Monday 27 January 2020

Juzuk 7

Juzuk 7 
AL-MAIDAH 83~120
AL-AN'AM 1~110  
 
AL-MAIDAH 83~120 
83. Dan apabila mereka itu mendengar apa-apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau akan melihat mata-mata mereka melelehkan air matanya lantaran kebenaran yang mereka tahu, (sambil) mereka berkata; “hai Tuhan kami ! kami telah beriman. Oleh kerana itu, catatkan kami didalam golongan orang-orang yang menyaksikan”.
84. “dan tidak patut kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, pada hal kami ingin supaya Tuhan kami masukkan kami bersama kaum  yang solehin”.
85. Oleh itu, Allah ganjaran mereka atas apa yang mereka telah katakan, (iaitu) syurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, hal keadaan mereka kekal padanya. Yang demikian itu, adalah  balasan bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.
86. Dan orang-orang yang kufur dan mendustakan  ayat-ayat kami, (adalah) mereka itu ahli neraka.
87. Hai orang yang beriman ! janganlah kamu haramkan barang-barang yang baik-baik yang Allah telah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melewati batas, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melewati batas.
88. Dan makan lah barang-barang yang halal yang baik dari apa-apa yang dikurniakan oleh Allah, dan berbaktilah kepada Allah yang kepadanya kamu beriman.
89. Allah tidak salahkan kamu dengan sebab sumpah-sumpah kamu yang tidak disengaja, tetapi ia salah kan kamu dengan sebab sumpah-sumpah yang kamu sungguh-sungguhkan.  Maka dendanya itu ialah memberi makan sepuluh miskin, dengan makanan yang sedang  dari makanan yang kamu berikan kepada ahli kamu, atau pakaian (untuk) mereka, atau merdeka kan seorang hamba. Tetapi barang siapa tidak mampu, maka hendaklah ia puasa tiga hari, yang demikian itu denda-denda bagi sumpah-sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Oleh kerana itu, piliharakan lah sumpah-sumpah kamu. Demikianlah Allah terangkan ayat-ayat nya kepada  kamu, supaya kamu berterima kasih.
90. Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya arak, dan judi, dan sembelehan untuk berhala, dan undi-undi nasib itu kotor dari pekerjaan syaitan. Oleh kerana itu, hendaklah kamu jauhi nya supaya kamu dapat kejayaan.
91. Sesungguhnya tidaklah syaitan itu mahu melainkan mengadakan antara kamu, permusuhan dan kebencian (dengan perantaraan) arak dan judi, dan memalingkan kamu daripada mengingat Allah dan sembahayang. Oleh kerana itu, tidak kah mahu kamu berhenti ?
92. Dan taatlah kepada Allah ! dan taatlah kepada Rasul-Rasul ! dan berhati-hatilah  kerana kalau kamu berpaling, maka ketahuilah, bahawa tidak ada kewajipan atas Rasul kami, melainkan menyampaikan (sahaja) dengan terang.
93. Tidaklah ada kesalahan atas orang-orang yang beriman dan beramal soleh tentang apa-apa yang mereka makan, apabila mereka jauhi (barang haram)  dan beriman dan beramal soleh, kemudian ( tetap mereka)  menjauhi (barang haram itu) dan  beriman, kemudian mereka berbakti dan berbuat kebaikan, kerana Allah itu suka kepada orang-orang yang berbuat kebaikan. 
94. Hai orang-orang yang beriman ! Allah akan memberi percubaan kepada kamu dengan (melarang) suatu  dari perburuan yang dapat dicapai oleh tangan-tangan  kamu dan panah-panah kamu, supaya terbukti kepada Allah, supaya yang takut kepada nya dengan ikhlas. Oleh demikian, barang siapa melanggar sesudah itu, maka adalah baginya azab yang pedih.
95. Hai orang-orang yang beriman ! jangan lah kamu bunuh perburuan diwaktu kamu dalam ihram, kerana barang  siapa dari antara kamu membunuh nya dengan sengaja, maka dendanya ialah binatang ternak yang sebanding dengan apa yang ia bunuh, yang akan dihukumkan oleh dua orang yang adil dari antara kamu, sebagai korban buat disempaikan ke Kaabah, atau denda memberi  makan orang-orang miskin, atau puasa  setanding dengan itu, supaya ia rasai kejelekan perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu, tetapi barang siapa mengulangi, maka Allah akan seksa dia, kerana Allah itu gagah, pembalas.
96. Dihalalkan bagi kamu perburuan laut, dan (diharamkan) makanan nya, sebagai bekalan bagi kamu, dan bagi orang-orang pelayaran, tetapi diharamkan atas kamu pemburuan darat selama kamu dalam ihram. Oleh kerana itu, berbaktilah kepada Allah, yang kepadanya kamu akan dikumpullan.
97. Allah telah jadikan Kaabah, rumah yang mulia, dan bulan yang mulia, dan korban (biasa) dan korban-korban yang ditandakan itu sebagai penyokong bagi manusia. Yang demikian, supaya kamu tahu, bahawa se nya Allah mengetahui apa-apa yang ada dilangit-langit dan apa apa-apa yang dibumi, dan bahawa se nya Allah mengetahui tiap-tiap sesuatu.
98. Ketahuilah bahawa se nya Allah itu pedih seksaan nya, dan bahawa se nya Allah itu pengampun, penyayang.
99. Tidak ada (kewajipan) atas Rasul itu melainkan menyampaikan (sahaja), kerana Allah mengetahui apa-apa yang kamu dzahirkan dan apa-apa yang kamu sembunyikan.
