) ia berkata; “apakah ini tuhan ku?” sesudah bintang itu hilang, ia berkata; “aku tidak suka kepada  apa-apa yang (bisa) hilang”.
77. Maka tetakala ia melihat bulan terbit, bekatalah ia; “apakah ini tuhan ku?” sesudah bulan itu hilang, ia berkata; “jika tuhan ku tidak pimpin akan daku, nescaya jadilah aku daripada golongan orang-orang yang sesat.
78. Maka tetakala ia melihat matahari terbit, berkata ia; “apakah ini tuhan ku? ini lebih besar” sesudah ia terbenam, berkatalah ia; “hai kaum ku! Sesungguhnya aku (ini) berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan”.
79. “Sesungguhnya aku hadapkan diri ku kepada yang menjadikan langit-langit dan bumi, dengan ikhlas, dan bukan lah aku daripada orang-orang yang menyekutukan (Allah).
80. Dan kaum nya membantah dia, ia berkata “apakah (patut) kamu membantah ku tentang Allah, pada hal sesungguhnya ia telah pimpin ku ? dan tidaklah aku takut kepada apa-apa yang kamu sekutukan dengan nya, kecuali  sesuatu  yang dikehendaki oleh Tuhan ku. Melewati ilmu Tuhan ku akan tiap-tiap sesuatu. Oleh kerana itu, apakah tidak mahu kamu ingat?”
81. “Dan bagaimana kah bisa aku takut kepada apa-apa yang kamu sekutukan, pada hal kamu tidak takut, bahawa kamu telah sekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak ia turunkan bagi nya satu keterangan kepada kamu” maka takutlah  (antara) dan  golongan itu, yang lebih patut (mendapat) keamanan, jika adalah kamu mengetahui?”.
82. Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuri kepercayaan mereka degnan kejahatan, adalah bagi mereka keamanan dan mereka lah orang-orang terpimpin.
83. Dan ini lah hajat kami yang kami unjukkan kepada Ibrahim untuk melawan kaum nya. Kami mengangkat darjat orang yang kami sukai sesungguhnya Tuhan mu itu, bijaksana, mengetahui.
84. Dan kami telah beri bagi nya  Ishak dan Yaakob, semua (dari mereka) telah kami pimpin, dan juga Noh, kami telah pimpin lebih dahulu, dan daripada anak cucu nya, (adalah) Daud dan Sulaiman dan  Ayub dan Yusuf dan Musa dan Harun, dan demikianlah kami balas orang-orang yang bebuat kebaikan.
85. Dan Zakaria danYahya dan Isa dan Alias, semua (mereka adalah) daripada orang-orang yang soleh.
86. Dan Ismail dan  Alyasa dan Yunus dan Lut, dan semua (mereka itu) kami lebihkan dari (lain-lain) manusia.
87. Dan (kami lebihkan) sebahagian daripada  bapa-bapa mereka, dan anak cucu mereka dan saudara-saudara  mereka, dan kami telah pilih mereka dan kami telah pimpin mereka kejalan yang lurus.
88. Yang demikian itu, pertunjukan yang dengan nya ia pimpin siapa yang ia sukai daripada hamba-hamba nya, dan kalau mereka sekutukan (dia), nescaya gugurlah dari mereka  apa-apa yang mereka telah kerjakan.
89. Mereka lah orang-orang yang telah kami beri kitab dan hukum dan pangkat kenabian oleh kerana itu, jika mereka tidak mahu percaya kepadanya, maka sesungguhnya kami akan serahkan dia kepada satu kaum (lain) yang tidak kufur kepadanya.
90. Mereka lah orang-orang yang Allah telah pimpin, maka akan pimpinan mereka itulah hendak nya engkau turut, katakan lah; “aku tidak meminta kepada kamu upah atas itu, tidak lah yang demikian itu, melainkan sebagai peringatan  untuk manusia”.
91. Dan tidaklah mereka itu hargakan Allah dengan sebenar-benar penghargaan, kerana mereka itu berkata; “Allah tidak turunkan sesuatu atas manusia”.  Tanyalah; “siapakah yang turunkan  kitab yang dibawah oleh Musa sebagai penerangan  dan pertunjukan bagi manusia, yang kamu jadikan dia  kertas  yang kamu terangkan sebahagian (daripadanya) dan kamu sembunyikan kebaikan nya, dan diajar kepada kamu apa yang kamu tidak tahu dan tidak bapa-bapa kamu ?” Katakan lah; “Allah lah (yang turunkan)”, kemudian, biarkan mereka bermain-main dalam kesesatan mereka.
92. Dan ini lah kitab yang kami turunkan, yang berbahagia, yang mencucuki (kitab) yang sebelum nya  dan supaya engkau ancam Ummul Qura dan orang-orang disekelilingnya, dan orang yang percaya kepada akhirat itu, percaya kepadanya, dan mereka akan pelihara kan sembahayang mereka.
93. Dan bukan kah tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang membuat dusta atas nama Allah, atau ia berkata; “diwahyukan kepada ku”, pada hal tidak ada diwahyukan kepadanya apa pun,  dan (daripada orang) berkata; “aku akan turunkan seperti apa yang Allah turunkan” dan (alangkah hebatnya) tetakala engkau lihat orang-orang zalim itu dalam sakaratul maut, sedang melaikat-melaikat menghulur tangan-tangan mereka (sambil berkata); “keluarkan lah nyawa kamu dihari inilah kamu akan dibalas dengan azab yang pedih dengan sebab apa yang kamu telah katakan atas nama Allah dengan tidak benar,  dan adalah kamu sombong diri (menerima) ayat-ayat nya.
94. Dan sesungguhnya kamu datang kepada kami bersendirian-sendirian, sebagaimana kami jadikan kamu pada pertama kali, dan  kamu telah tinggalkan apa yang kami berikan kepada kamu dibelakang  punggung-punggung kamu, dan kami tidak lihat ada berserta kamu orang-orang yang bisa melepaskan kamu, yang kamu sangka bahwa se nya mereka itu, diantara kamu, sebagai sekutu-sekutu Allah, sesungguhnya telah putus (perhubungan) antara kamu (dengan mereka), dan lenyap lah daripada kamu, apa yang kamu sangka.
95. Sesungguhnya Allah pembelah buah dan biji, ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan ia mengeluarkan yang mati dari yang hidup, yang (berkuasa) demikian itu, (ialah) Allah kemanakah kamu akan dipalingkan ?.
96. Pembelah subuh, dan menjadikan malam untuk berdiam, dan mentari dan bulan untuk perhitungan, ini lah ketentuan (dari) yang maha kuasa, yang amat mengetahui.
97. Dan ialah yang telah jadikan bagi kamu beberapa bintang untuk kamu berpedoman dengan dia didalam kegelapan-kegelapan  darat dan laut, sesungguhnya kami telah terangkan tanda-tanda kamu bagi orang-orang yang tahu.
98. Dan ialah yang jadikan kamu daripada diri yang satu, maka ditetapkan dan ditumpangkan. Sesungguhnya kami telah terangkan tanda-tanda kami bagi orang-orang yang (mahu) mengerti.
99. Dan ialah yang turunkan air dari langit, maka kami keluarkan dengan (air) itu tumbuhan-tumbuhan dari tiap-tiap sesuatu, lalu kami keluarkan daripada nya (pohon) yang hijau yang daripadanya kami keluarkan biji-biji bersusun-susun, dan dari kurma (iaitu) dari mayang nya (jadi) tandan yang  mudah dipetik, dan (kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton dan delima yang bersamaan dan yang tidak bersamaan. Lihat lah kepada buahnya apabila ia berbuah dan (lihat kepada) masaknya, sesungguhnya didalam itu ada tanda-tanda bagi kaum yang (mahu) beriman.
100. Dan mereka jadikan jin itu sekutu-sekutu bagi Allah, pada hal ia dijadikan nya, dan dengan tidak tahu mereka mengada-adakan nya baginya anak-anak laki-laki dan anak-anak perempuan. Maha suci dan maha tinggi Allah dari apa yang mereka sifatkan ! .
101. (ialah) yang menjelmakan langit-langit dan bumi, bagaimana kah bisa ada bagi nya anak, pada hal ia tidak  mempunyai isteri, sedangkan ia menjadikan tiap-tiap sesuatu, dan ia yang mengetahui tiap-tiap sesuatu ?.
102. Yang demikian itu Allah, Tuhan kamu, yang tidak ada Tuhan melainkan dia, yang menjadikan tiap-tiap sesuatu. Oleh kerana itu, sembahlah dia, kerana ia pengurus atas tiap-tiap sesuatu.
103. Pemandangan-pemandangan tidak bisa melihat dia, tetapi ia bisa melihat pemandangan-pemandangan  itu, kerana (adalah)  ia amat halus, amat mengetahui.
104. “Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa keterangan dari Tuhan kamu, lantaran itu, barang siapa melihat, maka (semata-mata) untuk dirinya dan barang siapa buta, maka (semata-mata untuk) kecelakaan atasnya, dan bukan lah aku penjaga atas kamu”.
105. Dan demikianlah kami paling-paling kan ayat-ayat kami, tetapi akhir nya mereka berkata “engkau telah baca”, dan untuk kami menerangkan nya kepada kaum yang (hendak) tahu.
106. Ikutlah apa yang telah diwahyu kan kepada mu dari Tuhan mu, yang tidak ada Tuhan, melainkan dia, dan berpalinglah dari orang-orang musrik.
107. Dan kalau Allah mahu, tentu mereka tidak menyekutukan (dia), dan tidaklah kami jadikan mu penjaga atas mereka, dan bukanlah engkau pengurus atas mereka.
108. Dan janganlah kamu maki (berhala-berhala yang mereka seru selain dari Allah, kerana mereka akan  maki Allah, dengan melewati batas dengan tidak mempunyai pengetahuan.   Demikian lah kami hiaskan bagi tiap-tiap umat amal mereka kemudian, kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, maka ia akan terangkan kepada mereka apa-apa yang mereka kerjakan. 
109. Dan mereka bersumpah dengan nama Allah sebenar-benar sumpah, (bahawa) jika datang kepada mereka satu ayat, mereka akan beriman kepada nya, (tetapi) katakan lah; “(bahawa) ayat-ayat itu tidak ada melainkan pada sisi Allah:,  dan tidaklah menyadarkan kami, bahawa apabila (ayat-ayat) itu datang, mereka  tidak akan beriman ?
110. Dan kami paling-palingkan hati-hati mereka dan pemandangan-pemandangan mereka, sebagaimana mereka tidak (mahu) beriman kepada nya pada pertama kali, dan kami akan biarkan mereka bingong didalam kesesatan mereka.

