Juzuk ke 6
AL-NISA 148~177
AL-MAIDAH 1~82
148. Allah tidak suka kepada perkataan jelek
yang diperdengarkan, kecuali (dari) orang yang teranyanya, kerana Allah itu
pendengar, pengetahui.
149. Jika kamu nampak kan
satu kebaikan atau kamu sembunyikan dia atau kamu ampunkan (seorang) dari
satu kejelekan, maka sesungguhnya adalah
itu pengampun, maha kuasa.
150. Sesungguhnya mereka
yang kufur kepada Allah dan rasul-rasul nya, dan hendak membezakan antara Allah dan rasul-rasul nya,
dan berkata; “kami mahu beriman kepada sebahagian, dan tidak mahu beriman
kepada sebahagian, dan mereka hendak mengambil satu jalan diantara itu.
151. (maka) mereka ini,
ialah sebenar-benar kafir dan kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu,
azab yang menghina.
152. Dan orang-orang yang
beriman kepada Allah dan rasul-rasul dan tidak membezakan antara seorang pun
dari mereka (tentang wajib diimani), (maka) mereka ini akan diberi ganjaran nya
(oleh Allah), kerana adalah Allah itu pengampun, penyayang.
153. Ahli kitab akan minta
kepada mu supaya engkau turunkan atas mereka satu kitab dari langit, kerana
sesungguhnya mereka pernah minta kepada Musa lebih besar dari itu, iaitu mereka
berkata; “unjukkan lah Allah kepada kami dengan terang-terang”, lantas mereka
disambar petir dengan sebab kezaliman mereka, kemudian mereka menyembah anak
sapi setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan, tetapi kami ampunkan
yang demikian, dan kami beri kepada Musa kekuasaan yang nyata.
154. Dan kami telah
tinggikan gunung itu atas mereka buat mengambil perjanjian mereka, dan kami
bekata kepada mereka; “masuklah kepintu (negeri) itu dengan tunduk”, dan kami
berkata kepada mereka; “ janganlah kamu melewati batas pada hari kelapangan
(sabtu)” dan kami telah ambil dari mereka perjanjian yang kuat.
155. Maka (kami laknat
mereka) lantaran mereka pecahkan
perjanjian mereka, dan (lantaran) kufur mereka kepada ayat-ayat Allah, dan
(lantaran) mereka bunuh nabi-nabi dengan tidak sebenarnya, dan (lantaran) perkataan mereka; “hati-hati
kami telah tertutup”, bahkan Allah telah menterai hati-hati mereka dengan sebab
kekufuran mereka. Lantaran itu, mereka
tidak akan beriman melainkan sedikit.
146. Dan lantaran kekufuran
mereka dan (lantaran) perkataan mereka atas Mariam satu dusta bikinan yang
besar.
147. Dan (lantaran)
perkataan mereka; “kami telah bunuh almasih Isa, anak Mariam, pesuruh Allah”,
pada hal mereka tidak bunuh dia dan
mereka tidak salib dia, tetapi disamarkan bagi mereka, dan sesungguhnya
orang-orang yang berselisihan (paham) ditetang itu, adalah didalam syak padanya, mereka tidak mempunyai
pengetahuan ditentang itu melainkan turut sangkaan (sahaja), dan mereka tidak
bunuh dia dengan yakin.
148. Tetapi Allah telah
angkat dia kepadanya, kerana adalah Allah itu gagah, bijaksana.
159. Dan tidak ada (seorang
pun) dari ahli kitab melainkan akan beriman kepadanya sebelum matinya, dan pada
hari kiamat, ia akan jadi saksi atas mereka.
160. Maka dengan sebab
kezaliman dari orang-orang yahudi, kami haramkan atas mereka beberapa barang
baik yang pernah dihalalkan bagi mereka, dan dengan sebab mereka berpaling
sangat dari jalan Allah.
161. Dan (dengan
sebab)mereka memakan riba, pada hal dilarang mereka daripadanya, dan (dengan
sebab) mereka memakan harta manusia dengan (cara) yang tidak betul, dan kami
telah sediakan bagi orang-orang yang kafir daripada antara mereka itu seksaan
yang pedih.
162. Tetapi orang-orang yang
mahir tentang ilmu dari antaa mereka dan orang-orang yang
(sungguh-sungguh)beriman itu, akan beriman kepada apa yang diturunkan kepada mu
dan kepada apa yang diturunkan dahulu daripada mu dan (terutama) orang-orang
yang mendirikan sembahayang – dan orang-orang yang mengeluarkan zakat dan
orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, mereka ini kami akan
beri kepada mereka ganjaran yang besar.
163. Sesungguhnya kami telah
wahyukan kepada mu sebagaimana kami telah wahyu kan kepada Nuh dan nabi-nabi
yang sesudahnya, dan kami telah wahyu kepada Ibrahim dan Ismail dan Ishak dan
Yaakub dan anak cucu nya dan Isa dan
Ayub danYunus dan Harun dan Sulaiman, dan kami telah beri kepada Daud (kitab)
zabur.
164. Dan (kami telah utus)
beberapa rasul yang kami telah ceritakan (hal-hal) mereka kepada mu lebih
dahulu dan beberapa rasul yang tidak kamu ceritakan kepada mu, dan Allah telah
omong kepada Musa omongan yang terang.