100. Katakanlah; “tidak sama barang yang buruk dan yang baik,  walau pun banyak nya perkara buruk itu menyenagkan hati mu. Oleh itu, berbaktilah kepada Allah, hai orang-orang yang  mempunyai fikiran ! supaya  kamu mendapat kejayaan”.
 101. Hai orang-orang yang beriman ! janganlah kamu tanya hal-hal yang, jika diterangkan kepada kamu, akan menyusahkan kamu, tetapi jika kamu bertanya dari hal (ayat-ayat) itu waktu diturunkan Quran, akan diterangkan  nya kepada kamu. Allah maafkan kamu dari (kesalahan) itu, kerana Allah itu pengampun, penyabar.
102. Sesungguhnya telah menanyakan dia satu kaum sebelum kamu, kemudian, jadilah mereka orang-orang kapir dengan (sebab) itu.
103. Allah tidak jadikan bahirah dan tidak saibah dan tidak wadilah dan tidak haram, tetapi orang-orang kapir itu membuat dusta atas nama Allah, kerana kebanyakan mereka tidak berfikiran.
104. Dan apabila dikatakan kepada mereka; “marilah kepada apa yang diturunkan oleh Allah dan kepada Rasul nya”.  Mereka berkata; “cukuplah bagi kami apa-apa bagi kami dapati bapa-bapa kami atasnya”. Apakah (mereka akan turut) walau pun bapa-bapa mereka tidak mengetahui sesuatu dan tidak terpimpin ?
105. Hai orang-orang yang beriman ! jagalah diri-diri kamu, tidak bisa membahayai kamu (kesesatan) orang yang sesat, apabila kamu terpimpin. Kepada Allah lah tempat kembali kamu sekelian, maka ia akan terangkan kepada kamu (balasan bagi) apa yang kamu telah kerjakan.
106. Hai orang-orang yang beriman ! persaksian diantara kamu, apabila seorang daripada kamu hampir mati, waktu berwasiat, (ialah) dua oang yang adil dari antara kamu, atau dua orang yang bukan dari kamu, jika kamu dalam pelayaran lalu bahaya mati (hendak) mengenai kamu, kamu tahan  dua-dua nya sesudah sembahayang, lalu dua-dua nya bersumpah dengan nama Allah, jika kamu ragu-ragu; “kami tidak menjual dia dengan harta, walau pun ia keluarga yang dekat, dan kami tidak sembunyikan penyaksian (kerana) Allah, lantaran kalau bagitu, sesungguhnya (adalah)  kami dari orang-orang yang berdosa”.
107. Lantas apabila didapati, bahawa mereka berdua berbuat dosa, maka (hendaklah ada) dua orang lain yang lebih hampir, dari orang-orang yang diperbuat dosa atasnya itu, menggantikan mereka berdua, lalu bersumpah dengan nama Allah; “bahawa persaksian kami lebih patut (diterima) daripada persaksian mereka berdua, dan kami tidak melewati batas, kerana kalau bagitu, nescaya adalah kami dari orang-orang yang zalim”.
108. Yang demikian itu (cara) yang lebih dekat, supaya manusia menjadi saksi sebagaimana mestinya, atau supaya mereka takut dikembalikan sumpah-sumpah mereka sesudah sumpah-sumpah mereka, oleh kerana itu, takutlah kepada Allah, dan dengarkan lah, kerana Allah tidak memimpin kaum yang pasik.
109. Pada hari Allah akan kumpulkan Rasul-Rasul nya, lalu ia bertanya; “bagaimana kah kamu diterima ?” mereka menjawab; “tidak ada pengetahuan bagi kami”. Sesungguhnya engkaulah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib”.
110. (ingatlah) tetekala Allah berkata; “hai Isa anak Mariam ! ingatlah nikmat ku atas mu dan atas ibu mu tetekala aku kuatkan mu dengan roh al-kudus, engkau berkata-kata dengan manusia dalam buaian, dan waktu besar mu, dan (ingatlah) tetekala aku ajar mu tulisan dan hikmah dan Taurat dan Injil, dan (ingatlah) tetekala engkau jadikan, daripada tanah, seperti keadaan burung dengan izin ku lalu engkau tiup padanya, dan (ingatlah waktu) engkau menyembohkan orang-orang buta dan sopak dengan izin ku, dan (ingatlah) tetakala engkau menghidupkan orang-orang yang sudah mati dengan izin ku, dan (ingatlah) tetekala aku menghalangi bani Israel daripada mu, ketika engkau datang kepada mereka dengan (membawa) keterangan-keterangan, lantas orang-orang kafir dari antara mereka, berkata; “ini tidak lain melainkan satu sihir yang terang-terang”.
111. “dan (ingatlah) tetakala aku beri wahyu kepada hawarabin, supaya mereka beriman kepada ku dan kepad Rasul ku, mereka  berkata; “kami telah beriman, dan saksikan lah, bahawa sesungguhnya kami ini  orang-orang yang menyerah diri”.
112. (ingatlah) tetakala hawarabin berkata; “hai Isa, anak Mariam! Apakah berkuasa Tuhan mu menurunkan atas kami satu hidangan dari langit ?” jawabnya; “takutlah kepada Allah, jika betul kamu  orang-orang yang beriman”.
113. Mereka berkata; “kami mahu supaya kami makan daripada nya, dan (supaya) tetap hati-hati kami, dan (supaya) kami tahu, bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami dan (supaya) jadilah kami daripada orang-orang yang menyaksikan (sendiri)”.
114. Berkata nabi Isa, anak Mariam; “ya Allah, Tuhan kami ! turunkan lah atas kami satu hidangan dari langit, yang akan jadi satu hari raya bagi kami, (iaitu) bagi orang-orang yang dipermulaan kami dan diakhir kami, dan (sebagai) satu tanda daripada mu dan kurnia kan lah kami, kerana engkau sebaik-baik pengurnia”.