Tuesday 2 September 2014

N1 Pengkalan Kubor

Pesta Pilihanraya Kecil di
N.01 Pengkalan Kubor (Kelantan)
[FG] http://t.co/AOcVm3QPeJ 
[Map] https://goo.gl/maps/yGqKz
.

P19.Tumpat,
[FG] https://www.facebook.com/groups/1534341776779373

N.01 Pengkalan Kubor,
[FG] https://www.facebook.com/groups/831452373555681
N.01 Pengkalan Kubor,
[FG] http://www.facebook.com/groups/186283434824111
[Map] https://goo.gl/maps/yGqKz

N.02 Kelaboran,
[FG] http://www.facebook.com/groups/285981691480401   
N.02 Kelaboran,
[FG] https://www.facebook.com/groups/1475531696044661 
    
N.03 Pasir Pekan,
[FG] http://www.facebook.com/groups/316396175094652
N.03 Pasir Pekan,
[FG] https://www.facebook.com/groups/1476220589300590

N.04 Wakaf Bharu,
[FG] http://www.facebook.com/groups/380870578600265     
N.04 Wakaf Bharu,
[FG] https://www.facebook.com/groups/1522002448014834


Welcome to visit,
e'Ken Milenium Stall,
Lot 94, (Ground Floor),
Bazar Tengku Anis, Jalan Masjid
15000 Kota Bharu, Kel.
[] https://t.co/vtRRDlJU7V  

Thursday 14 November 2013

Juzuk 6



Juzuk ke 6
AL-NISA 148~177
AL-MAIDAH 1~82 

AL-NISA 148~177
148. Allah tidak suka kepada perkataan jelek yang diperdengarkan, kecuali (dari) orang yang teranyanya, kerana Allah itu pendengar, pengetahui.
149. Jika kamu nampak kan satu kebaikan atau kamu sembunyikan dia atau kamu ampunkan (seorang) dari satu  kejelekan, maka sesungguhnya adalah itu pengampun, maha kuasa.
150. Sesungguhnya mereka yang kufur kepada Allah dan rasul-rasul nya, dan hendak  membezakan antara Allah dan rasul-rasul nya, dan berkata; “kami mahu beriman kepada sebahagian, dan tidak mahu beriman kepada sebahagian, dan mereka hendak mengambil satu jalan diantara itu.