165. (iaitu) rasul-sasul
yang mengemarkan dan mengancam, supaya tidak ada bagi manusia alasan atas
(menyalahkan) Allah sesudah (datang) rasul-rasul nya kerana adalah Allah itu gagah, bijaksana.
166. Tetapi Allah
menyaksikan (bahawa) apa yang ia turunkan kepada mu itu, ia turunkan dengan
pengetahuan nya dan melaikat-melaikat (pun) cukup sebagai saksi.
167. Sesungguhnya
orang-orang yang telah kufur dan berpaling dari jalan Allah itu, telah sesat
satu kesesatan yang jauh,
168. Sesungguh nya
orag-orang yang telah kufur dan menganyanyai (diri-diri sendiri) itu, Allah
tidak akan ampunkan mereka dan tidak akan unjuk kan bagi mereka satu jalan.
169. Melainkan jalan jahanam
yang mereka akan kekal padanya selama-lama nya, kerana adalah yang demikian itu
mudah atas Allah.
170. Hai manusia! Sesungguh
telah datang kepada kamu rasul itu dengan (membawa) kebenaran dari Tuhan kamu.
Lantaran itu berimanlah, (kerana yang demikian itu) baik bagi kamu, tetapi jika
kamu kufur, maka sesungguhnya kepunyaan Allah lah apa-apa yang di langit-langit dan dibumi, dan adalah
Allah itu pengetahui, bijaksana.
171. Hai ahli al-kitab !
janganlah kamu melewati batas ditentang agama kamu, dan jangan lah kamu berkata
atas (nama) Allah melainkan (perkataan)
yang benar. Al-masih Isa anak Mariam itu, tidak melainkan pesuruh Allah
dan (bukti bagi)perkataan yang ia khabarkan kepada Mariam dan (bukti bagi)
tiupan roh daripadanya, lantaran itu
berimanlah kepada Allah dan Rasul-Rasul nya, dan janganlah kamu berkata;
“(Tuhan itu) tiga”, berhentilah, (kerana
yang demikian) baik bagi kamu. Allah itu tidak lain melainkan Tuhan yang
tunggal, maha suci ia daripada mempunyai anak , baginya lah apa-apa yang
dilangit-langit dan apa-apa yang dibumi, dan cukuplah Allah itu jadi pelindung.
172. Al-Masih itu tidak malu
jadi hamba Allah dia tidak (juga) malaikat-malaikat yang dihampiri (oleh
Allah), kerana barang siapa mahu dari beribadat kepadanya dan menyombong,
maka ia akan kumpulkan mereka semua kepadanya.
173. Adapun orang-orang yang
beriman dan beramal baik, maka Allah akan sempurnakan bagi mereka ganjaran
mereka, dan ia akan tambah bagi mereka dari kurnianya, dan ada pun orang-orang
yang malu dan berbesar diri, maka ia akan seksa meraka satu seksaan yang pedih.
174. Dan mereka tidak akan
dapat buat (diri) mereka, selain dari
Allah , siapa pun pengurus dan tidak siapa pun penolong.
175. Hai manusia !
sesungguhnya telah datang kepada kamu
satu keterangan dari Tuhan, dan kami telah turunkan kepada kamu satu cahaya
yang nyata.
176. Dan adapun mereka yang
beriman kepad Allah dan berpegang kepada (Quran) itu,ia akan masukkan mereka
didalam rahmat dan kurnia padanya, dan ia akan pimpin mereka dijalan lurus yang
(menyampaikan) kepadanya.
177. Mereka akan minta petua
kepada mu, katakan; “Allah beri petua kepada kamu ditentang kelalat, (iatu)
jika seorang laki-laki mati (pada hal) tidak ada baginya anak, tetapi ada
baginya seorang saudadra perempuan, maka (saudara perempuan)ini dapat separuh
dari apa yang ia tinggalkan, dan (saudara laki-laki) itu jadi warisnya (pula),
jika tidak ada baginya anak, jika adalah saudara perempuan itu dua orang, maka
mereka berdua dapat dua pertiga dari apa
yang ia tinggalkan, dan jika adalah mereka itu laki-laki dan perempuan
maka yang laki-laki dapat bahagian dua perempuan. Allah terangkan bagi kamu
supaya kamu tidak sesat, kerana Allah itu mengetahui tiap-tiap suatu.
{5}
AL-MAIDAH (hidangan)
AL-MAIDAH (hidangan)
Dengan nama Allah, pemurah,
penyayang.
1. Hai orang-oang yang beriman ! sempurnakan lah akud. Dihalalkan bagi
kamu binatang ternak, kecuali yang akan dibacakan kepada mu, pada hal kamu
tidak menghalalkan buruan diwaktu kamu ber ikhram, sesungguhnya Allah menghukum
apa yang ia kehendaki.
2. Hai orang-orang yang
beriman ! janganlah kamu berlaku semahu-mahu pada batas-batas Allah, dan jangan
pada bulan yang dihormati, dan jangan pada korban dan jangan pada korban yang
ditandakan leher-leher nya, dan jangan pada orang-orang yang menuju kerumah
yang mulia dengan maksud mencari rezeki dari Tuhan mereka dan keredaan nya,
tetapi sesudah kamu selesai dari
pekerjaan haji, boleh lah kamu berburu, dan jangan lah kebencian (kamu kepada)
satu kaum lantaran mereka pernah halangi kamu dari masjid yang mulia itu
menyebabkan kamu melewati batas, tetapi hendaklah kamu bertolong-tolongan atas kebaikan
dan bakti, dan jangan lah kamu bertolong-tolongan atas dosa dan permusuhan, dan
hendaklah kamu takut kepada Allah, kerana
sesungguhnya Allah itu sangat keras seksaan nya.