115. Berkata Allah; “sesungguhnya aku akan turunkan nya atas kamu, tetapi barang siapa dari antara kamu kufur sesudah itu, maka aku akan azab dia satu azab yang tidak pernah aku azab bagitu akan seseorang daripada makhluk”.
116. Dan (ingatlah) tetakala Allah berkata; “hai Isa, anak Mariam ! adakah engkau berkata kepada manusia; “jadikan lah aku dari ibu ku sebagai Tuhan selain dari Allah ?” ia jawab; “Maha suci engkau ! tidaklah patut bagi ku berkata apa yang tidak ada hak bagi ku. Jika aku ada mengataka nya, maka sesungguhnya engkau tahu akan dia. Engkau tahu apa yang ada pada diriku, sedangkan aku tidak tahu apa yang ada pada diri mu, kerana sesungguhnya engkau lah yang amat mengetahui perkara-perkara yang ghaib”.
117. “Tidak aku katakan kepada mereka, melainkan apa yan engkau perintah kan dia kepada ku,  iaitu beribadat lah kepada Allah, Tuhan ku dan Tuhan kamu, dan adalah aku menjadi penjaga atas mereka selama aku ada pada mereka, maka tetakala engkau ambil akan daku, adalah engkau jadi pengurus atas mereka, dan sesungguhnya engkau penyaksi atas tiap-tiap sesuatu”.
118. “Jika engkau seksa mereka, maka sesungguhnya mereka itu hamba-hamba mu, dan jika engkau ampuni mereka, maka sesungguhnya engkau lah maha kuasa, bijaksana”.
119. Allah berfirman; “inilah hari yang kebenaran memberi menafaat kepada orang-orang yang benar. Adalah bagi mereka syurga-syurga yang mengalir pada nya sungai-sungai, hal keadaan mereka kekal padanya selamanya.  Allah reda kepada mereka dan mereka reda kepada nya, yang demikian itulah kemenangan yang besar”.
120. Bagi Allah lah kerajaan langit-langit dan bumi dan apa-apa yang ada pada (semua)nya, kerana ia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Al-Maidah (111-120),

{6}  
Al-An’am (Binatang Ternak) 1~110 
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Sekelian puji-pujian kepunyaan Allah yang menjadikan langit-langit dan bumi dan mengadakan gelap-gelap dan terang, tetapi orang-orang yang kafir itu menyekutukan Tuhan mereka.
2. Ialah yang jadikan kamu dari tanah, kemudian ia tentukan satu ajal, dan satu ajal (lelaki) ada disisinya , tetapi (tetap) kamu ragu-ragu.
3. Dan ialah Allah dilangit-langit dan dibumi, ia mengetahui rahsia kamu dan apa yang kamu terangkan, dan ia mengetahui apa-apa yang kamu usahakan.
4. Dan tidaklah datang kepada mereka satu ayat daripada ayat-ayat Tuhan mereka melainkan mereka berpaling daripadanya.
5. Maka sesungguhnya mereka telah dustakan kebenaran tetakala datang ia kepada mereka, oleh kerana itu, akan datang kepada  mereka khabar-khabar apa yang mereka telah perolok-olok kan.
6. Tidak kah mereka melihat, berapa kaum yang kami telah binasakan sebelum mereka, yang kami beri kepada mereka (kekuasaan) dibumi yang tidak kamu beri kepada kamu, dan kami turunkan hujan atas mereka dengan lebat dan kami jadikan sungai-sungai mengalir dibumi mereka, lalu kami binasakan mereka lantaran dosa-dosa mereka, dan kami adakan, sesudah mereka, kaum yang lain-lain.
7. Dan kalau kami turunkan atas mu satu kitab atas kertas, lalu mereka pegang dia, dengan tangan-tangan mereka, nescaya mereka yang kufur itu akan berkata; “ini tidak lain, melainkan satu seher yang nyata”.
8. Dan mereka berkata; “mengapakah tidak diturunkan atas nya Melaikat ?” pada hal kalau kami turunkan Melaikat, tentu habis urusan, kemudian, mereka tidak akan diberi tempoh (lagi).
9. Dan kalau kami jadikan dia Melaikat, tentu kami jadikan dia seorang laki-laki dan tentu kami samarkan atas mereka sebagaimana mereka samarkan.
10. Dan sesungguhnya telah diperolok-olok kan beberapa Rasul sebelum mu, maka turunlah atas orang-orang yang memperolok-olok kan dari antara mereka itu (balasan bagi) apa yang mereka telah perolok-olok kan.
11. Katakan lah; “berjalanlah kamu dibumi, kemudian, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang medustakan”.
12. Tanyalah; “bagi siapakah apa yang ada dilangit-langit dan dibumi?” katalah; “bagi Allah ia telah wajibkan diri nya memberi rahmat. Sesungguhnya ia akan kumpulkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada ragu-ragu ditentangnya”. Orang-orang yang merugikan diri-diri (mereka) itu, bukanlah orang-orang yang beriman.
13. Dan baginya  lah apa-apa yang ada (diwaktu) malam dan siang, dan ialah mendengar dan yang mengetahui.
14. Katakan lah; “adakah (patut) aku menjadikan ketua selain dari Allah yang menjadikan langit-langit dan bumi, dan ia yang memberi makan dan tidak (dia) diberi makan ?”, katakan lah; “sesungguhnya aku diperintah supaya menjadi orang yang pertama  menyerah diri”, dan firman nya; “janganlah engkau jadi dari (golongan) orang musrik”.