151. (maka) mereka ini, ialah sebenar-benar kafir dan kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu, azab yang menghina.
152. Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul dan tidak membezakan antara seorang pun dari mereka (tentang wajib diimani), (maka) mereka ini akan diberi ganjaran nya (oleh Allah), kerana adalah Allah itu pengampun, penyayang.
153. Ahli kitab akan minta kepada mu supaya engkau turunkan atas mereka satu kitab dari langit, kerana sesungguhnya mereka pernah minta kepada Musa lebih besar dari itu, iaitu mereka berkata; “unjukkan lah Allah kepada kami dengan terang-terang”, lantas mereka disambar petir dengan sebab kezaliman mereka, kemudian mereka menyembah anak sapi setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan, tetapi kami ampunkan yang demikian, dan kami beri kepada Musa kekuasaan yang nyata.
154. Dan kami telah tinggikan gunung itu atas mereka buat mengambil perjanjian mereka, dan kami bekata kepada mereka; “masuklah kepintu (negeri) itu dengan tunduk”, dan kami berkata kepada mereka; “ janganlah kamu melewati batas pada hari kelapangan (sabtu)” dan kami telah ambil dari mereka perjanjian yang kuat.
155. Maka (kami laknat mereka)  lantaran mereka pecahkan perjanjian mereka, dan (lantaran) kufur mereka kepada ayat-ayat Allah, dan (lantaran) mereka bunuh nabi-nabi dengan tidak sebenarnya,  dan (lantaran) perkataan mereka; “hati-hati kami telah tertutup”, bahkan Allah telah menterai hati-hati mereka dengan sebab kekufuran mereka.  Lantaran itu, mereka tidak akan beriman melainkan sedikit.
146. Dan lantaran kekufuran mereka dan (lantaran) perkataan mereka atas Mariam satu dusta bikinan yang besar.
147. Dan (lantaran) perkataan mereka; “kami telah bunuh almasih Isa, anak Mariam, pesuruh Allah”, pada  hal mereka tidak bunuh dia dan mereka tidak salib dia, tetapi disamarkan bagi mereka, dan sesungguhnya orang-orang yang berselisihan (paham) ditetang itu, adalah didalam  syak padanya, mereka tidak mempunyai pengetahuan ditentang itu melainkan turut sangkaan (sahaja), dan mereka tidak bunuh dia dengan yakin.
148. Tetapi Allah telah angkat dia kepadanya, kerana adalah Allah itu gagah, bijaksana.
159. Dan tidak ada (seorang pun) dari ahli kitab melainkan akan beriman kepadanya sebelum matinya, dan pada hari kiamat, ia akan jadi saksi atas mereka.
160. Maka dengan sebab kezaliman dari orang-orang yahudi, kami haramkan atas mereka beberapa barang baik yang pernah dihalalkan bagi mereka, dan dengan sebab mereka berpaling sangat dari jalan Allah.


161. Dan (dengan sebab)mereka memakan riba, pada hal dilarang mereka daripadanya, dan (dengan sebab) mereka memakan harta manusia dengan (cara) yang tidak betul, dan kami telah sediakan bagi orang-orang yang kafir daripada antara mereka itu seksaan yang pedih.
162. Tetapi orang-orang yang mahir tentang ilmu dari antaa mereka dan orang-orang yang (sungguh-sungguh)beriman itu, akan beriman kepada apa yang diturunkan kepada mu dan kepada apa yang diturunkan dahulu daripada mu dan (terutama) orang-orang yang mendirikan sembahayang – dan orang-orang yang mengeluarkan zakat dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, mereka ini kami akan beri kepada mereka ganjaran yang besar.
163. Sesungguhnya kami telah wahyukan kepada mu sebagaimana kami telah wahyu kan kepada Nuh dan nabi-nabi yang sesudahnya, dan kami telah wahyu kepada Ibrahim dan Ismail dan Ishak dan Yaakub dan anak cucu nya dan  Isa dan Ayub danYunus dan Harun dan Sulaiman, dan kami telah beri kepada Daud (kitab) zabur.
164. Dan (kami telah utus) beberapa rasul yang kami telah ceritakan (hal-hal) mereka kepada mu lebih dahulu dan beberapa rasul yang tidak kamu ceritakan kepada mu, dan Allah telah omong kepada Musa  omongan yang terang.
165. (iaitu) rasul-sasul yang mengemarkan dan mengancam, supaya tidak ada bagi manusia alasan atas (menyalahkan) Allah sesudah (datang) rasul-rasul nya kerana adalah Allah  itu gagah, bijaksana.
166. Tetapi Allah menyaksikan (bahawa) apa yang ia turunkan kepada mu itu, ia turunkan dengan pengetahuan nya dan melaikat-melaikat (pun) cukup sebagai saksi.
167. Sesungguhnya orang-orang yang telah kufur dan berpaling dari jalan Allah itu, telah sesat satu kesesatan yang jauh,
168. Sesungguh nya orag-orang yang telah kufur dan menganyanyai (diri-diri sendiri) itu, Allah tidak akan ampunkan mereka dan tidak akan unjuk kan bagi mereka satu jalan.
169. Melainkan jalan jahanam yang mereka akan kekal padanya selama-lama nya, kerana adalah yang demikian itu mudah atas Allah.
170. Hai manusia! Sesungguh telah datang kepada kamu rasul itu dengan (membawa) kebenaran dari Tuhan kamu. Lantaran itu berimanlah, (kerana yang demikian itu) baik bagi kamu, tetapi jika kamu kufur, maka sesungguhnya kepunyaan Allah lah apa-apa  yang di langit-langit dan dibumi, dan adalah Allah itu pengetahui, bijaksana.