3. Diharamkan atas kamu
(makan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disembelah kerana
yang lain dari Allah, dan yang (mati) dicekek, dan yang (mati) dipukul, dan
yang (mati) jatuh dari atas, dan yang (mati) ditanduk dan yang (mati) ditakuk binatang buas, kecuali
barang yang kamu (sempat) sembeleh, dan (binatang ) yang disembeleh diatas
nusub, dan (diharamkan) kamu memeriksa
nusub dengan undi, yang demikian itu adalah kerderhakaan. Pada hari ini,
orang-orang kafir telah putus asa (pada menarik kamu) daripada agama kamu
lantaran itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi hendaklah kamu takut
kepada aku. Pada hari ini aku telah sempurnakan kepada kamu agama kamu dan aku
telah cukupkan atas kamu nikmat ku, dan aku telah reda Islam itu sebagai agama buat kamu,
tetapi barang siapa terpaksa pada (waktu) kelaparan, pada hal ia tidak sengaja
mahu berdosa, maka sesungguhnya Allah itu pengampun, panyayang.
4. Mereka akan bertanya
kepada mu apakah yang dihalalkan bagi mereka, katakan lah; “dihalalkan
buat kamu barang yang baik-baik, dan
apa-apa yang kamu ajar dari binatang-binatang penangkap. Pada hal kamu biasakan
mereka berburu, kamu ajar mereka dari apa yang
Allah telah ajar kepada kamu, maka makan lah apa yang mereka tangkap buat kamu, dan sebutlah nama Allah
atasnya, dan takutlah kepada Allah, kerana Allah itu cepat pengiraan nya.
5. Pada ini hari, dihalalkan untuk kamu (barang) yang baik-baik – dan makanan
orang-orang (kafir) yang diberi kitab itu halal bagi kamu, dan makanan kamu
halal buat mereka dan (halal) perempuan-perempuan yang merdeka daripada mukminat, dan (halal) perempuan-perempuan
yang merdeka (golongan) orang-orang
(kafir) yang diberi kitab dahulu daripada kamu, Apabila kamu beri mas khawin
mereka, pada hal kamu bernikah, bukan kamu berzina dan bukan kamu jadikan
gundik-gundik dan barang siapa menolak iman, maka sesungguhnya gugurlah amal nya, dan adalah ia diakhirat,
dari orang-orang yang rugi.
6. Hai orang-orang yang beriman !
apabila kamu (mahu) berdiri sembahayang, hendaklah kamu cuci muka-muka
kamu dan tangan-tangan kamu sampai kesiku-siku kamu, dan sapulah kepala-kepala
kamu, dan (cucilah) kaki-kaki kamu sampai dua mata kaki, dan jika kamu
berjunub, hendak lah kamu mandi, dan jika kamu sakit atau dalam pelayaran, atau seorang daripada
kamu datang dari buang air, atau kamu sentuh perempuan, tetapi kamu tak dapat
air, maka hendaklah kamu bertayamun dengan tanah yang bersih, iaitu kamu sapu
muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu dengan nya. Allah tidak hendak membikin
keberatan atas kamu, tetapi ia hendaklah membersihkan kamu dan menyempurnakan
nikmat nya atas kamu, supaya kamu bersyukur.
7. Dan ingatlah nikmat Allah
atas kamu dan perjanjian nya yang ia janjikan kepada kamu diwaktu kamu berkata;
“kami mendengar dan kami taat”, dan hendaklah kamu takut kepada Allah kerana
Allah itu mengetahui isi-isi dada-dada
(kamu).
8. Hai orang-orang beriman !
hendaklah kamu jadi manusia yang lurus kerana Allah, menjadi saksi dengan adil,
dan jangan lah kebencian kamu atas satu kaum, menyebabkan kamu tidak adil,
berlakulah adil, (kerana) iaitu lebih hampir kepada kebaktian, dan takutlah
kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah itu mengetahui apa yang kamu kerjakan.
9. Allah telah berjanji
kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bahawa mereka akan dapat
keampunan dan ganjaran yang besar.
10. Dan mereka yang kufur
dan mendustakan ayat-ayat kami, ialah orang-orang (yang jadi) sahabat neraka.
11. Hai orang-orang yang
beriman! ingatlah nikmat Allah atas kamu
tetakala satu kaum hendak mengholorkan kepada kamu tangan-tangan mereka (buat
menggangu) lalu Allah halangi tangan-tangan mereka dairpada (sampai) kepada
kamu, dan berbaktilah kepada Allah, dan kepada Allah lah hendaknya mukmin
berserah diri.
12. Dan sesungguh nya Allah telah ambil perjanjian bani Israel dan kamu telah
bangkitkan dari mereka dua belas ketua, dan Allah berkata; “sesungguhnya aku
berserta kamu, sesungguhnya jika kamu dirikan sembahayang, dan kamu keluarkan
zakat, dan kamu beriman kepada rasul-rasul
ku , dan kamu bantu mereka, dan kamu pinjamkan (kerana) Allah satu
perjanjian yang baik, nescaya aku
ampunkan bagi kamu kejahatan-kejahatan kamu, dan nescaya aku masukkan kamu ke
syurga-syurga yang mengalir pada nya sungai-sungai. Lantaran itu, barang siapa
kufur dari antara kamu sesudah yang demikian, maka sesungguhnya setelah ia
(dari) jalan yang lurus”.