15. Katakan lah; “sesungguhnya aku takut kepada azab hari yang besar, jika aku derhaka kepada Tuhan ku”
16. Barang siapa dipalingkan (azab) daripadanya pada hari itu, maka sesungguhnya Allah telah beri rahmat kepada nya, kerana yang demikian lah kemenangan yang nyata.
17. Dan jika Allah mengenakan bahaya kepada mu, maka tidaklah ada siapa pun, yang bisa melepaskan nya, melainkan dia, dan jika ia mengenakan kebaikan kepada mu, maka ia itu bekuasa atas tiap-tiap sesuatu.
18. Dan ialah yang berkuasa atas hamba-hamba, dan ialah yang bijaksana, yang amat mengetahui. 
19. Tanyalah; “apakah yang terlebih besar persaksian nya”, katakan lah ; “Allah menjadi penyaksi antara ku dan antara kamu, dan diwahyukan Quran ini kepada ku untuk aku mengancam kamu dengan nya dan siapa-siapa yang kesampaian (Quran).  Apakah kamu menyaksikan bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama Allah ?”, katakan lah’; “aku tidak menyaksikan”. Katakan lah (lagi); “sesungguhnya hendaklah ia, melainkan Tuhan yang tunggal, dan sesungguhnya aku berjauh diri daripada  apa yang kamu sekutukan”.
20. Orang-orang yang kami berikan kepada mereka kitab yang merugikan diri-diri sendiri itu, mengetahui dia sebagaimana mereka mengetahui anak-anak mereka. Maka bukanlah mereka orang-orang yang beriman.
21.  Dan bukan kah tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang membuat dusta atas (nama) Allah atau mendustakan ayat-ayat ? sesungguhnya tidak lah berbahagia orang-orang yang zalim.
22. Dan (ingatlah) hari yang kami akan kumpulkan mereka semua, kemudian, kami berkata kepada orang-orang yang musrik; “dimanakah orang-orang yang kamu sekutu kan yang kamu anggap ?”.
23. Kemudian, tidaklah ada fitnah mereka, melainkan mereka berkata; “ demi Allah, Tuhan kami ! bukanlah kami ini orang-orang yang musrik”.
24. Lihatlah, bagaimana mereka berdusta atas diri-diri mereka, dan (bagaimana) hilang dari mereka apa yang mereka ada-adakan !.
25. Dan sebahagian  daripada mereka ada yang mendengar kan mu, tetapi kami telah adakan tutupan-tutupan atas hati-hati mereka,  supaya mereka tidak mengerti dia, dan (kami adakan) sumbatan dikoping-koping  mereka, kerana walau pun mereka melihat tiap-tiap ayat, tidak lah mereka akan percaya kepada nya, sehingga apabila mereka datang kepada mu, buat membantu mu, berkatalah  orang-orang kafir itu; “ini tidak lain, melainkan cerita-cerita orang-orang dahulu”.
26. Dan mereka melarang (manusia)  daripadanya, dan mereka berjauh diri daripadanya, pada hal tidaklah mereka itu membinasakan, melainkan diri-diri mereka sendiri, tetapi mereka tidak sadar.
27. Dan  (amatlah hebat!)  kalau engkau melihat tetakala mereka didirikan dipinggir neraka, lalu berkata; “alangkah baiknya kalau dikembalikan kami (kedunia) supaya kami tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, dan jadilah kami daripada orang-orang mukmin!”.
28. Bahkan ! telah nyata bagi mereka apa yang mereka sembunyikan dahulu, dan jika dikembalikan mereka (kedunia), tentu mereka kembali lagi kepada apa yang mereka dilarang, kerana sesungguhnya mereka itu pendusta
29. Dan mereka berkata; “ini tidak lain, melainkan hidup kita didunia, dan tidaklah kita akan dibangkitkan”.
30. Dan (alangkah hebatnya!)  kalau engkau lihat tetakala mereka dihadapkan kepada Tuhan mereka (lalu) ia berkata; “bukan kah (hari) ini banar?” mereka jawab; “benar!  Demi Tuhan kami !” ia berkata (lagi); “maka rasakan lah azab ini dengan sebab kamu kufur”.

31. Sesungguhnya  telah rugilah orang-orang yang mendustakan (hal) menghadap (peperiksaan) Allah, sehingga apabila datang kepada mereka hari  kiamat dengan sekoyong-koyong, berkatalah  mereka; “hai kerugian kami  atas apa  yang  telah kami tidur didunia !”  padahal  mereka memikul dosa-dosa mereka atas bahu-bahu mereka, bukan kah jelek apa yang mereka pikulkan itu ?
32. Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan  permainan dan kelalaian, dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang berbakti, Oleh kerana itu tidakkah kamu mahu berfikir ?
33. Sesungguhnya kami mengetahui bahawa akan menduka citakan mu apa yang mereka katakan, tetapi sebenarnya  mereka tidak mendustakan mu, hanya orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah.
34. Dan sesungguhnya telah didustakan beberapa  Rasul lebih dahulu daripada mu, tetapi mereka sabar atas apa yang  didustakan mereka, dan disakiti mereka, hingga datang kepada mereka pertolongan kami, kerana tidak ada yang bisa mengubah kalimah-kalimah Allah, dan  sesungguhnya telah datang kepada mu khabar beberapa Rasul.
35. Dan jika benar atas mu perpalingan mereka, maka sekiranya engkau bisa membikin satu lubang dibumi atau satu tangga kelangit, lalu engkau bawa kan kepada mereka satu ayat, (kerjakanlah), kerana kalau Allah mahu, tentu ia kumpulkan mereka atas jalan pertunjukkan. Oleh itu janganlah engkau jadi dari orang-orang yang bodoh.