171. Hai ahli al-kitab ! janganlah kamu melewati batas ditentang agama kamu, dan jangan lah kamu berkata atas (nama) Allah melainkan (perkataan)  yang benar. Al-masih Isa anak Mariam itu, tidak melainkan pesuruh Allah dan (bukti bagi)perkataan yang ia khabarkan kepada Mariam dan (bukti bagi) tiupan  roh daripadanya, lantaran itu berimanlah kepada Allah dan Rasul-Rasul nya, dan janganlah kamu berkata; “(Tuhan itu) tiga”, berhentilah,  (kerana yang demikian) baik bagi kamu. Allah itu tidak lain melainkan Tuhan yang tunggal, maha suci ia daripada mempunyai anak , baginya lah apa-apa yang dilangit-langit dan apa-apa yang dibumi, dan cukuplah Allah itu jadi pelindung.
172. Al-Masih itu tidak malu jadi hamba Allah dia tidak (juga) malaikat-malaikat yang dihampiri (oleh Allah), kerana  barang siapa  mahu dari beribadat kepadanya dan menyombong, maka ia akan kumpulkan mereka semua kepadanya.
173. Adapun orang-orang yang beriman dan beramal baik, maka Allah akan sempurnakan bagi mereka ganjaran mereka, dan ia akan tambah bagi mereka dari kurnianya, dan ada pun orang-orang yang malu dan berbesar diri, maka ia akan seksa meraka satu seksaan yang pedih.
174. Dan mereka tidak akan dapat buat (diri)  mereka, selain dari Allah , siapa pun pengurus dan tidak siapa pun penolong.
175. Hai manusia ! sesungguhnya telah datang kepada  kamu satu keterangan dari Tuhan, dan kami telah turunkan kepada kamu satu cahaya yang  nyata.
176. Dan adapun mereka yang beriman kepad Allah dan berpegang kepada (Quran) itu,ia akan masukkan mereka didalam rahmat dan kurnia padanya, dan ia akan pimpin mereka dijalan lurus yang (menyampaikan) kepadanya.
177. Mereka akan minta petua kepada mu, katakan; “Allah beri petua kepada kamu ditentang kelalat, (iatu) jika seorang laki-laki mati (pada hal) tidak ada baginya anak, tetapi ada baginya seorang saudadra perempuan, maka (saudara perempuan)ini dapat separuh dari apa yang ia tinggalkan, dan (saudara laki-laki) itu jadi warisnya (pula), jika tidak ada baginya anak, jika adalah saudara perempuan itu dua orang, maka mereka berdua dapat dua pertiga dari apa  yang ia tinggalkan, dan jika adalah mereka itu laki-laki dan perempuan maka yang laki-laki dapat bahagian dua perempuan. Allah terangkan bagi kamu supaya kamu tidak sesat, kerana Allah itu mengetahui tiap-tiap suatu.




{5}   
AL-MAIDAH (hidangan)
Dengan nama Allah, pemurah, penyayang.

1. Hai orang-oang yang beriman ! sempurnakan lah akud. Dihalalkan bagi kamu binatang ternak, kecuali yang akan dibacakan kepada mu, pada hal kamu tidak menghalalkan buruan diwaktu kamu ber ikhram, sesungguhnya Allah menghukum apa yang ia kehendaki.
2. Hai orang-orang yang beriman ! janganlah kamu berlaku semahu-mahu pada batas-batas Allah, dan jangan pada bulan yang dihormati, dan jangan pada korban dan jangan pada korban yang ditandakan leher-leher nya, dan jangan pada orang-orang yang menuju kerumah yang mulia dengan maksud mencari rezeki dari Tuhan mereka dan keredaan nya, tetapi sesudah  kamu selesai dari pekerjaan haji, boleh lah kamu berburu, dan jangan lah kebencian (kamu kepada) satu kaum lantaran mereka pernah halangi kamu dari masjid yang mulia itu menyebabkan kamu melewati batas, tetapi hendaklah kamu bertolong-tolongan atas kebaikan dan bakti, dan jangan lah kamu bertolong-tolongan atas dosa dan permusuhan, dan hendaklah kamu takut  kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah itu sangat keras seksaan nya.
3. Diharamkan atas kamu (makan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disembelah kerana yang lain dari Allah, dan yang (mati) dicekek, dan yang (mati) dipukul, dan yang (mati) jatuh dari atas, dan yang (mati) ditanduk dan  yang (mati) ditakuk binatang buas, kecuali barang yang kamu (sempat) sembeleh, dan (binatang ) yang disembeleh diatas nusub, dan (diharamkan)  kamu memeriksa nusub dengan undi, yang demikian itu adalah kerderhakaan. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (pada menarik kamu) daripada agama kamu lantaran itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi hendaklah kamu takut kepada aku. Pada hari ini aku telah sempurnakan kepada kamu agama kamu dan aku telah cukupkan atas kamu nikmat ku, dan aku telah reda Islam itu sebagai agama buat kamu, tetapi barang siapa terpaksa pada (waktu) kelaparan, pada hal ia tidak sengaja mahu berdosa, maka sesungguhnya Allah itu pengampun, panyayang.
4. Mereka akan bertanya kepada mu apakah yang dihalalkan bagi mereka, katakan lah; “dihalalkan buat  kamu barang yang baik-baik, dan apa-apa yang kamu ajar dari binatang-binatang penangkap. Pada hal kamu biasakan mereka berburu, kamu ajar mereka dari apa yang  Allah telah ajar kepada kamu, maka makan lah apa yang mereka  tangkap buat kamu, dan sebutlah nama Allah atasnya, dan takutlah kepada Allah, kerana Allah itu cepat  pengiraan nya.
5. Pada ini hari, dihalalkan untuk kamu (barang) yang baik-baik – dan makanan orang-orang (kafir) yang diberi kitab itu halal bagi kamu, dan makanan kamu halal buat mereka dan (halal) perempuan-perempuan yang merdeka daripada  mukminat, dan (halal) perempuan-perempuan yang merdeka (golongan) orang-orang  (kafir) yang diberi kitab dahulu daripada kamu, Apabila kamu beri mas khawin mereka, pada hal kamu bernikah, bukan kamu berzina dan bukan kamu jadikan gundik-gundik dan barang siapa menolak iman, maka sesungguhnya  gugurlah amal nya, dan adalah ia diakhirat, dari orang-orang yang rugi.
6. Hai orang-orang yang beriman !  apabila kamu (mahu) berdiri sembahayang, hendaklah kamu cuci muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu sampai kesiku-siku kamu, dan sapulah kepala-kepala kamu, dan (cucilah) kaki-kaki kamu sampai dua mata kaki, dan jika kamu berjunub, hendak lah kamu mandi, dan jika kamu sakit  atau dalam pelayaran, atau seorang daripada kamu datang dari buang air, atau kamu sentuh perempuan, tetapi kamu tak dapat air, maka hendaklah kamu bertayamun dengan tanah yang bersih, iaitu kamu sapu muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu dengan nya. Allah tidak hendak membikin keberatan atas kamu, tetapi ia hendaklah membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat nya  atas kamu,  supaya kamu bersyukur.
7. Dan ingatlah nikmat Allah atas kamu dan perjanjian nya yang ia janjikan kepada kamu diwaktu kamu berkata; “kami mendengar dan kami taat”, dan hendaklah kamu takut kepada Allah kerana Allah itu mengetahui isi-isi  dada-dada (kamu).
8. Hai orang-orang beriman ! hendaklah kamu jadi manusia yang lurus kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan jangan lah kebencian kamu atas satu kaum, menyebabkan kamu tidak adil, berlakulah adil, (kerana) iaitu lebih hampir kepada kebaktian, dan takutlah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah itu mengetahui apa yang kamu kerjakan.
9. Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bahawa mereka akan dapat keampunan dan ganjaran yang besar.
10. Dan mereka yang kufur dan mendustakan ayat-ayat kami, ialah orang-orang (yang jadi) sahabat neraka.