13. Maka dengan sebab mereka
pecahkan perjanjian mereka, kami telah laknati mereka, dan kami jadikan
hati-hati mereka keras, mereka mengubah kalimat-kalimat (Allah) dari
tempat-tempat nya, dan mereka tinggalkan sebahagian daripada (isi kitab) yang
dijadikan peringatan untuk mereka, dan sentiasa (dapat)engkau melihat
khainat-khainat terbit dari mereka, kecuali sebahagian kecil dari mereka
lantaran itu, ampunkan lah mereka (ini), dan jangan lah perdulikan, kerana
sesungguhnya Allah itu kasih kepada orang-orang yang berbuat kebaikan.
14. Dan dari mereka yang
berkata; “sesungguhnya kami orang-orang nasrani itu, kamu telah ambil perjanjian mereka, tetapi
mereka lupa kepada sebahagian dari (isi kitab) yang didatangkan mereka dengan
nya, lalu kamu bangkitkan diantara mereka itu permusuhan dan kebencian hingga
hari kiamat, dan Allah akan khabarkan kepada mereka, apa yang mereka telah
kerjakan.
15. Hai ahli kitab ! sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami, menerangkan
kepada kamu beberapa banyak dari (isi kitab) yang kamu sembunyikan, dan ia
tidak ambil tahu baberapa banyak,
sesugguhnya telah datang kepada kamu, dari Allah, cahaya dan kitab yang
menerangkan.
16. Dengan (kitab) itu, Allah memimpin orang yang menurut keredaan dijalan
keselamatan, dan (kitab itu) mengeluarkan mereka daripada gelap-gelap kepada
terang dengan izin nya, dan (kitab itu) memimpin mereka kejalan yang lurus.
17. Sesungguhnya telah jadi kafir orang-orang yang berkata;
“bahawa se nya Allah itu ialah almasih anak Mariam”, katakan lah; “kalau bagitu siapakah yang bisa menahan
sesuatu (kemahuan) dari Allah jika ia hendak binasakan almasih, anak mariam dan
ibu nya dan orang-orang yang dibumi semua”,
kerana bagi Allah lah milik langit-langit dan bumi dan barang yang antara keduanya. Ia menjadikan apa yang
ia kehendaki, kerana Allah itu atas tiap-tiap
suatu amat berkuasa.
18. Dan telah berkata bahawa
yahudi-yahudi dan nasrani-nasrani; “kami anak-anak Allah dan kekasih-keksaih
nya”. Tanyalah; “kalau bagitu, mengapakah ia menyeksa kamu dengan (sebab)
dosa-dosa kamu bah kan kamu itu manusia dari (makhluk) yang ia jadikan, ia akan mengampuni siapa yang ia kehendaki, dan
ia akan menyeksa siapa yang ia kehendaki, kerana bagi Allah lah milik
langit-langit dan bumi dan barang yang
diantara keduanya, dan kepada nya lah tempat kembali”.
19. Hai ahli Kitab ! sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul
kami menerangkan kepada kamu – sesudah
keputusan rasul-rasul supaya kamu tidak berkata; “tidak datang kepada kami
seorang pun pengemar dan tidak pengacam”. Oleh itu, sesungguhnya telah datang
kepada kamu seorang pengemar dan pengacam, kerana Allah itu atas tiap-tiap
sesuatu amat berkuasa.
20. Dan (ingatlah) tetakala
Musa berkata kepada kamu, “hai kaum ku !
ingatlah nikmat Allah atas kamu, kerana
ia telah jadikan pada kamu nabi-nabi dan ia telah jadikan kamu raja-raja dan ia
telah beri kepada kamu apa yang ia tidak beri kepada seorang pun dari
makhluk-makhluk”.
21. “Hai kaum ku !” masuklah
kenegeri suci yang Allah telah tentukan untuk kamu, dan janganlah kamu mundur
atas tumit-tumit kamu, kerana dengan sebab itu, kamu akan jadi orang-orang yang
rugi.
22. Mereka berkata; “ya Musa
! sesungguhnya d(negeri) itu, ada kaum yang zalim, dan kamu tidak akan masuk
kepadanya hingga mereka keluar daripadanya, maka kalau mereka keluar
daripadanya, sesungguhnya kami akan masuk”.
23. Telah berkata dua
orang dari (golongan) orang-orang yang
takut, yang Allah telah beri nikmat (kebenaran) atas keduanya; “masuklah kepintu
(negeri) atas keduanya; “masuklah kepintu (negeri) itu buat melawan mereka,
kerana apabila kamu masuk kepadanya, maka sesungguhnya kamu akan menang, dan
kepada Allah lah hendaknya kamu berserah diri, jika memang kamu orang-orang
mukmin”.
24. Mereka berkata; “ya Musa
! sesungguhnya kami tidak akan masuk (kenegeri) itu selama mereka ada pada nya.
Lantaran itu, pergilah engkau dan Tuhan mu, dan perangilah (mereka).
Sesungguhnya kami, disinilah kami
duduk”.