36. Tidaklah akan memperkenankan (panggilan mu), melainkan orang-orang yang mendengar, sedang orang yang mati itu, Allah akan bangkitkan mereka, kemudian, kepadanya lah akan dikembalikan mereka.
37. Dan mereka akan berkata; “mengapakah tidak diturunkan atas nya satu ayat dari Tuhan nya?” katakanlah: “sesungguhnya Allah berkuasa akan menurunkan satu ayat” tetapi kebanyakan daripada mereka tidak mengetahui.
38. Tidak ada satu pun dari binatang yang merayap dibumi, dan tidak ada satu pun burung yang terbang dengan dua sayapnya, melainkan adalah mereka umat-umat seperti kamu, tidak kami luputkan dalam kitab itu sesuatu, kemudian, kepada Tuhan merekalah, mereka akan dikumpulkan.
39. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami itu, tuli dan bisu, didalam kegelapan-kegelapan, sesiapa yang Allah mahu, ia akan sesatkan dia, dan siapa-siapa yang ia mahu, ia akan dijadikan dia atas jalan  yang lurus.
40. Katakan lah; “khabarkan kepada ku, jika datang kepada kamu azab dari Allah atau datang kepada kamu hari kiamat, apakah kamu akan seru selain dari Allah, jika adalah kamu orang-orang yang benar?”.
41. “Bahkan ialah yang kamu akan seru dan (ialah yang) akan melepaskan apa yang kamu minta ia lekaskan, jika ia kehendaki, dan kamu lupa apa yang kamu sekutukan.
42. Dan sesungguhnya kami telah kirim (utusan-utusan) kepada umat-umat sebelum mu, lalu kami beri percubaan kepada mereka dengan kemiskinan dan kesusahan, supaya mereka merendah diri.
43. Maka mengapakah tidak mereka merendah diri  tetakala datang kepada mereka percubaan kami ? tetapi keras hati-hati mereka, dan syaitan menampak kan baik kepada mereka, apa yang mereka kerjakan itu.
44. Maka tetakala  mereka lupa kepada (peringatan) yang diingatkan kepada mereka, kami bukakan bagi mereka pintu-pintu tiap-tiap sesuatu,  hingga apabila mereka senang dengan apa yang diberikan kepada mereka, sekonyong-konyong kami datangkan seksaan atas mereka, maka tiba-tiba mereka berputus asa.
45. Lantas dipotong  (kesenangan) baitul  kaum yang zalim hingga akhirnya, dan sekelian pujian-pujian itu kepunyaan Allah, Tuhan bagi sekelian makhluk.
46. Katakan lah; “bagaimanakah pemikiran kamu, jika Allah cabut pendengaran kamu dan penglihatan-penglihatan kamu dan ia menterai (patri)  atas hati-hati kamu ? siapakah tuhan selain dari Allah yang bisa mengembalikan kepada kamu ?” lihatlah bagaimana kami  ulang-ulang kan  ayat-ayat (kami), kemudian, mereka berpaling.
47. Katakan lah; “khabarkan lah kepada  ku ! jika datang azab Allah kepada kamu dengan sekoyong-koyong atau terang-terang, bukankah tidak dibinasakan melainkan kaum yang zalim ?”.
48. Dan tidaklah kami mengutuskan Rasul-Rasul itu, melainkan sebagai pengemar dan pengacam, maka barang siapa beriman, dan beramal soleh tidaklah ada  ketakutan atas mereka dan tidaklah mereka akan berdukacita.
49. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami itu, akan mengenai mereka azab dengan sebab mereka telah melewati batas.
50. Katakan lah; “tidak aku berkata kepada kamu: ‘disisiku ada perbendaharaan’ dan aku tidak mengetahui perkara yang ghaib, dan tidak aku berkata kepada kamu: ‘sesungguhnya aku ini melaikat’ tidak aku turut, melainkan apa yang diwahyukan kepada ku”.  Tanyalah; “apakah sama orang yang buta dan orang yang celek ? tidak kah mahu kamu fikirkan ?”.
51. Dan ancamlah dengan (Quran) itu akan orang-orang yang percaya, bahawa mereka akan dikumpulkan kepada Tuhan mereka, pada hal tidaklah ada bagi mereka, selain daripadanya, pengurus dan tidak ada yang tolong melepaskan, supaya mereka terpilihara.
52. Dan janganlah engkau halau orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dn petang, yang menghendaki keredaan nya, (kerana) tidaklah engkau menanggung jawab atas sesuatu daripada perhitungan mereka, dan tidaklah mereka menanggung jawab atas sesuatu daripada perhitungan mu, maka (sekelian) engkau halau mereka, adalah engkau dari orang-orang yang zalim.
53. Dan demikian lah kami uji sebahagian dari mereka dengan sebahagian, yang akhirnya mereka berkata; “apakah ini dia orang-orang yang Allah beri nikmat dari antara kami ?”.  Bukan kah Allah itu lebih mengetahui orang-orang yang bersyukur ?.
54. Dan apabila datang kepada mu orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami, maka katakanlah, mudah-mudahan keselamatan (turun)  atas kamu ! Tuhan kamu telah wajibkan atas dirinya (akan memberi) rahmat, iaitu sesungguhnya barang siapa dari antara kamu mengerjakan kejahatan dengan kebodohan, kemudian, ia bertaubat sesudah itu, dan ia berbuat kebaikan, maka sesungguhnya Allah itu pengampun, penyayang”.
55. Dan demikian lah kami terangkan beberapa ayat, dan supaya ternyata jalan orang-orang yang bersalah besar.
56. Katakan lah; “sesungguhnya aku dilarang menyembah mereka yang kamu seru selain dari Allah”. Katakan lah (lagi); “aku tidak akan turut kemahuan-kemahuan kamu, kerana kalau bagitu,  sesugguhnya setelah aku, dan bukanlah aku daripada orang-orang yang terpimpin.