11. Hai orang-orang yang beriman!  ingatlah nikmat Allah atas kamu tetakala satu kaum hendak mengholorkan kepada kamu tangan-tangan mereka (buat menggangu) lalu Allah halangi tangan-tangan mereka dairpada (sampai) kepada kamu, dan berbaktilah kepada Allah, dan kepada Allah lah hendaknya mukmin berserah diri.
12. Dan sesungguh nya Allah telah ambil perjanjian bani Israel dan kamu telah bangkitkan dari mereka dua belas ketua, dan Allah berkata; “sesungguhnya aku berserta kamu, sesungguhnya jika kamu dirikan sembahayang, dan kamu keluarkan zakat, dan kamu beriman kepada rasul-rasul  ku , dan kamu bantu mereka, dan kamu pinjamkan (kerana) Allah satu perjanjian  yang baik, nescaya aku ampunkan bagi kamu kejahatan-kejahatan kamu, dan nescaya aku masukkan kamu ke syurga-syurga yang mengalir pada nya sungai-sungai. Lantaran itu, barang siapa kufur dari antara kamu sesudah yang demikian, maka sesungguhnya setelah ia (dari) jalan yang lurus”.
13. Maka dengan sebab mereka pecahkan perjanjian mereka, kami telah laknati mereka, dan kami jadikan hati-hati mereka keras, mereka mengubah kalimat-kalimat (Allah) dari tempat-tempat nya, dan mereka tinggalkan sebahagian daripada (isi kitab) yang dijadikan peringatan untuk mereka, dan sentiasa (dapat)engkau melihat khainat-khainat terbit dari mereka, kecuali sebahagian kecil dari mereka lantaran itu, ampunkan lah mereka (ini), dan jangan lah perdulikan, kerana sesungguhnya Allah itu kasih kepada orang-orang yang berbuat kebaikan.
14. Dan dari mereka yang berkata; “sesungguhnya kami orang-orang nasrani itu,  kamu telah ambil perjanjian mereka, tetapi mereka lupa kepada sebahagian dari (isi kitab) yang didatangkan mereka dengan nya, lalu kamu bangkitkan diantara mereka itu permusuhan dan kebencian hingga hari kiamat, dan Allah akan khabarkan kepada mereka, apa yang mereka telah kerjakan.
15. Hai ahli kitab ! sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami, menerangkan kepada kamu beberapa banyak dari (isi kitab) yang kamu sembunyikan, dan ia tidak ambil tahu baberapa  banyak, sesugguhnya telah datang kepada kamu, dari Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan.
16. Dengan (kitab) itu, Allah memimpin orang yang menurut keredaan dijalan keselamatan, dan (kitab itu) mengeluarkan mereka daripada gelap-gelap kepada terang dengan izin nya, dan (kitab itu) memimpin mereka kejalan yang lurus.
17. Sesungguhnya telah jadi kafir orang-orang yang berkata; “bahawa se nya Allah itu ialah almasih anak Mariam”, katakan  lah; “kalau bagitu siapakah yang bisa menahan sesuatu (kemahuan) dari Allah jika ia hendak binasakan almasih, anak mariam dan ibu nya  dan orang-orang yang dibumi semua”, kerana bagi Allah lah milik langit-langit dan bumi dan barang  yang antara keduanya. Ia menjadikan apa yang ia kehendaki, kerana Allah itu atas tiap-tiap  suatu amat berkuasa.
18. Dan telah berkata bahawa yahudi-yahudi dan nasrani-nasrani; “kami anak-anak Allah dan kekasih-keksaih nya”. Tanyalah; “kalau bagitu, mengapakah ia menyeksa kamu dengan (sebab) dosa-dosa kamu bah kan kamu itu manusia dari (makhluk) yang ia jadikan, ia  akan mengampuni siapa yang ia kehendaki, dan ia akan menyeksa siapa yang ia kehendaki, kerana bagi Allah lah milik langit-langit  dan bumi dan barang yang diantara keduanya, dan kepada nya lah tempat kembali”.
19. Hai ahli Kitab !  sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami  menerangkan kepada kamu – sesudah keputusan rasul-rasul supaya kamu tidak berkata; “tidak datang kepada kami seorang pun pengemar dan tidak pengacam”. Oleh itu, sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang pengemar dan pengacam, kerana Allah itu atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa.
20. Dan (ingatlah) tetakala Musa berkata kepada  kamu, “hai kaum ku ! ingatlah nikmat  Allah atas kamu, kerana ia telah jadikan pada kamu nabi-nabi dan ia telah jadikan kamu raja-raja dan ia telah beri kepada kamu apa yang ia tidak beri kepada seorang pun dari makhluk-makhluk”.


21. “Hai kaum ku !” masuklah kenegeri suci yang Allah telah tentukan untuk kamu, dan janganlah kamu mundur atas tumit-tumit kamu, kerana dengan sebab itu, kamu akan jadi orang-orang yang rugi.
22. Mereka berkata; “ya Musa ! sesungguhnya d(negeri) itu, ada kaum yang zalim, dan kamu tidak akan masuk kepadanya hingga mereka keluar daripadanya, maka kalau mereka keluar daripadanya, sesungguhnya kami akan masuk”.
23. Telah berkata dua orang  dari (golongan) orang-orang yang takut, yang Allah telah beri nikmat (kebenaran) atas keduanya; “masuklah kepintu (negeri) atas keduanya; “masuklah kepintu (negeri) itu buat melawan mereka, kerana apabila kamu masuk kepadanya, maka sesungguhnya kamu akan menang, dan kepada Allah lah hendaknya kamu berserah diri, jika memang kamu orang-orang mukmin”.
24. Mereka berkata; “ya Musa ! sesungguhnya kami tidak akan masuk (kenegeri) itu selama mereka ada pada nya. Lantaran itu, pergilah engkau dan Tuhan mu, dan perangilah (mereka). Sesungguhnya  kami, disinilah kami duduk”.
25. Ia berkata; “hai Tuhan ku ! sesungguhnya aku tak memiliki melainkan diri ku dan saudara ku. Lantaran itu, pisahkan lah antara kami dan kaum yang pasik itu”.
26. Ia berfirman; “sesungguhnya (negeri suci) itu diharamkan atas mereka empat puluh tahun, mereka akan hanyut dibumi. Lantaran itu, janganlah  engkau dukacita atas kaum yang pasik itu”.
27. Dan bacakan lah kepada mereka khabar dua anak Adam dengan benar, tetakala mereka (masing-masing) berkorban satu korban, lalu diterima seorang daripada mereka berdua dan tidak diterima dari yang lain nya. Ia berkata; “sesungguhnya aku akan bunuh mu”. Ia jawab; “sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang-orang yang berbakti”.
28. “Sesungguh nya kalau engkau hulurkan tangan mu kepada ku buat membunuh ku, tidaklah aku akan menghulurkan tangan ku kepada mu untuk membunuh mu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan bagi sekelian makhluk”.
29. “Sesungguh nya aku mahu supaya engkau pikul dosa ku dan dosa mu (sendiri), lalu engkau jadi ahli neraka, kerana yang demikian itu balasan bagi orang-orang yang zalim”.
30. Tetapi nafsu nya memudahkan dia membunuh saudaranya, lalu ia bunuh dia, maka jadilah ia daripada orang-oranng yang rugi.