25. Ia berkata; “hai Tuhan ku !
sesungguhnya aku tak memiliki melainkan diri ku dan saudara ku. Lantaran itu,
pisahkan lah antara kami dan kaum yang pasik itu”.
26. Ia berfirman;
“sesungguhnya (negeri suci) itu diharamkan atas mereka empat puluh tahun,
mereka akan hanyut dibumi. Lantaran itu, janganlah engkau dukacita atas kaum yang pasik itu”.
27. Dan bacakan lah kepada
mereka khabar dua anak Adam dengan benar, tetakala mereka (masing-masing)
berkorban satu korban, lalu diterima seorang daripada mereka berdua dan tidak
diterima dari yang lain nya. Ia berkata; “sesungguhnya aku akan bunuh mu”. Ia
jawab; “sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang-orang yang berbakti”.
28. “Sesungguh nya kalau engkau hulurkan tangan mu kepada ku
buat membunuh ku, tidaklah aku akan menghulurkan tangan ku kepada mu untuk
membunuh mu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan bagi sekelian
makhluk”.
29. “Sesungguh nya aku mahu
supaya engkau pikul dosa ku dan dosa mu (sendiri), lalu engkau jadi ahli
neraka, kerana yang demikian itu balasan bagi orang-orang yang zalim”.
30. Tetapi nafsu nya
memudahkan dia membunuh saudaranya, lalu ia bunuh dia, maka jadilah ia daripada
orang-oranng yang rugi.
31. Lalu Allah kirim seekor
burung gagak yang mengorek tanah, untuk ia lihatkan kepada nya bagaimana hendak
nya ia menimbus bangkai saudaranya itu. Ia berkata; “hai kecelakaan ku !
mengapakah aku lemah menjadi seperti gagak ini buat menimbus bangkai saudara ku
?” maka jadilah ia daripada orang-orang yang menyesal.
32. Oleh kerana itu, kamu
wajibkan atas bani Israel, bahawa barang siapa membunuh orang tidak kerana (ia
membunuh) seorang atau (tidak kerana ia membikin) kerusuhan dibumi, maka
seolah-seolah ia membunuh manusia semuanya, dan barang siapa memilihara
hidupnya seorang, maka seolah-olah ia
memelihara hidupnya manusia semua, dan
sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-Rasul kami dengan (membawa)
keterangan-keterangan, kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka, sesudah
itu, melewati batas dibumi.
33. Tidak ada balasan bagi orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul nya dan mengadakan
rusuh dibumi, melainkan dibunuh mereka, atau disalib mereka atau dipotong
tangan-tangan mereka dan kaki-kaki
mereka, berselang-selang, atau dihalau mereka dari bumi itu, yang demikian ini,
adalah satu penghinaan bagi mereka didunia, dan adalah bagi mereka diakhirat
(nanti), azab yang besar.
34. Melainkan orang-orang
yang bertaubat sebelum kamu dapat tangkap mereka. Maka ketahuilah, bahawa
sesungguhnya Allah itu pengampun, penyayang.
35. Hai orang-orang yang
beriman ! takutlah kepada Allah dan carilah jalan yang bisa menyampaikan (kamu)
kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh dijalan nya, supaya kamu dapat
kejayaan.
36. Sesungguhnya orang-orang yang kufur, kalau mereka mempunyai
sekelian apa yang ada dibumi dan sebanyak itu (lagi) bersertanya, untuk mereka
menebus diri-diri dengannya, daripada azab hari kiamat, nescaya tidak akan
diterima dia dari mereka, dan adalah bagi mereka azab yang pedih.
37. Mereka hendak keluar
dari (seksaan) mereka, tetapi tidaklah mereka itu orang-orang yang bisa keluar
daripada nya, dan adalah bagi mereka itu azab yang tetap.
38. Laki-laki yang mencuri
dan peremuan yang mencuri itu, hendaklah kamu potong tangan-tangan mereka sebagai
balasan bagi apa yang mereka telah usahakan,
(dan) sebagai contoh yang
menakutkan dari Allah, dan adalah Allah itu maha keras, bijaksana.
39. Tetapi barang siapa
bertaubat sesudah kezaliman nya dan ia berbuat kebaikan, maka sesungguhnya Allah
akan memberi ampun kepada nya, kerana sesungguhnya Allah itu pengampun,
penyayang.
40. Tidak kah engkau
ketahui, bahawa bagi Allah lah kerajaan langit-langit dan bumi, ia menyeksa
supaya yang ia kehendaki dan ia memberi ampun kepada siapa yang ia kehendaki,
kerana Allah itu berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
41. Hai Rasul ! janganlah mendukacitakan mu orang-orang yang berlumba-lumba
didalam kekufuran dari antara mereka yang berkata dengan mulut-mulut mereka;
“kami telah beriman”, pada hal hati-hati
mereka tidak beriman, dan dari antara orang-orang yahudi. (Mereka) suka dengar
untuk berdusta, (mereka) suka dengar untuk satu golongan (dari pendita-pendita)
yang tidak datang kepada mu, mereka (ini) merubah kalimah-kalimah (Allah)
daripada tempat-tempat nya. Mereka (ini)
berkata (kepada kaum mereka); “ jika didatangkan kepada mu (hukum seperti )
ini, maka terima lah dia, dan jika tidak didatangkan nya kepada mu (seperti
ini), maka hendaklah kamu jaga-jaga diri”, dan barang siapa Allah kehendaki
kesesatan, maka tidaklah engkau berkuasa (menolak) suatu (yang datang) daripada
Allah untuk nya. Mereka itu, ialah orang-orang yang Allah tidak hendak
membersihkan hati-hati mereka. Adalah bagi mereka kehinaan didunia, dan adalah bagi mereka di akhirat, azab yang
besar.