57. Katakan lah; “sesungguhnya aku ini (berjalan) atas keterangan yang nyata dari Tuhan ku, tetapi kamu dustakan dia. Tidaklah ada pada ku apa yang kamu harap-harapkan dengan lekas, tidaklah ada hukum itu melainkan bagi Allah ia menerangkan kebenaran, dan adalah ia sebaik-baik penghukum.
58. Katakan lah; “kalau ada pada sisi ku, apa yang kamu harap-harapkan  dengan lekas itu, nescaya berlakulah urusan antara ku dan antara kamu, tetapi Allah itu lebih mengetahui orang-orang yang zalim.
59. Dan disisinya lah (ada) kunci-kunci barang yang ghaib, tidak akan mengetahui dia, melainkan dia, dan ia mengetahui apa yang ada didarat dan dilaut dan tidak gugur satu pun daun melainkan ia mengetahuinya,  dan tidak (gugur)  satu pun biji dikelopak-kelopak gelita bumi, dan tidak (gugur) biji yang basah dan tidak yang kering, melainkan ada dalam kitab yang nyata.
60. Dan ialah yang memegang kamu pada waktu malam, dan ia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian, ia bangunkan kamu padanya, supaya disempurnakan satu waktu yang tertentu, kemudian, kepadanya lah tempat kembali kamu, kemudian,  ia akan  khabarkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.
61. Dan ialah yang sangat berkuasa atas hamba-hamba nya, dan ia kirim-kirim kepada kamu pengawal-pengawal, hingga apabila datang maut kepada salah seorang daripada kamu, diambil lah dia oleh utusan-utusan kami, dan tidaklah mereka itu tolidur .  
62. Kemudian dikembalikan mereka kepada Allah, Tuhan merek a yang benar, ketahuilah, bahawa kepunyaan nya lah (sekelian) hukuman, dan ialah selekas-lekas penghitung.
63. Katakanlah; “siapakah yang menyelamatkan kamu daripada bincana-bincana darat dan laut, (tetakala)  kamu meminta kepada nya dengan merendah diri dan sembunyi,  jika ia selamatkan kami daripada (bencana) ini, nescaya jadilah kami daripada orang-orang yang bersukur?”.
64. Katakan lah; “ Allah lah yang menyelamatkan kamu daripada nya dan daripada tiap-tiap kesusahan, (tetapi), kemudian, kamu menyegutukan (dia)”.
65. Katakan lah; “ialah yang berkuasa akan mengirim azab atas kamu, dari sebelah atas kamu dan dari bawah kaki-kaki kamu atau menjadikan kamu beberapa puak dan mengenakan kepada sebahagian daripada kamu bincana (dari) sebahagian (lain)”,  lihat lah bagaimana kami menerangkan  ayat-ayat (kami) supaya mereka mengerti.
66. Dan kaum mu telah dustakan dia, pada hal ia itu benar, katakanlah; “bukanlah aku orang yang berkuasa atas kamu! “.
67. Tiap-tiap khabar ada mempunyai masa ketentuan nya dan kamu akan melihat dia.
68.  Dan apabila engkau lihat orang-orang yang memperolok-olok kan ayat-ayat kami, maka berpalinglah dari mereka, hingga mereka masuk pada omongan yang lain,  dan jika engkau dilupakan oleh syaitan, maka sesudah ingat janganlah engkau duduk bersama orang-orang yang zalim itu.
69. Dan  tiadalah ada atas orang-orang yang berbakti, sesuatu daripada perhitungan mereka (yang memperolok-olok kan) itu, tetapi (hanya) peringatan, supaya mereka terpelihara.
70. Dan biarkan lah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan persia’an, dan yang telah ditipu oleh penghidupan dunia, tetapi ingatlah mereka dengan(Quran)  itu, supaya tidak terjerumus satu jiwa dengan sebab apa yang ia telah usahakan, tidaklah ada beginya selain daripada Allah, pengurus dan tidak ada yang tolong melepaskan, dan jika ia (hendak)tebus dengan sekelian penebusan, tidak akan diterima daripadanya mereka itu ialah orang-orang yang telah dijerumuskan dengan sebab apa yang mereka telah kerjakan. Adalah bagi mereka minuman dari air yang mendidih dan azab yang pedih lantaran kekufuran mereka.
71. Katakan lah; Apakah (patut) kita seru selain dari Allah yang tidak memberi manfaat kepada kita  dan tidak memudaratkan kita, dan  (baguslah) dikembalikan kita atas tumit-tumit kita, sesudah Allah pimpin kita, seperti seorang yang  digangu oleh syaitan-syaitan dibumi, dalam keadaan bingong, pada hal ia mempunyai beberapa kawan yang mengajak dia kepada petunjuk, (sambil) berkata; “ikutlah kami?” katakan lah; “sesungguhnya pertunjukan Allah itulah (sebenar-benar) pertunjukan, dan kami diperintah supaya berserah diri kepada Tuhan bagi sekelian makhluk”.
72. Dan (diperintah) hendaklah kamu menetapi sembahayang dan berbakti kepada  nya, kerana kepadanya lah kamu akan dihimpunkan.
73. Dan ialah yang menjadikan langit-langit dan bumi dengan hak dan hari yang ia akan berkata; “jadilah”, lalu ia jadi.  Perkataan nya itu benar, dan bagi nya lah kerajaan  pada  ditiup sengkala, yang mengetahui (perkara)  yang ghaib dan (perkara) yang nyata, dan ialah yang bijak sana, yang amat mengetahui. 