31. Lalu Allah kirim seekor burung gagak yang mengorek tanah, untuk ia lihatkan kepada nya bagaimana hendak nya ia menimbus bangkai saudaranya itu. Ia berkata; “hai kecelakaan ku ! mengapakah aku lemah menjadi seperti gagak ini buat menimbus bangkai saudara ku ?” maka jadilah ia daripada orang-orang yang menyesal.
32. Oleh kerana itu, kamu wajibkan atas bani Israel, bahawa barang siapa membunuh orang tidak kerana (ia membunuh) seorang atau (tidak kerana ia membikin) kerusuhan dibumi, maka seolah-seolah ia membunuh manusia semuanya, dan barang siapa memilihara hidupnya  seorang, maka seolah-olah ia memelihara hidupnya manusia semua,  dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-Rasul kami dengan (membawa) keterangan-keterangan, kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka, sesudah itu, melewati batas dibumi.
33. Tidak ada balasan  bagi orang-orang yang  memerangi Allah dan Rasul nya dan mengadakan rusuh dibumi, melainkan dibunuh mereka, atau disalib mereka atau dipotong tangan-tangan  mereka dan kaki-kaki mereka, berselang-selang, atau dihalau mereka dari bumi itu, yang demikian ini, adalah satu penghinaan bagi mereka didunia, dan adalah bagi mereka diakhirat (nanti), azab yang besar.
34. Melainkan orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat tangkap mereka. Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya Allah itu pengampun, penyayang.
35. Hai orang-orang yang beriman ! takutlah kepada Allah dan carilah jalan yang bisa menyampaikan (kamu) kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh dijalan nya, supaya kamu dapat kejayaan.
36. Sesungguhnya orang-orang yang kufur, kalau mereka mempunyai sekelian apa yang ada dibumi dan sebanyak itu (lagi) bersertanya, untuk mereka menebus diri-diri dengannya, daripada azab hari kiamat, nescaya tidak akan diterima dia dari mereka, dan adalah bagi mereka azab yang pedih.
37. Mereka hendak keluar dari (seksaan) mereka, tetapi tidaklah mereka itu orang-orang yang bisa keluar daripada nya, dan adalah bagi mereka itu azab yang tetap.
38. Laki-laki yang mencuri dan peremuan yang mencuri itu, hendaklah kamu potong tangan-tangan mereka sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan,  (dan) sebagai contoh  yang menakutkan dari Allah, dan adalah Allah itu maha keras, bijaksana.
39. Tetapi barang siapa bertaubat sesudah kezaliman nya dan ia berbuat kebaikan, maka sesungguhnya Allah akan memberi ampun kepada nya, kerana sesungguhnya Allah itu pengampun, penyayang.
40. Tidak kah engkau ketahui, bahawa bagi Allah lah kerajaan langit-langit dan bumi, ia menyeksa supaya yang ia kehendaki dan ia memberi ampun kepada siapa yang ia kehendaki, kerana Allah itu berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

41. Hai Rasul ! janganlah mendukacitakan mu orang-orang yang berlumba-lumba didalam kekufuran dari antara mereka yang berkata dengan mulut-mulut mereka; “kami telah beriman”,  pada hal hati-hati mereka tidak beriman, dan dari antara orang-orang yahudi. (Mereka) suka dengar untuk berdusta, (mereka) suka dengar untuk satu golongan (dari pendita-pendita) yang tidak datang kepada mu, mereka (ini) merubah kalimah-kalimah (Allah) daripada tempat-tempat nya.  Mereka (ini) berkata (kepada kaum mereka); “ jika didatangkan kepada mu (hukum seperti ) ini, maka terima lah dia, dan jika tidak didatangkan nya kepada mu (seperti ini), maka hendaklah kamu jaga-jaga diri”, dan barang siapa Allah kehendaki kesesatan, maka tidaklah engkau berkuasa (menolak) suatu (yang datang) daripada Allah untuk nya. Mereka itu, ialah orang-orang yang Allah tidak hendak membersihkan hati-hati mereka. Adalah bagi mereka kehinaan didunia,  dan adalah bagi mereka di akhirat, azab yang besar.
42. (Mereka) suka mendengar buat (menyibarkan) dusta.  (mereka) suka makan barang yang haram. Lantaran itu,  kalau mereka datang kepada mu, hukumkan lah antara mereka, atau berpalinglah dari mereka, kerana jika engkau berpaling dari mereka, tidaklah bisa mereka sampaikan bahaya apa pun kepada mu, dan kalau engkau menghukun, hukumlah antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah cinta kepada orang-orang yang berlaku adil.
43. Bagaimanakah mereka akan jadikan mu hukum (dengan ikhlas), pada hal disisi mereka ada  Taurat yang didalam nya ada hukum Allah, kemudian mereka berpaling sesudah itu ? dan bukan lah mereka itu daripada orang-orang yang beriman.
44. Sesungguhnya kami telah turunkan Taurat yang pada nya ada pertunjuk dan penerangan yang dengan nya Nabi-Nabi yang menyerah diri (kepada Allah), pendita-pendita dan oang-orang alim (mereka), menjadikan hukum atas orang-orang  yahudi dengan apa yang mereka telah diamanatkan dari kitab Allah, pada hal mereka itu jadi saksi atas (kitab) itu. Maka janganlah kamu takut kepada manusia, tetapi takutlah kepada ku  dan jangan lah kamu jual ayat-ayat ku dengan harga yang sedikit, kerana barang siapa tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka (adalah) mereka itu orang-orang yang kafir.
45. Dan kami telah wajibkan atas mereka dalam (Taurat) itu, bahawa jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka-luka  itu (ada) balasan nya. Tetapi barang siapa dermakan (hak membalas)nya. Maka (adalah yang demikian) itu jadi penebus dosa baginya, dan barang siapa tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka (adalah) mereka itu orang-orang yang zalim.
46. Dan kami telah iringkan Isa anak Mariam, sesudah mereka, sebagai mengenapi (khabar) yang ada lebih dahulu daripadanya dalam Taurat, dan kami telah beri kepada nya Injil yang pada nya ada petunjuk dan penolong, dan sebagai mencukupi apa yang ada lebih dahulu daripada  nya dalam Taurat, dan (sebagai) pertunjuk dan nasihat bagi orang-orang yang berbakti.
47. Dan hendaklah ahli injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah pada nya, kerana barang siapa tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka (adalah) mereka itu orang-orang yang pasik.
48. Dan telah kami turunkan kepada mu kitab (Quran) dengan (membawa) kebenaran, sebagai mengenapi khabaran yang ada lebih dahulu daripada nya, iaitu kitab (Taurat), dan sebagai penyaksi atas nya. Lantaran itu, hukumkan lah antara mereka dengan apa yang Allah telah turunkan, dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka (yang bisa memalingkan mu)  daripada kebenaran yang datang kepada mu, bagi tiap-tiap (umat)daripada kamu, kami telah adakan peraturan dan jalan, pada hal kalau Allah mahu, nescaya ia jadikan kamu hanya satu umat, tetapi ia mahu memberi pengujian kepada kamu tentang apa yang ia telah kurniakan kepada kamu. Oleh kerana itu, berlumba-lumbalah (menuntut) kebaikan-kebaikan.  Kepada Allah lah tempat kamu  sekelian kembali, maka ia akan khabarkan kepada  kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
49. Dan hendaklah engkau hukumkan antara mereka dengan apa yang Allah telah turunkan, dan janganlah  engkau menurut hawa nafsu mereka, dan berjaga diri lah daripada mereka, khuatir kalau-kalau mereka gelincirkan mu daripada sebahagian (perintah) yang Allah turunkan kepada mu, maka sekiranya mereka berpaling (daripada kebenaran) ketehuilah, bahawa Allah tidak mahu melainkan akan menyeksa mereka dengan sebab sebahagian daripada dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan daripada manusia (adalah) orang-orang yang pasik.
50. Apakah mereka mahu hukuman jahiliah, pada hal bukankah tidak ada siapa-siapa yang hukuman nya lebih baik daripada Allah, bagi orang yang berkeyakinan ?