42. (Mereka) suka mendengar buat (menyibarkan) dusta. (mereka) suka makan barang yang haram.
Lantaran itu, kalau mereka datang kepada
mu, hukumkan lah antara mereka, atau berpalinglah dari mereka, kerana jika
engkau berpaling dari mereka, tidaklah bisa mereka sampaikan bahaya apa pun
kepada mu, dan kalau engkau menghukun, hukumlah antara mereka dengan adil,
sesungguhnya Allah cinta kepada orang-orang yang berlaku adil.
43. Bagaimanakah mereka akan
jadikan mu hukum (dengan ikhlas), pada hal disisi mereka ada Taurat yang didalam nya ada hukum Allah,
kemudian mereka berpaling sesudah itu ? dan bukan lah mereka itu daripada
orang-orang yang beriman.
44. Sesungguhnya kami telah
turunkan Taurat yang pada nya ada pertunjuk dan penerangan yang dengan nya
Nabi-Nabi yang menyerah diri (kepada Allah), pendita-pendita dan oang-orang
alim (mereka), menjadikan hukum atas orang-orang yahudi dengan apa yang mereka telah
diamanatkan dari kitab Allah, pada hal mereka itu jadi saksi atas (kitab) itu.
Maka janganlah kamu takut kepada manusia, tetapi takutlah kepada ku dan jangan lah kamu jual ayat-ayat ku dengan
harga yang sedikit, kerana barang siapa tidak menghukum dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah, maka (adalah) mereka itu orang-orang yang kafir.
45. Dan kami telah wajibkan
atas mereka dalam (Taurat) itu, bahawa jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan
mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan
luka-luka itu (ada) balasan nya. Tetapi
barang siapa dermakan (hak membalas)nya. Maka (adalah yang demikian) itu jadi
penebus dosa baginya, dan barang siapa tidak menghukum dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah, maka (adalah) mereka itu orang-orang yang zalim.
46. Dan kami telah iringkan Isa anak Mariam, sesudah mereka, sebagai mengenapi
(khabar) yang ada lebih dahulu daripadanya dalam Taurat, dan kami telah beri
kepada nya Injil yang pada nya ada petunjuk dan penolong, dan sebagai mencukupi
apa yang ada lebih dahulu daripada nya
dalam Taurat, dan (sebagai) pertunjuk dan nasihat bagi orang-orang yang
berbakti.
47. Dan hendaklah ahli injil
menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah pada nya, kerana barang
siapa tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka
(adalah) mereka itu orang-orang yang pasik.
48. Dan telah kami turunkan
kepada mu kitab (Quran) dengan (membawa) kebenaran, sebagai mengenapi khabaran
yang ada lebih dahulu daripada nya, iaitu kitab (Taurat), dan sebagai penyaksi
atas nya. Lantaran itu, hukumkan lah antara mereka dengan apa yang Allah telah
turunkan, dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka (yang bisa memalingkan
mu) daripada kebenaran yang datang
kepada mu, bagi tiap-tiap (umat)daripada kamu, kami telah adakan peraturan dan
jalan, pada hal kalau Allah mahu, nescaya ia jadikan kamu hanya satu umat,
tetapi ia mahu memberi pengujian kepada kamu tentang apa yang ia telah
kurniakan kepada kamu. Oleh kerana itu, berlumba-lumbalah (menuntut) kebaikan-kebaikan. Kepada Allah lah tempat kamu sekelian kembali, maka ia akan khabarkan
kepada kamu apa yang kamu berselisihan
padanya.
49. Dan hendaklah engkau
hukumkan antara mereka dengan apa yang Allah telah turunkan, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu mereka, dan berjaga
diri lah daripada mereka, khuatir kalau-kalau mereka gelincirkan mu daripada sebahagian
(perintah) yang Allah turunkan kepada mu, maka sekiranya mereka berpaling
(daripada kebenaran) ketehuilah, bahawa Allah tidak mahu melainkan akan
menyeksa mereka dengan sebab sebahagian daripada dosa-dosa mereka dan
sesungguhnya kebanyakan daripada manusia (adalah) orang-orang yang pasik.
50. Apakah mereka mahu
hukuman jahiliah, pada hal bukankah tidak ada siapa-siapa yang hukuman nya
lebih baik daripada Allah, bagi orang yang berkeyakinan ?
51. Hai orang-orang yang beriman ! janganlah kamu
jadikan Yahudi-Yahudi dan Nesarani itu sebagai ketua-ketua, sebahagian daripada
mereka (pantas) jadi ketua bagi sekelian nya, kerana barang siapa dari antara kamu
menjadi kan mereka sebagai ketua-ketua, maka sesungguhnya ia (jadi) sebahagian
dari mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi pertunjukkan kepada kaum yang
zalim.
52. Maka engkau akan melihat
orang-orang yang didalam hati-hati nya ada penyakit itu, pergi dengan
lekas-lekas kepada mereka, (sambil) berkata; “kami takut, bahawa kami akan
mendapat kecelakaan”, tetapi mudah-mudahan Allah mendatangkan kemenangan dan
pertolongan dari sisi nya, supaya mereka jadi orang-orang yang menyesal atas
apa yang mereka telah sembunyikan dalam diri-diri mereka.