74. Dan (ingatlah) tetakala Ibrahim berkata kepada bapanya, Azzar; “adakah patut engkau anggap berhala-berhala itu sebagai tuhan-tuhan?” sesungguhnya aku melihat engkau dan kaum mu didalam kesesatan yang nyata”.
75. Dan demikianlah kami unjukkan kepada Ibrahim kerajaan langit-langit dan bumi, dan supaya jadilah  ia daripada orang-orang yang percaya betul-betul.
76. Iaitu tetakala datang malam atasnya, ia melihat satu bintang, (maka) ia berkata; “apakah ini tuhan ku?” sesudah bintang itu hilang, ia berkata; “aku tidak suka kepada  apa-apa yang (bisa) hilang”.
77. Maka tetakala ia melihat bulan terbit, bekatalah ia; “apakah ini tuhan ku?” sesudah bulan itu hilang, ia berkata; “jika tuhan ku tidak pimpin akan daku, nescaya jadilah aku daripada golongan orang-orang yang sesat.
78. Maka tetakala ia melihat matahari terbit, berkata ia; “apakah ini tuhan ku? ini lebih besar” sesudah ia terbenam, berkatalah ia; “hai kaum ku! Sesungguhnya aku (ini) berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan”.
79. “Sesungguhnya aku hadapkan diri ku kepada yang menjadikan langit-langit dan bumi, dengan ikhlas, dan bukan lah aku daripada orang-orang yang menyekutukan (Allah).
80. Dan kaum nya membantah dia, ia berkata “apakah (patut) kamu membantah ku tentang Allah, pada hal sesungguhnya ia telah pimpin ku ? dan tidaklah aku takut kepada apa-apa yang kamu sekutukan dengan nya, kecuali  sesuatu  yang dikehendaki oleh Tuhan ku. Melewati ilmu Tuhan ku akan tiap-tiap sesuatu. Oleh kerana itu, apakah tidak mahu kamu ingat?”
81. “Dan bagaimana kah bisa aku takut kepada apa-apa yang kamu sekutukan, pada hal kamu tidak takut, bahawa kamu telah sekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak ia turunkan bagi nya satu keterangan kepada kamu” maka takutlah  (antara) dan  golongan itu, yang lebih patut (mendapat) keamanan, jika adalah kamu mengetahui?”.
82. Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuri kepercayaan mereka degnan kejahatan, adalah bagi mereka keamanan dan mereka lah orang-orang terpimpin.
83. Dan ini lah hajat kami yang kami unjukkan kepada Ibrahim untuk melawan kaum nya. Kami mengangkat darjat orang yang kami sukai sesungguhnya Tuhan mu itu, bijaksana, mengetahui.
84. Dan kami telah beri bagi nya  Ishak dan Yaakob, semua (dari mereka) telah kami pimpin, dan juga Noh, kami telah pimpin lebih dahulu, dan daripada anak cucu nya, (adalah) Daud dan Sulaiman dan  Ayub dan Yusuf dan Musa dan Harun, dan demikianlah kami balas orang-orang yang bebuat kebaikan.
85. Dan Zakaria danYahya dan Isa dan Alias, semua (mereka adalah) daripada orang-orang yang soleh.
86. Dan Ismail dan  Alyasa dan Yunus dan Lut, dan semua (mereka itu) kami lebihkan dari (lain-lain) manusia.
87. Dan (kami lebihkan) sebahagian daripada  bapa-bapa mereka, dan anak cucu mereka dan saudara-saudara  mereka, dan kami telah pilih mereka dan kami telah pimpin mereka kejalan yang lurus.
88. Yang demikian itu, pertunjukan yang dengan nya ia pimpin siapa yang ia sukai daripada hamba-hamba nya, dan kalau mereka sekutukan (dia), nescaya gugurlah dari mereka  apa-apa yang mereka telah kerjakan.
89. Mereka lah orang-orang yang telah kami beri kitab dan hukum dan pangkat kenabian oleh kerana itu, jika mereka tidak mahu percaya kepadanya, maka sesungguhnya kami akan serahkan dia kepada satu kaum (lain) yang tidak kufur kepadanya.
90. Mereka lah orang-orang yang Allah telah pimpin, maka akan pimpinan mereka itulah hendak nya engkau turut, katakan lah; “aku tidak meminta kepada kamu upah atas itu, tidak lah yang demikian itu, melainkan sebagai peringatan  untuk manusia”.
91. Dan tidaklah mereka itu hargakan Allah dengan sebenar-benar penghargaan, kerana mereka itu berkata; “Allah tidak turunkan sesuatu atas manusia”.  Tanyalah; “siapakah yang turunkan  kitab yang dibawah oleh Musa sebagai penerangan  dan pertunjukan bagi manusia, yang kamu jadikan dia  kertas  yang kamu terangkan sebahagian (daripadanya) dan kamu sembunyikan kebaikan nya, dan diajar kepada kamu apa yang kamu tidak tahu dan tidak bapa-bapa kamu ?” Katakan lah; “Allah lah (yang turunkan)”, kemudian, biarkan mereka bermain-main dalam kesesatan mereka.
92. Dan ini lah kitab yang kami turunkan, yang berbahagia, yang mencucuki (kitab) yang sebelum nya  dan supaya engkau ancam Ummul Qura dan orang-orang disekelilingnya, dan orang yang percaya kepada akhirat itu, percaya kepadanya, dan mereka akan pelihara kan sembahayang mereka.