51. Hai orang-orang yang beriman ! janganlah kamu jadikan Yahudi-Yahudi dan Nesarani itu sebagai ketua-ketua, sebahagian daripada mereka (pantas) jadi ketua bagi sekelian nya, kerana barang siapa dari antara kamu menjadi kan mereka sebagai ketua-ketua, maka sesungguhnya ia (jadi) sebahagian dari mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi pertunjukkan kepada kaum yang zalim.
52. Maka engkau akan melihat orang-orang yang didalam hati-hati nya ada penyakit itu, pergi dengan lekas-lekas kepada mereka, (sambil) berkata; “kami takut, bahawa kami akan mendapat kecelakaan”, tetapi mudah-mudahan Allah mendatangkan kemenangan dan pertolongan dari sisi nya, supaya mereka jadi orang-orang yang menyesal atas apa yang mereka telah sembunyikan dalam diri-diri mereka.
53. Dan berkata orang-orang yang beriman; “apakah mereka ini orang-orang yang bersumpah dengan  nama Allah, dengan bersungguh-sungguh dalam sumpahan mereka,  bahawa mereka (akan bekerja) bersama kamu”, telah gugurlah  amal-amal mereka, lalu jadilah  mereka orang-orang yang rugi.
54. Hai orang-orang yang beriman ! barang siapa dari antara kamu murtad dari agama nya, maka Allah akan mengadakan satu kaum yang ia sukai mereka dan mereka pun  suka kepadanya, yang  merendah diri kepada mukmin, yang sombong terhadap kafirin, mereka bersungguh-sungguh dijalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan manusia yang mencela.  Yang demikian, ialah nikmat Allah yang ia berikan kepada siapa yang ia kehendaki, kerana Allah itu luas (pemberian nya), sangat mengetahui.
55. Tidak ada ketua bagi kamu melainkan Allah dan rasul nya dan mukminin yang mendirikan sembahayang dan mengeluarkan zakat, pada hal mereka tunduk.
56. Dan barang siapa menjadikan Allah dan Rasul nya dan orang-orang yang beriman sebagai ketua-ketua, maka sesungguhnya golongan Allah lah yang menang.
57. Hai orang-orang yang beriman ! jangan lah kamu ambil mereka yang jadikan agama kamu sebagai ejekan dan permainan, daripada ahli kitab yang sebelum kamu, dan orang-orang kafir itu sebagai ketua-ketua, dan takutlah kepada Allah, jika (betul) kamu orang-orang yang beiman.
58. Dan apabila kamu seru (mereka) kepada sembahayang mereka jadikan dia sebagai ejekan dan permainan. Yang demikian itu, kerana mereka kaum yang tidak mempunyai akal. 
59. Katakan lah; “Hai ahli kitab ! bukankah tidak kamu benci kepada kami, melainkan lantaran kami beriman kepada Allah dan kepada barang yang diturunkan kepada kami dan kepada barang yang diturunkan dahulu, kerana sesungguh nya kebanyakan dari kamu adalah orang-orang yang pasik?”.
60. Katakan lah; “mahukah aku unjukkan kepada kamu (manusia) yang lebih jelek balasan nya disisi Allah daripada yang demikian itu ? ialah orang-orang yang Allah laknat dan murka atasnya, dan ia jadikan sebahagian dari mereka (sebagai) monyet-monyet dan babi-babi, dan (ialah) orang  yang menyembah berhala.  Mereka ini, orang-orang yang jahat tempatnya dan yang lebih sesat dari jalan yang lurus”.