53. Dan berkata orang-orang
yang beriman; “apakah mereka ini orang-orang yang bersumpah dengan nama Allah, dengan bersungguh-sungguh dalam
sumpahan mereka, bahawa mereka (akan
bekerja) bersama kamu”, telah gugurlah
amal-amal mereka, lalu jadilah
mereka orang-orang yang rugi.
54. Hai orang-orang yang
beriman ! barang siapa dari antara kamu murtad dari agama nya, maka Allah akan
mengadakan satu kaum yang ia sukai mereka dan mereka pun suka kepadanya, yang merendah diri kepada mukmin, yang sombong
terhadap kafirin, mereka bersungguh-sungguh dijalan Allah, dan mereka tidak
takut kepada celaan manusia yang mencela.
Yang demikian, ialah nikmat Allah yang ia berikan kepada siapa yang ia
kehendaki, kerana Allah itu luas (pemberian nya), sangat mengetahui.
55. Tidak ada ketua bagi
kamu melainkan Allah dan rasul nya dan mukminin yang mendirikan sembahayang dan
mengeluarkan zakat, pada hal mereka tunduk.
56. Dan barang siapa menjadikan Allah dan Rasul
nya dan orang-orang yang beriman sebagai ketua-ketua, maka sesungguhnya
golongan Allah lah yang menang.
57. Hai orang-orang yang beriman ! jangan lah kamu
ambil mereka yang jadikan agama kamu sebagai ejekan dan permainan, daripada
ahli kitab yang sebelum kamu, dan orang-orang kafir itu sebagai ketua-ketua,
dan takutlah kepada Allah, jika (betul) kamu orang-orang yang beiman.
58. Dan apabila kamu seru (mereka) kepada sembahayang mereka jadikan dia sebagai
ejekan dan permainan. Yang demikian itu, kerana mereka kaum yang tidak
mempunyai akal.
59. Katakan lah; “Hai ahli kitab ! bukankah tidak kamu benci kepada kami, melainkan
lantaran kami beriman kepada Allah dan kepada barang yang diturunkan kepada
kami dan kepada barang yang diturunkan dahulu, kerana sesungguh nya kebanyakan
dari kamu adalah orang-orang yang pasik?”.
60. Katakan lah; “mahukah aku unjukkan kepada kamu (manusia) yang lebih jelek balasan
nya disisi Allah daripada yang demikian itu ? ialah orang-orang yang Allah
laknat dan murka atasnya, dan ia jadikan sebahagian dari mereka (sebagai)
monyet-monyet dan babi-babi, dan (ialah) orang
yang menyembah berhala. Mereka
ini, orang-orang yang jahat tempatnya dan yang lebih sesat dari jalan yang
lurus”.
61. Dan apabila mereka datang kepada kamu, mereka
berkata; “kami telah beriman”, pada hal sesunggunya mereka telah masuk dengan
kekufuran dan mereka sesungguhnya telah keluar dengan (kekufuran) itu (juga),
kerana Allah amat mengetahui apa-apa yang mereka sembunyikan.
62. Dan engkau akan lihat
kebanyakan dari mereka berlumba-lumbaan pada (mengerjakan) dosa dan permusuhan dan memakan barang yang haram.
Sesungguhnya amat jelek apa yang mereka telah kerjakan.
63. Tidaklah mahu
pendita-pendita dan orang-orang alim mereka melarang mereka daripada
mengucapkan perkara dosa dan daripada memakan barang yang haram ? sesungguhnya
amat jelek apa yang mereka telah kerjakan.
64. Dan orang-orang yahudi
itu berkata; “tangan Allah terbelengu”, pada hal tangan-tangan mereka yang
terbelengu – dan dilaknat mereka dengan (sebab) apa yang mereka telah katakan – bahkan kedua tangan Allah terbuka.
Ia membelanjakan sebagaimana ia suka, dan apa yang telah diturunkan kepada mu
dari Tuhan mu itu, sesungguhnya akan menyebabkan kebanyakan dari mereka
bertambah melewati batas dan (bertambah) kekufuran, dan kamu telah adakan
antara mereka permusuhan dan kebencian, sampai hari kiamat, tiap-tiap kali
mereka menyalakan api peperangan, Allah padamkan nya, dan mereka berusaha
pada mengadakan kerosakan dimuka bumi,
pada hal Allah tidak suka kepada orang-orang yang merosak.
65. Dan jika ahli kitab itu
beriman dan berbakti, tentu kami akan hapuskan dari mereka, kejahatan-kejahatan
mereka dan tentu kami akan masuk kan mereka disyurga-syurga kesenangan.
66. Dan kalau mereka
memiliharakan Taurat dan Injil dan apa-apa yang diturunkan kepada mereka dari
Tuhan mereka, nescaya, mereka akan makan (rezeki) dari atas mereka dan dari
bawah kaki-kaki mereka. Sebahagian dari mereka adalah umat yang adil, tetapi
kebanyakan dari mereka, jelek apa yang mereka amalkan.
67. Hai Rasul ! sampaikan
lah apa-apa yang diturunkan kepada mu
dari Tuhan mu, kerana kalau engkau sampaikan perintah nya, dan Allah akan
melindungi mu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi
pertunjuk kan kepada kaum yang (sengaja) kufur.