93. Dan bukan kah tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang membuat dusta atas nama Allah, atau ia berkata; “diwahyukan kepada ku”, pada hal tidak ada diwahyukan kepadanya apa pun,  dan (daripada orang) berkata; “aku akan turunkan seperti apa yang Allah turunkan” dan (alangkah hebatnya) tetakala engkau lihat orang-orang zalim itu dalam sakaratul maut, sedang melaikat-melaikat menghulur tangan-tangan mereka (sambil berkata); “keluarkan lah nyawa kamu dihari inilah kamu akan dibalas dengan azab yang pedih dengan sebab apa yang kamu telah katakan atas nama Allah dengan tidak benar,  dan adalah kamu sombong diri (menerima) ayat-ayat nya.
94. Dan sesungguhnya kamu datang kepada kami bersendirian-sendirian, sebagaimana kami jadikan kamu pada pertama kali, dan  kamu telah tinggalkan apa yang kami berikan kepada kamu dibelakang  punggung-punggung kamu, dan kami tidak lihat ada berserta kamu orang-orang yang bisa melepaskan kamu, yang kamu sangka bahwa se nya mereka itu, diantara kamu, sebagai sekutu-sekutu Allah, sesungguhnya telah putus (perhubungan) antara kamu (dengan mereka), dan lenyap lah daripada kamu, apa yang kamu sangka.
95. Sesungguhnya Allah pembelah buah dan biji, ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan ia mengeluarkan yang mati dari yang hidup, yang (berkuasa) demikian itu, (ialah) Allah kemanakah kamu akan dipalingkan ?.
96. Pembelah subuh, dan menjadikan malam untuk berdiam, dan mentari dan bulan untuk perhitungan, ini lah ketentuan (dari) yang maha kuasa, yang amat mengetahui.
97. Dan ialah yang telah jadikan bagi kamu beberapa bintang untuk kamu berpedoman dengan dia didalam kegelapan-kegelapan  darat dan laut, sesungguhnya kami telah terangkan tanda-tanda kamu bagi orang-orang yang tahu.
98. Dan ialah yang jadikan kamu daripada diri yang satu, maka ditetapkan dan ditumpangkan. Sesungguhnya kami telah terangkan tanda-tanda kami bagi orang-orang yang (mahu) mengerti.
99. Dan ialah yang turunkan air dari langit, maka kami keluarkan dengan (air) itu tumbuhan-tumbuhan dari tiap-tiap sesuatu, lalu kami keluarkan daripada nya (pohon) yang hijau yang daripadanya kami keluarkan biji-biji bersusun-susun, dan dari kurma (iaitu) dari mayang nya (jadi) tandan yang  mudah dipetik, dan (kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton dan delima yang bersamaan dan yang tidak bersamaan. Lihat lah kepada buahnya apabila ia berbuah dan (lihat kepada) masaknya, sesungguhnya didalam itu ada tanda-tanda bagi kaum yang (mahu) beriman.
100. Dan mereka jadikan jin itu sekutu-sekutu bagi Allah, pada hal ia dijadikan nya, dan dengan tidak tahu mereka mengada-adakan nya baginya anak-anak laki-laki dan anak-anak perempuan. Maha suci dan maha tinggi Allah dari apa yang mereka sifatkan ! .
101. (ialah) yang menjelmakan langit-langit dan bumi, bagaimana kah bisa ada bagi nya anak, pada hal ia tidak  mempunyai isteri, sedangkan ia menjadikan tiap-tiap sesuatu, dan ia yang mengetahui tiap-tiap sesuatu ?.
102. Yang demikian itu Allah, Tuhan kamu, yang tidak ada Tuhan melainkan dia, yang menjadikan tiap-tiap sesuatu. Oleh kerana itu, sembahlah dia, kerana ia pengurus atas tiap-tiap sesuatu.
103. Pemandangan-pemandangan tidak bisa melihat dia, tetapi ia bisa melihat pemandangan-pemandangan  itu, kerana (adalah)  ia amat halus, amat mengetahui.
104. “Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa keterangan dari Tuhan kamu, lantaran itu, barang siapa melihat, maka (semata-mata) untuk dirinya dan barang siapa buta, maka (semata-mata untuk) kecelakaan atasnya, dan bukan lah aku penjaga atas kamu”.
105. Dan demikianlah kami paling-paling kan ayat-ayat kami, tetapi akhir nya mereka berkata “engkau telah baca”, dan untuk kami menerangkan nya kepada kaum yang (hendak) tahu.
106. Ikutlah apa yang telah diwahyu kan kepada mu dari Tuhan mu, yang tidak ada Tuhan, melainkan dia, dan berpalinglah dari orang-orang musrik.
107. Dan kalau Allah mahu, tentu mereka tidak menyekutukan (dia), dan tidaklah kami jadikan mu penjaga atas mereka, dan bukanlah engkau pengurus atas mereka.
108. Dan janganlah kamu maki (berhala-berhala yang mereka seru selain dari Allah, kerana mereka akan  maki Allah, dengan melewati batas dengan tidak mempunyai pengetahuan.   Demikian lah kami hiaskan bagi tiap-tiap umat amal mereka kemudian, kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, maka ia akan terangkan kepada mereka apa-apa yang mereka kerjakan. 
109. Dan mereka bersumpah dengan nama Allah sebenar-benar sumpah, (bahawa) jika datang kepada mereka satu ayat, mereka akan beriman kepada nya, (tetapi) katakan lah; “(bahawa) ayat-ayat itu tidak ada melainkan pada sisi Allah:,  dan tidaklah menyadarkan kami, bahawa apabila (ayat-ayat) itu datang, mereka  tidak akan beriman ?
110. Dan kami paling-palingkan hati-hati mereka dan pemandangan-pemandangan mereka, sebagaimana mereka tidak (mahu) beriman kepada nya pada pertama kali, dan kami akan biarkan mereka bingong didalam kesesatan mereka.