61.  Dan apabila mereka datang kepada kamu, mereka berkata; “kami telah beriman”, pada hal sesunggunya mereka telah masuk dengan kekufuran dan mereka sesungguhnya telah keluar dengan (kekufuran) itu (juga), kerana Allah amat mengetahui apa-apa yang mereka sembunyikan.
62. Dan engkau akan lihat kebanyakan dari mereka berlumba-lumbaan pada (mengerjakan) dosa dan  permusuhan dan memakan barang yang haram. Sesungguhnya amat jelek apa yang mereka telah kerjakan. 
63. Tidaklah mahu pendita-pendita dan orang-orang alim mereka melarang mereka daripada mengucapkan perkara dosa dan daripada memakan barang yang haram ? sesungguhnya amat jelek apa yang mereka telah kerjakan.
64. Dan orang-orang yahudi itu berkata; “tangan Allah terbelengu”, pada hal tangan-tangan mereka yang terbelengu – dan dilaknat mereka dengan (sebab) apa yang mereka telah  katakan – bahkan kedua tangan Allah terbuka. Ia membelanjakan sebagaimana ia suka, dan apa yang telah diturunkan kepada mu dari Tuhan mu itu, sesungguhnya akan menyebabkan kebanyakan dari mereka bertambah melewati batas dan (bertambah) kekufuran, dan kamu telah adakan antara mereka permusuhan dan kebencian, sampai hari kiamat, tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah padamkan nya, dan mereka berusaha pada  mengadakan kerosakan dimuka bumi, pada hal Allah tidak suka kepada orang-orang yang merosak.
65. Dan jika ahli kitab itu beriman dan berbakti, tentu kami akan hapuskan dari mereka, kejahatan-kejahatan mereka dan tentu kami akan masuk kan mereka disyurga-syurga kesenangan.
66. Dan kalau mereka memiliharakan Taurat dan Injil dan apa-apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka, nescaya, mereka akan makan (rezeki) dari atas mereka dan dari bawah kaki-kaki mereka. Sebahagian dari mereka adalah umat yang adil, tetapi kebanyakan dari mereka, jelek apa yang mereka amalkan.
67. Hai Rasul ! sampaikan lah  apa-apa yang diturunkan kepada mu dari Tuhan mu, kerana kalau engkau sampaikan perintah nya, dan Allah akan melindungi mu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi pertunjuk kan kepada kaum yang (sengaja) kufur.
68. Katakan lah; “Hai ahli kitab ! tidaklah kamu berada  atas sesuatu (kebenaran), sehingga kamu pilihara Taurat dan Injil dan apa-apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu”,  tetapi apa-apa yang diturunkan kepada mu (hai Muhamad !) dari Tuhan mu itu, sesungguhnya akan menyebabkan kebanyakan dari mereka melewati batas dan (menyebabkan) kekufuran.  Oleh kerana itu janganlah  engkau berduka cita  atas (keadaan) kaum yang kafir itu.
69. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan penyembah-penyembah bintang, dan Nesarani  -- barang siapa dari antara mereka, percaya kepada Allah dan hari kemudian dan beramal soleh, maka tidaklah ada ketakutan atas mereka dan tidak lah mereka akan berdukacita.
70. Sesungguhnya kami telah ambil perjanjian bani Ismail dan kami telah utuskan kepada mereka beberapa Rasul. Tiap-tiap datang seorang Rasul kepada mereka dengan (membawa) apa yang  tidak disukai oleh nafsu-nafsu mereka, mereka dustakan sebahagian, dan mereka bunuh sebahagian.

71. Dan mereka sangka, bahawa tidak akan ada percubaan, lantas mereka jadi buta dan tuli, kemudian Allah beri taubat kepada mereka kemudian kebanyakan dari mereka jadi buta dan tuli. Pada hal Allah melihat apa yang mereka kerjakan.
72. Sesungguhnya telah kufur orang-orang yang berkata, bahawa Allah itu ialah Al’Masih anak Mariam, pada  hal Al’Masih telah berkata; “hai bani Israel ! sembahlah Allah, Tuhan ku dan Tuhan kamu, kerana barang siapa menyekutu Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan atas nya syurga, dan tempat kembali nya, ialah neraka, dan tidak lah ada penolong-penolong bagi orang-orang yang zalim”.
73. Sesungguhnya telah kufur orang-orang yang berkata, bahawa Allah itu yang ketiga daripada tiga, pada hal tidak ada Tuhan, malainkan Tuhan yang tunggal, dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan, nescaya akan mengenai orang-orang kafir dari mereka itu azab yang pedih.
74. Dari itu, tidak kah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan meminta ampun kepada nya, kerana Allah itu pengampun, penyayang ?
75. Tidaklah Massih anak Mariam, melainkan seorang Rasul (sebagai) Rasul-Rasul yang telah terdahulu daripadanya, dan ibu nya seorang perempuan yang sangat taat, adalah dua-dua nya memakan makanan. Lihatlah bagaimana kami terangkan kepada mereka tanda-tanda, kemudian lihatlah, bagaimana mereka dipalingkan.
76. Katakan lah; “adakah (patut)  kamu sembah selain daripada Allah, suatu yang tidak berkuasa mudaratkan dan tidak (bisa) manfaatkan kamu, sedangkan Allah itu, ialah yang mendengar, yang mengetahui ?
77. Katakan lah; “hai ahli kitab ! janganlah kamu melebih-lebihi didalam agama kamu dengan tidak benar, dan jangan lah kamu turut hawa nafsu-nafsu satu kaum yang dahulunya telah sesat dan menyesatkan kebanyakan (manusia), dan sesat dari jalan yang lurus”.
78. Telah dilaknat orang-orang kafir daripada bani Israel atas lidah (nabi) Daud dan (nabi) Isa anak Mariam.  Yang demikian, kerana mereka itu derhaka dan melewati batas.
79. Adakah mereka tidak berlarang-larangan daripada munkar yang mereka kerjakan, sesungguhnya amat jelek apa yang mereka telah kerjakan.

80. Engkau akan lihat kebanyakan dari mereka menjadikan orang-orang kafir  sebagai ketua ! sesungguhnya amat  jelek lah apa yang telah disediakan bagi mereka oleh diri-diri mereka iaitu kemurkaan Allah atas mereka, dan didalam azab lah mereka akan kekal.

81. Dan kalau mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi(nya) dan kepada apa-apa yang diturunkan kepadanya, tentu mereka tidak jadikan orang-orang (yang kafir) itu sebagai ketua, tetapi kebanyakan daripada mereka itu orang-orang yang pasik.

82. Engkau akan dapati manusia (yang paling keras) permusuhan nya kepada orang-orang beriman  (ialah)  yahudi dan mereka yang menyekutukan Allah, dan engkau akan dapati sedikit-sedikit mereka (dalam) percintaan  kepada orang-orang yang beriman, (ialah) mereka yang berkata; “sesungguhnya kami nesrani”, yang demikian itu, lantaran diantara mereka ada pendita-pendita dan rahib, dan lantaran mereka tidak sombong. 






Via,
nubhanmy@gmail.com
(recover, baitulmuqadis1@gmx.com)