68. Katakan lah; “Hai ahli
kitab ! tidaklah kamu berada atas
sesuatu (kebenaran), sehingga kamu pilihara Taurat dan Injil dan apa-apa yang diturunkan
kepada kamu dari Tuhan kamu”, tetapi
apa-apa yang diturunkan kepada mu (hai Muhamad !) dari Tuhan mu itu,
sesungguhnya akan menyebabkan kebanyakan dari mereka melewati batas dan
(menyebabkan) kekufuran. Oleh kerana itu
janganlah engkau berduka cita atas (keadaan) kaum yang kafir itu.
69. Sesungguhnya orang-orang
yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan penyembah-penyembah bintang, dan Nesarani -- barang siapa dari antara mereka, percaya
kepada Allah dan hari kemudian dan beramal soleh, maka tidaklah ada ketakutan
atas mereka dan tidak lah mereka akan berdukacita.
70. Sesungguhnya kami telah
ambil perjanjian bani Ismail dan kami telah utuskan kepada mereka beberapa
Rasul. Tiap-tiap datang seorang Rasul kepada mereka dengan (membawa) apa
yang tidak disukai oleh nafsu-nafsu
mereka, mereka dustakan sebahagian, dan mereka bunuh sebahagian.
71. Dan mereka sangka,
bahawa tidak akan ada percubaan, lantas mereka jadi buta dan tuli, kemudian
Allah beri taubat kepada mereka kemudian kebanyakan dari mereka jadi buta dan
tuli. Pada hal Allah melihat apa yang mereka kerjakan.
72. Sesungguhnya telah kufur orang-orang yang berkata, bahawa
Allah itu ialah Al’Masih anak Mariam, pada
hal Al’Masih telah berkata; “hai bani Israel ! sembahlah Allah, Tuhan ku
dan Tuhan kamu, kerana barang siapa menyekutu Allah, maka sesungguhnya Allah
haramkan atas nya syurga, dan tempat kembali nya, ialah neraka, dan tidak lah
ada penolong-penolong bagi orang-orang yang zalim”.
73. Sesungguhnya telah kufur
orang-orang yang berkata, bahawa Allah itu yang ketiga daripada tiga, pada hal
tidak ada Tuhan, malainkan Tuhan yang tunggal, dan jika mereka tidak berhenti
dari apa yang mereka katakan, nescaya akan mengenai orang-orang kafir dari
mereka itu azab yang pedih.
74. Dari itu, tidak kah
mereka mahu bertaubat kepada Allah dan meminta ampun kepada nya, kerana Allah
itu pengampun, penyayang ?
75. Tidaklah Massih anak Mariam, melainkan seorang Rasul (sebagai) Rasul-Rasul yang
telah terdahulu daripadanya, dan ibu nya seorang perempuan yang sangat taat,
adalah dua-dua nya memakan makanan. Lihatlah bagaimana kami terangkan kepada mereka
tanda-tanda, kemudian lihatlah, bagaimana mereka dipalingkan.
76. Katakan lah; “adakah (patut) kamu sembah selain
daripada Allah, suatu yang tidak berkuasa mudaratkan dan tidak (bisa)
manfaatkan kamu, sedangkan Allah itu, ialah yang mendengar, yang mengetahui ?
77. Katakan lah; “hai ahli
kitab ! janganlah kamu melebih-lebihi didalam agama kamu dengan tidak benar,
dan jangan lah kamu turut hawa nafsu-nafsu satu kaum yang dahulunya telah sesat
dan menyesatkan kebanyakan (manusia), dan sesat dari jalan yang lurus”.
78. Telah dilaknat
orang-orang kafir daripada bani Israel atas lidah (nabi) Daud dan (nabi) Isa
anak Mariam. Yang demikian, kerana
mereka itu derhaka dan melewati batas.
79. Adakah mereka tidak
berlarang-larangan daripada munkar yang mereka kerjakan, sesungguhnya amat
jelek apa yang mereka telah kerjakan.
80. Engkau akan lihat kebanyakan dari mereka
menjadikan orang-orang kafir sebagai
ketua ! sesungguhnya amat jelek lah apa
yang telah disediakan bagi mereka oleh diri-diri mereka iaitu kemurkaan Allah
atas mereka, dan didalam azab lah mereka akan kekal.
81. Dan kalau mereka beriman kepada Allah dan
kepada Nabi(nya) dan kepada apa-apa yang diturunkan kepadanya, tentu mereka
tidak jadikan orang-orang (yang kafir) itu sebagai ketua, tetapi kebanyakan
daripada mereka itu orang-orang yang pasik.
82. Engkau akan dapati
manusia (yang paling keras) permusuhan nya kepada orang-orang beriman (ialah)
yahudi dan mereka yang menyekutukan Allah, dan engkau akan dapati
sedikit-sedikit mereka (dalam) percintaan
kepada orang-orang yang beriman, (ialah) mereka yang berkata; “sesungguhnya
kami nesrani”, yang demikian itu, lantaran diantara mereka ada pendita-pendita
dan rahib, dan lantaran mereka tidak sombong.
[Previous Juzuk][Next Juzuk] [Previous Summary][Next Summary] [Home] .
Via,
nubhanmy@gmail.com
nubhanmy@gmail.com
(recover, baitulmuqadis1@gmx.com)
No comments:
Post a Comment